Kerana melindungi Wina
sama seperti aku melindungi Sofia
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
Kuala Lumpur (2010)
"Assalamualaikum, tuan. Ada sebarang berita berkenaan baby tu?"
Aku berdiri di balkoni sambil melekapkan telefon bimbit ke telinga. Pandangan aku lemparkan ke arah Sofia yang tidur di atas katil dengan memeluk kain yang membaluti tubuh kecil itu kelmarin.
Sejak kelmarin lagi selepas pulang dari balai polis, dia tak lepas-lepas membawa kain itu kemana-mana bersamanya. Kadang-kala dicium dan dipeluknya seolah-olah memeluk bayi itu sendiri.
Pilu hinggap di hati melihat dia begitu terkesan dengan apa yang berlaku. Lagi-lagi apabila melibatkan bayi, emosi Sofia yang rapuh itu memang mudah akan terjejas.
"Waalaikumsalam. Encik Afham jangan risau. Bayi tu dalam keadaan stabil. Pagi tadi baru je pihak hospital hubungi kami. Doktor pun kata bayi tu kuat. Selalunya, kalau kes begini, bayi, tambah-tambah yang baru lahir tak akan survive dalam keadaan sejuk dan kotor begitu." Anggota polis itu memberitahu. Aku menghela nafas lega.
Alhamdulillah...
Ternyata, dia memang seorang bayi yang kuat...
Luar biasa sungguh takdir Allah...
"Macam mana dengan ibu bapa bayi tu? Ada sebarang berita tak, atau ada sesiapa yang menuntut?"
"Oh, setakat ni kami memang tak ada menerima sebarang laporan berkenaan bayi yang hilang. Jika pihak polis ada terima laporan yang melaporkan kehilangan bayi, selalunya kami memang akan panggil pembuat laporan untuk datang dan kenal pasti bayi kalau betul itu bayi mereka. Tapi, buat masa ni masih tiada yang menuntut, jadi bayi itu..."
Aku memejam mata.
Mungkinkah benar bayi yang dibuang?
"Berkemungkinan besar memang sengaja dibuang di dalam longkang." Dia menyambung lagi.
Wajah Sofia yang masih polos tidur, aku tenung lama. Mungkin betul Sofia jumpa di dalam longkang. Semalam, semasa dia bercerita aku agak ragu. Hari ini, hatiku cukup yakin. Sofia memang tak menculik. Lagipun tak mungkin Sofia mampu melakukan perkara itu dalam keadaan emosinya yang tidak stabil.
"Kalau tak ada sesiapa yang menuntut, macam mana dengan baby tu, tuan?" Aku bertanya perlahan.
"Kami sedang buka kertas siasatan untuk jalankan penyiasatan ke atas kes ini. Jika betul bayi tersebut dibuang ke dalam longkang, kes akan disiasat untuk mencari pelaku disebabkan kes ni diklasifikasikan sebagai jenayah buang bayi. Berkenaan bayi itu pula, ada beberapa procedures lagi yang kami perlu lakukan dan jika memang betul tiada yang menuntut, bayi tu akan dihantar ke pusat kebajikan atau mana-mana rumah anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat."
Pusat kebajikan?
Rumah anak yatim?
Aku meraup muka sehingga ke rambut.
Wajah polos yang merah itu semalam mulai mengganggu fikiran.
"Okay, tuan. Errr, tapi boleh ke kalau saya nak minta tuan terus hubungi saya kalau ada sebarang perkembangan atau sesiapa yang menuntut? Kalau boleh, saya nak jumpa dengan ibu bapa bayi tu."
"Tak ada masalah, Encik Afham. Baiklah, kalau ada apa-apa perkembangan, kami akan terus hubungi encik nanti."
Aku sempat berterima kasih sebelum menamatkan perbualan. Katil aku tuju. Aku melabuhkan punggung di sisi Sofia yang masih culas tidur seperti anak kecil. Rambutnya aku elus.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...