Bukan aku enggan mengaku
Tetapi, sayang ke aku terhadap dia?
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
"Ya Allah, Sheqa! Kenapa datang klinik tak bagitahu?!"
Aku tersengih sebaik terpacul di muka pintu bilik rawatan Izzaty pagi itu.
Surprise!
"Weh, kau dah sihat ke? Laki kau bagi pulak kau datang kerja?"
Tanpa menjawab, aku terus masuk dan duduk di kerusi depan Izzaty.
"Aku dah sihatlah. Kenapa pulak dia tak bagi?"
Izzaty mencebik.
"Eleh, macamlah aku tak nampak hari tu bukan main romantik lagi kau orang berdua masa kat hospital. Kemain lagi dia sayang kat kau eh. Isteri dia mengandung, aku tak peliklah kalau dia tak bagi kau pergi kerja."
Sayang?
Fikiranku menerawang semula mengingat luahan si dia.
Bukan hari ini sahaja, bahkan sepanjang masa terluang, pasti akan terngiang-ngiang bisikan dia.
Aku baru sedar yang aku sayangkan kau...
I think... I love you...
Hampir ingin gugur jantung ini dibuatnya. Berdebar-debar umpama dilamun cinta.
Aik, aku angau ke ni?
Aku senyum sendiri sebelum tersedar kehadiran Izzaty di depanku ketika itu.
"Dia tak boleh tahan aku. Lagipun aku pergi kerja, bukannya buat benda bukan-bukan belakang dia."
"Memanglah kau tak buat benda bukan-bukan, tapi masalahnnya kau kuat ke nak kerja ni? Musim-musim sakit sekarang ni, patient ramai tau. Nanti kalau kau penat, Am marah aku tak tahu."
"Aku okey. Aku rindulah nak kerja. Kau tahu tak, aku duduk tercongok kat rumah tu lagilah penat. At least kalau aku datang klinik, tak adalah bosan sangat."
"Eloklah tu. Aku pun tak kisah sebenarnya. Suka lagi adalah bila kau ada kat klinik ni. Adalah kawan aku nanti. Cuma kau tu hati-hatilah. Pregnancy kau tu lemah lagi."
Jeda.
"Eh, aku lupa nak tanya kau. Kau dah cek belum baby dalam perut tu? Dah bukak buku kat klinik? Semua tu kena buat tau. Jangan tangguh." Izzaty membebel.
"Ya, nanti aku pergilah."
"Kau ajak Am tu sekali. Benda-benda macam ni dia kena tahu tau. Kau tak boleh buat semuanya sendiri. Tu anak dia, dia kenalah ambil tahu semua benda."
"Aku yakin dia tahu. Bukannya dia tak pernah buat semua ni."
"Oh, yelah. Aku lupa. Kalau tak, mana pulak datangnya Wina tu."
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...