HBS 8|Bab 42 - Lamaran kedua

20.6K 1.1K 104
                                    

Tuhan hantarkan kau pada aku.
Bukan untuk buat kau pergi dari aku.

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

"She's the one I've been looking all this while..."

"Apa maksud kau ni?"

"Remember... apa yang saya cakap pada Tajul tu? Pasal accident... Baby yang hilang..." Dia menerangkan. Walau teragak-agak, ada percikan keyakinan di anak matanya.

Buat pertama kalinya aku alami kejutan yang begitu besar umpama dipanah halilintar.

Aku kelu tak terkata.

Tapi bukan ke Wina dibuang di dalam longkang? Itu yang aku percaya selama lapan tahun ini. Tak mungkin...

"Am, awak percaya kalau saya cakap Winalah baby tu? Baby yang saya cari selama lebih lapan tahun ni. Baby Mun... dia hilang waktu kemalangan tu, Am."

Aku lantas melantun bangun. Mundar-mandir di sisi katil sambil meraup rambut. Kurang percaya, aku menjatuhkan semula pandangan ke arahnya. Apa yang aku lihat, Sheqa melontarkan pandangan yang menagih kepercayaan.

"Kau cakap apa ni? Macam mana kau boleh yakin yang Wina... baby yang hilang tu?"

Sheqa menunduk sedikit. Pandangannya redup memandang lantai.

"Tanda lahir. Wina ada tanda lahir yang sama. Bentuk bulan sabit tepi telinga dia."

Aku dapat merasakan seperti darah di muka habis disedut keluar.

Memang benar Wina ada tanda lahir sedemikian, namun cukup ke itu untuk dijadikan pembuktian?

"Mula-mula saya pun nafikan apa yang saya nampak dalam album gambar tu, Am. Saya tak nak taruh harapan sebab saya takut tekaan saya salah. Lagipun mana mungkin Wina baby tu kalau dia betul anak kandung awak dan Sofia. Rupa-rupanya..."

Sheqa mulai teresak halus. Mengalir permata mulus dari celah peluput matanya.

"Allah nak tunjukkan kebenarannya bila saya jumpa gambar awak dan Sofia beberapa bulan sebelum Wina lahir. Dari situ saya tahu yang Sofia tak pernah mengandungkan Wina, Am. Saya lagi bertambah yakin yang Wina baby tu lepas saya tahu yang Wina tu bukan anak kandung awak dan Sofia."

"Tapi m-macam mana..." Tergagap-gagap aku bersuara. Banyak soalan yang berlegar tapi tidak terluah. Fikiran seolah-olah tepu.

Blank!

"That's why I asked you. Macam mana Wina ada kat sini? Where did you get her?"

Aku lantas menggeleng. Hati tetap mahu menafi apa yang baru didengari.

"Tolonglah bagitahu saya, Am. Saya perlu tahu. Perkara ni penting untuk saya. Awak tak tahu apa yang saya rasa bila baby tu hilang dari saya selama ni. Tu amanah Mun pada saya, Am. Saya mohon..."

Aku pakukan pandangan ke tampang wajahnya yang lencun dengan air mata.

"Aku... a-ku... apa yang aku tahu, Sofia yang jumpa Wina..."

"Sofia?" terkejut nadanya.

Aku menghenyak punggung kembali di atas katil. Bahunya aku paut betul-betul menghadapku.

"Sheqa, memang betul Sofia yang jumpa dan bawak balik Wina lapan tahun lepas. Semua tu jadi tiba-tiba. Aku sendiri pun terkejut bila dia bawa Wina balik malam tu."

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now