Apabila rahsia terungkai satu persatu,
Tidak kusangka kami yang menyatu
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
Sudah beberapa hari perasan ingin tahuku membuak-buak. Hari ini kebetulan klinikku ditutup, jadi aku mengambil peluang yang ada untuk mencari jawapan bagi soalan yang sejak dulu bermain di fikiran. Wina sudah ke sekolah dan Afham pula baru bergerak ke pejabatnya tadi.
Sebaik deruman kereta Afham berlalu, aku lantas duduk bersila di depan almari kaca. Tanpa membuang masa, tanganku ligat membuka satu persatu album gambar-gambar lama milik Afham. Mata liar mencari tetapi masih menemui jalan buntu.
Semuanya gambar Afham.
Dari dia bayi sampai ke sekolah menengah. Melihat gambar-gambar lusuh bayinya yang comel dan ada kalanya comot, bibirku secara automatik tercarik senyuman yang tidak diketahui punca.
Mungkin sebab mengenangkan perangai Afham di sekolah dahulu yang tak padan langsung dengan figura comel yang tercetak di atas gambar.
Mungkin.
Helaian seterusnya aku selak. Semakin aku selak, semakin terimbau kenangan lalu kami yang tak begitu manis untuk dikenangkan.
Jemari terhenti di permukaan album dan seketika kemudian berlari di gambar sekolah menengahnya pula. Gambar yang aku anggar diambil 15 tahun lepas menggunakan filem sudah kelihatan sedikit lusuh.
Tentulah aku ingat lagi mereka-mereka ini. Satu sekolah kenal kut!
Gambar itu aku angkat ke depan muka. Gambar Afham bersama teman-temannya. Masih aku ingat nama-nama mereka.
Ridwan, Syukri dan Faizul yang sentiasa ada di mana-mana sahaja Afham berada.
Geng gagak hitam.
Gelaran yang disebut-sebut satu sekolah tapi mereka tidak pernah ambil kisah.
Kumpulan yang digeruni junior tapi digemari guru-guru.
Geng hardcore tapi sentiasa skor!
Mereka lalu sahaja di kaki lima, semua mata sudah memandang dan kaki spontan berundur untuk memberi laluan. Cuma aku yang tak pernah ambil tahu, berani mencabar mereka terutamanya Afham.
Aku tersenyum kecil. Kotak fikiranku tidak boleh lari dari mengimbas kejadian-kejadian yang berlaku 15 tahun lepas, namun apa yang berlaku selepas itu langsung tiada dalam pengetahuanku.
Selepas tamat persekolahan, hubunganku bersama yang lain terputus serta-merta kecuali seorang. Seseorang yang teramat bermakna dalam hidupku.
Teman sejati yang tiada gantinya.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...