Entah kenapa hanya dengan senyuman
Aku boleh rasa terancam
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
Mali's Corner di Danau Kota itu sesak dengan pelanggan dalam waktu makan tengah hari. Mujur kami dapat tempat duduk yang strategik dan agak tersorok di sebalik dinding. Masing-masing sudah menarik kerusi dan duduk. Aku terus duduk di sisi yang paling hujung sementara empat staffku yang lain mulai mengambil tempat masing-masing.
"Boss nak makan nasi lemak ke char kuey teow?" Nasrul menyoal sebaik duduk.
"Nasi lemak should be fine."
"Okey. Minum?" Soalnya lagi.
"Iced coffee."
Dia mengangguk sedikit dan mula bertanyakan yang lain. Riuh rendah suara di meja kami tapi masih perlahan jika dibandingkan hiruk-pikuk di dalam kedai.
Setelah mengambil pesanan semua orang, Nasrul bangun dan bergerak ke arah kanan kedai untuk memesan nasi lemak manakala Hadif ke kiri untuk memesan char kuey teow. Akmal pula bergerak ke arah kaunter untuk menempah minuman.
Konsep memesan makanan yang mudah, hanya dua pilihan menu makanan tetapi kualiti dan rasa terjaga. Pelanggan sendiri yang beratur di kaunter dan memesan makanan dan minuman masing-masing. Hanya aku, Said dan Azim yang tinggal di meja. Mereka berbual kosong sementara menunggu makanan sampai. Sekali sekala aku mencelah untuk mengisi masa menunggu ataupun apabila disoal.
Kebosanan, aku mula meliarkan pandangan ke serata kedai melihat gelagat manusia yang pelbagai. Sedang asyik memerhati, perhatianku lantas tertumpu kepada satu susuk tubuh tersarung dress chiffon putih berbunga halus merah dan hitam. Rambut bertocangnya, dibiarkan di bahu kiri.
Sekali pandang, macam aku kenal.
Drastik tubuh aku terus mengak di tempat duduk. Sekeliling yang masih sesak aku pandang sekilas sebelum pandanganku jatuh ke dia semula.
Dua kali pandang, sah memang dia!
Memang tak silap lagi. Takkanlah aku tak kenal isteri sendiri pula, kan?
Kecil sungguh dunia ni rupanya sampaikan kami boleh terserempak di sini, cuma dia yang masih belum perasankan kehadiranku dalam celahan orang ramai yang memenuhi ruang.
Aku mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih fokus. Jelas dia sedang tercari-cari ruangan kosong di dalam kedai namun tak pula aku lihat sesiapa ada bersamanya. Sedang dia tercari-cari, tiba-tiba ada dua orang lelaki yang berhampiran menawarkan untuk dia duduk di ruangan kosong meja mereka.
Eh, lelaki ni pun! Tak tahu ke yang dia tu isteri orang? Tengok jarilah. Kan ada cincin tu! Memanglah cincin tu bonda yang belikan, tapi itu tetap cincin kahwin aku. Isteri aku!
Aku dah berkira-kira untuk bangun, mujur aku lihat Sheqa menolak pelawaan itu dengan sopan.
Sedikit lega, aku membetulkan letak duduk punggungku semula di atas kerusi lalu tingkah-lakunya kuperhatikan lagi.
"Boss, boss okey tak ni?" soal Azim tiba-tiba, mungkin perasankan aku yang tak ubah seperti cacing kepanasan.
"Yes, okay. Go on. Don't mind me," arahku tanpa memandang kerana aku lebih sibuk memerhatikan Sheqa ketika itu.
Apa agaknya yang mahu dilakukannya lagi?
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...