HBS 6|Bab 40 - Bunga vs Godiva

21.4K 1K 98
                                    

Bukan aku benci, tapi ingin mengelak
dari menaruh harapan antara kami

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 
 
Nadiya Kasheqa

Mata aku celikkan sebaik merasa hangat cahaya menimpa muka.

Berpisat-pisat aku dibuatnya.

Sebaik sedar sepenuhnya, aku bingkas bangun dan menoleh ke belakang.

Tiada.

Mana dia pergi?

Teragak-agak, aku menoleh untuk memerhati sekitar bilik. Jika dia ada dalam ruangan itu dan sedang memerhatikan keletahku, aku tentulah tak mahu kantoi dicop sedang mencarinya.

Sebaik yakin yang dia tiada, aku menghembus nafas kelegaan.

Ruang kosong sempit di sebelah kanan, ku tenung. Bagaimanalah malam tadi kami boleh tidur berdua di atas katil yang sempit ini sedangkan aku lihat ruangnya tidaklah terlalu besar mana.

Lantas aku memejamkan mata.

Teringatkan pelukan dan kucupannya malam tadi, aku dihurung malu. Tambahan pula kata-kata dia yang berlagu rayuan terngiang-ngiang dalam fikiran. Semuanya hadir kembali dalam kotak memori umpama air yang mencurah-curah.

Tiba-tiba telefon pintarku mendendangkan nada dering yang cukup aku kenali. Aku capai lantas  membawa ia dekat ke telinga.

"Hello, Assalamualaikum. Sheqa, kau dah jaga? Aku call Afham tadi, dia kata kau dah sedar semalam. Aku tak sempat nak jenguk kau sebab semalam patient ramai kat klinik. Petang ni, aku datang tau."

Tak sempat aku mahu menjawab salam, bertalu-talu butir kata yang terpacul dari bibir Izzaty.

Aku tersenyum nipis.

"Sheqa? Kau dengar tak?"

"Waalaikumsalam. Aku dengar. Aku ingat kau nak cakap lagi sebab tulah aku senyap."

"Hish, kau ni dalam sakit-sakit pun sempat perli aku," gerutu Izzaty.

Aku tersenyum tawar. Lantas aku membetulkan duduk dan menjuntaikan kaki di birai katil.

"Tak apa Zaty, kalau tak sempat tak payah datang pun tak apa. Kau jaga je klinik elok-elok. Aku dah sihatlah..."

"Yeke, sihat? Baby dalam perut tu macam mana?"

"Ye, alhamdulillah aku okey."

Dengan lembut, perut kubelai halus.

"Baby pun okey. Thank you, Aunty Zaty."

"Aunty? Hey, excuse me. Kak Izzaty, okey!"

Terlepas tawa kecilku dengan omelan dia. Ada-ada sahaja keletahnya. Dah tua pun masih tak sedar diri nak bahasakan diri 'kakak'!

"Gelak pulak dia. Betullah, Kak Izzaty. Aku belum kawin lagi. Anak kau tu nanti, boleh jadi adik aku. Apasal pulak nak panggil aku 'aunty'?"

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now