HGS 17|Bab 17 - Kau tak layak!

15.1K 1.1K 148
                                    

Apa yang buat kau fikir aku nak
dengar penjelasan kau sekarang ni

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

Dari tadi aku memerhati gelagat dua manusia itu dari dalam kereta yang kupinjam dari Amy.

Mesra sungguh ya?

Sampai tak sedar langsung yang mereka berada di tempat awam.

Di depan klinik.

Di kaki lima yang boleh dilihat semua manusia lalu-lalang.

Malah aku yang berada di tempat parkir kereta juga boleh melihat dengan jelas kelakuan keduanya.

Kau memang tak berubah dari dulu, Sheqa!

Aku ingatkan selepas 15 tahun, kau dah tak buat perangai terkutuk tu lagi. Rupanya kau masih tak berubah! Ini yang aku tertangkap dengan mata kepala aku sendiri. Di tempat awam. Di depan klinik. Terang-terang kau berpelukan, bermesra. Yang belakang aku? Yang aku tak nampak?

Entah berapa banyak lagi agaknya perangai busuk kau yang tersembunyi dari pengetahuan aku.

Kedua-dua tanganku menggenggam erat stering kereta sehingga timbul urat-urat hijau yang berselirat di lengan.

 
 

LOCENG berbunyi menandakan tamat waktu prep malam itu. Hingar-bingar bunyi kerusi ditolak dan alat tulis dikemas, namun aku tetap tekun menatap buku di atas meja.

"Jom, geng. Supper dekat kafe." Syuk terlebih dahulu bangun dan mengemas ala kadar. Wan dan Pejoi ikut serta bangun dan mengemas.

"Korang pergilah dulu. Aku nak siapkan latihan add math ni sikit lagi ni. Satu soalan je lagi, nanti aku chao. Tapi aku balik dorm terus. Tak ada mood nak lepak malam ni." Tanpa melihat mereka, jemariku lincah menekan kalkulator dan menulis-nulis di permukaan buku.

"Aku pun nak balik terus ni. Mata aku ni dah sekampung jin dok bergayut dari tadi. Sorry Syuk, kau pergi ngan Pejoi je." Wan menyampuk sambil menguap kecil.

"Lantak koranglah. Jom Pejoi. Ajak lepak pun susah. Bukannya ajak terjun lombong pun," ngomel Syuk sambil menyauk bahu Pejoi pergi dari situ.

Akhirnya Syuk dan Pejoi juga menghilang dari pandangan. Seorang demi seorang rakan sekelas yang lain mula meninggalkan bilik sehingga akhirnya aku ditinggalkan sendirian.

Biarlah. Lagi tenang aku nak buat kerja tanpa sebarang gangguan.

Fokus, Am. Fokus!

Fikiranku ditajamkan semula untuk mencari penyelesaian soalan matematik tambahan bagi soalan yang satu ini. Usai mendapat jawapan dan berpuas hati, aku mula membuat soalan-soalam berikutnya seolah-olah ketagihan. Tanpa aku sendiri sedari, sebanyak empat buah soalan yang telah aku sempurnakan.

Tiba-tiba...

Prannggg!

Terkejut aku mendengar bunyi yang datang betul-betul dari tingkat atas. Aku lantas melirik jam di dinding bilik prep itu. Lebih pukul 11:00 malam.

Leka betul aku nampaknya sehinggakan tak menyedari sudah hampir sejam waktu prep malam habis.

Hish, bunyi apa tu?

Takkan ada orang lagi?

Hantu makcik karipap ke?

Eh, tapi bukan ke selalunya hantu makcik karipap jual karipap dekat blok asrama? Tak pernah aku dengar dia datang berjual dekat blok akedemik.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now