Ini barulah dinamakan
Buku bertemu ruas
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
Kuantan (2003)
"Hmm, kenapa telefon ni?"
Gagang public phone kucengkam erat mendengar suara dia hujung sana bernada dingin. Tiada kemesraan langsung dalam tutur bicaranya.
"Ibu, Sheqa nak tanya khabar—"
"Ibu okey. Dah, lepas ni tak payah telefon ibulah. Kalau kau nak duit, ibu pun tengah tak ada duit sekarang ni. Pandai-pandailah kau fikir sendiri ya. Kau yang nak sangat masuk asrama tu dulu, kan?"
"Ibu, Sheqa bukan nak duit. Sheqa cuma nak—"
"Baguslah kalau macam tu. Dah, jangan telefon ibu lagi. Aku tengah kerja ni. Nanti bos ibu marah. Bye."
Tut...tut...tut...
Aku mengeluh. Dengan lemah, gagang aku letakkan semula di tempatnya. Peritnya rasa hati namun ada ketikanya aku rasa perasaan itu seakan sudah sebati di dalam diri. Sudah terlalu biasa diperlakukan sebegini oleh ibu sendiri.
Selalunya pun memang begitu. Aku sahaja yang beria-ia bertanya khabar ibu walhal si dia langsung tidak peduli.
Aku tahu, malah aku faham semua itu berlaku atas desakan hidup. Ibu terlalu tertekan dengan kesempitan takdir. Berkerja sebagai pelayan di gerai makan sudah tentulah belum cukup mampu untuk menampung kehidupan kami berdua apatah lagi aku yang beria-ia mahu bersekolah di sini. Mujur juga ada biasiswa yang serba-sedikit mampu membiayai kos pembelajaran dan penginapanku di asrama ini.
Tak apa, ibu. Sheqa janji, Sheqa akan balas balik segala jasa dan pengorbanan ibu. Lepas ni, kita boleh hidup senang. Ibu pun dah tak payah kerja dekat kedai makan tu lagi...
"Kash."
Aku menoleh. Munirah tiba-tiba muncul di sisi.
"Jom pergi kafe."
"Aku rasa, aku makan dekat dewan selera jelah hari ni, Mun. Kau pergilah makan kat cafe," elakku kerana aku tahu makan di kafe menuntut aku mengeluarkan duit belanja sendiri sedangkan makan di dewan selera tak perlu mengeluarkan sebarang belanja dari poket. Segalanya ditanggung yuran bulanan.
Dalam keadaan sebegini, memang aku kena berjimat cermat. Kalau ada yang free, kenapa aku kena mengeluarkan duit lagi? Betul, tak?
"Alah, kau ni. Temankanlah aku. Sebenarnya kan, aku teringin sangat nak makan kuey teow kungfu kat kafe tu. Aku belanja kau sekali. Okey?"
Resah, aku pandang kiri dan kanan.
Ini.
Kadang-kadang perangai Mun yang beginilah buat aku tidak berapa selesa untuk berkawan. Aku takut dianggap mengambil kesempatan. Dia memang anak orang berada, sedangkan aku cuma anak seorang kuli. Sudahlah anak seorang kuli, aku juga tidak diingini kerana bagi ibu, aku ini menyusahkan dia kerana arwah ayah dahulu pergi tanpa meninggalkan sebarang harta buat menampung hidup, malah sebaliknya meninggalkan hutang piutang yang menimbun.
"Kash, please... temankanlah aku."
"Hish, kau ni. Aku seganlah wei. Asyik-asyik kau yang belanja aku." Aku garu tengkuk yang tak gatal.
Dia berdecit.
"Tak apa. Berapa ringgit sangatlah aku bayarkan untuk kau tu? Kau makan sepinggan je, kan? Bukannya enam belas pinggan pun."
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...