HBS 1|BAB 35 - Aku tak benarkan

18.7K 1.2K 188
                                    

Mana mungkin aku buat pilihan
antara keduanya

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

Jam dinding antik di rumah bonda berbunyi perlahan selama dua kali menandakan sudah masuk jam 2 pagi.

Tangga aku daki satu-persatu dengan langkah yang longlai untuk naik ke bilik.

Setelah seharian merayau satu bandaraya, aku akhirnya pulang sebaik teringatkan Sheqa yang pengsan petang tadi.

Sejujurnya, aku tak mampu untuk fokus dalam misi mencari tatkala bayangan dan raut wajah pucat Sheqa datang menari-nari di depan muka.

Sepanjang malam, aku cuba meredakan ingatan terhadap dia. Sepatutnya aku perlu fokus mencari Wina. Sheqa, tiada apa yang perlu aku risaukan. Lagipun aku tinggalkan dia bersama bonda dan Izzaty tadi yang aku yakin mampu menemaninya buat sementara waktu.

Berkenaan pencarian Wina, aku bukan berputus asa untuk menjejaki cuma aku akan mengambil satu langkah ke belakang. Ya, memang aku risaukan dia tetapi aku dapat rasakan pencarianku tetap akan sia-sia jika kekusutan tentang surat misteri petang tadi tidak dirungkaikan terlebih dahulu.

"Am," tegur satu suara sebaik aku sampai di tingkat atas.

"Bonda. Kenapa bonda belum tidur?"

Bonda terpacul di ambang pintu biliknya dengan lengkap bertelekung. Mungkin melakukan solat malam disusuli hajat, memohon agar Wina dapat ditemukan.

"Am ingat bonda boleh tidur ke sekarang ni? Wina macam mana Am, dah hampir separuh hari dia hilang. Ada jumpa apa-apa petunjuk tak? Siapa yang ambil dia, Am?"

Aku tertunduk lemah.

Ya, jika aku di tempat bonda juga mesti sukar untuk aku melelapkan mata sementara keberadaan Wina masih belum diketahui.

Soalan terakhir bonda itu, hanya seorang sahaja yang bisa memberikan jawapan.

Pintu bilik aku yang tertutup rapat ku tenung.

Hanya dia yang tahu, siapa orangnya...

Aku tersenyum pahit.

"Bonda jangan risau ya. Am tengah cuba nak dapatkan jawapannya," ujarku penuh makna.

"Am masuk dulu. Bonda cubalah rehat juga. Jangan risaukan sangat pasal Wina tu. Teruskan doa ya untuk dia. Am yakin, kita boleh dapat Wina semula."

Sebelum aku sempat menyentuh tombol pintu bilikku, aku lantas teringatkan sesuatu.

"Bonda."

Bonda yang baru mahu menutup pintu, kini terpacul semula.

"Ya, Am?"

"Sheqa macam mana? Dia okey? Izzaty ada bagitahu kenapa Sheqa pengsan tadi?"

Bonda menelan air liur. Nampak dia teragak-agak seolah-olah ada sesuatu yang ingin dikatakan. Seketika kemudian, dia menggeleng deras.

"Agaknya Sheqa tertekan sangat kut lepas Wina hilang. Am pergilah masuk jumpa dia. Kesian dia, dari tadi tak henti-henti menangis. Puas dah bonda pujuk dia dari petang tadi tapi dia tak mahu dengar. Bonda bukan apa, bonda takut dia jatuh sakit lagi. Am pergilah pujuk dia mana tahu dia nak dengar cakap Am."

Aku menjatuhkan pandangan melihat tombol pintu yang tak bernyawa itu.

Aku pujuk dia?

Sedangkan aku juga tertekan sama?

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now