EPILOGUE - OUR DEEPEST LOVE

22K 946 275
                                    


When the last wave passed through
Our deepest love breakthrough

━━━━━━━━

Nadiya Kasheqa

Ya Allah...

Sakitnya hanya Tuhan dan para ibu di luar sana sahaja yang tahu. Rasa seperti mahu tercabut semua tulang-belulang di tubuh. Mengiring ke kiri, rasa tak kena. Berpaling ke kanan pula rasa terseksa. Beranaklah berapa kali pun, sakitnya pasti masih sama.

"Abang..." Aku mengerang lagi buat keberapa ratus kali.

"Sakit, abang..."

Cara pernafasan yang dipelajari di dalam kelas prenatal dahulu, semuanya dah tak melekat di dalam kepala. Dahi pula sudah dipenuhi rintik-rintik peluh. Mulutku sudah membentuk huruf 'O' untuk meniup semangat ke dalam diri. Terhembus-hembus nafasku dalam pada cuba menahan kesakitan yang tidak tertanggung.

"Tahan, sayang. Abang ada dekat sini. Push, sayang! Push!"

Amboi, senangnya cakap!

Terasa mahu marah tapi tidak terluah di bibir kerana mulutku lebih sibuk mengerang kesakitan. Sebagai ganti, aku menggenggam erat kemeja di bahagian dadanya sementara menghantar beberapa das penumbuk di tempat yang sama. Dia hanya merelakan sambil menunduk dan mengusap seluruh wajahku yang sudah lencun dengan air mata dan peluh.

"Puan, this is gonna be the last push. You can do it, but you need to push harder. 1, 2, 3, push...!"

"Pushhhh...!" Afham juga turut teriak bersama doktor.

"Hmpphhhh!!!" Serentak aku meneran kuat sambil kelopak mata terpejam rapat. Terangkat kepalaku sehingga dahi basahku bertemu dengan dahi Afham yang berkerut seribu. Memang dari tadi raut cemas tidak pernah lekang dari wajahnya. Malah sejak aku mengalami 'contraction' dia sudah terlebih gelabah. Padahal ini bukan pertama kali dia mengalami detik yang sama.

"Hmmmmphh!"

Sehabis daya aku meneran sehinggalah terasa kelegaan pada akhirnya.

Kini, ruangan ruang bersalin itu dipenuhi suara tangisan bayi.

"Alhamdulillah... Tahniah, puan. It's a boy." Ceria suara doktor perempuan yang di hujung kakiku.

"Alhamdulillah..." Afham bersuara dan kembali tunduk merenungku.

Aku pula hanya mampu mengucap syukur dalam hati. Peluh-peluh yang masih merecik di dahi masih enggan kering walaupun ruang kamar itu berhawa dingin.

Alhamdulillah, Ya Allah.. Terima kasih kerana Kau masih berikan aku kesempatan untuk merasai peluang ini buat kali kedua...

Aku memandang Afham dengan mata yang kuyu. Nafas masih tak menentu. Dia menyeka peluh dan air mata di wajahku lalu melekapkan bibirnya lama di dahiku.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab sayang dah lahirkan zuriat abang. Anak kita, sayang..." Perlahan dia berbisik hanya untuk pendengaranku sahaja. Aku tersenyum lemah membalas ujarannya yang kedengaran indah.

Doktor lantas menyerahkan bayiku kepada jururawat untuk dibersihkan bersama uri yang keluar bersama si kecil.

"Abang pergi ambil wudhu dulu. Sekejap lagi nak azan dan iqamatkan baby..."

Aku mengangguk. Dia sempat sekali lagi mengucup dahiku sebelum berlalu ke bilik air untuk mengangkat wudhu. Katilku dialihkan di sudut bilik bersalin untuk direhatkan sementara menunggu Afham muncul kembali.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now