Apa pun keputusannya kelak
Kita hadapi ia bersama-sama
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
"Assalamualaikum."
Sunyi. Hanya bunyi televisyen yang berkumandang.
Aku menutup pintu di sebaik melangkah masuk. Perlahan-lahan aku menapak ke ruang tamu menuju ke sofa panjang yang membelakangkan pintu. Tersungging senyuman aku melihat Wina terlelap di dalam pelukan Sheqa yang turut sama terbaring di atas sofa. Kedua-duanya mengiring menghadap televisyen yang terpasang.
Agaknya dua-dua terlelap semasa sedang menonton tv. Entah dari jam berapa agaknya sehinggakan aku melihat kedua-duanya sudah begitu nyenyak diulit lena.
Jam sudah melewati angka sebelas malam.
Patutlah tak sedar langsung yang aku sudah pulang. Dah lewat rupanya. Pasti kedua-duanya sudah nyenyak.
Dengan berhati-hati, aku melabuhkan lutut di hadapan sofa. Alat kawalan jauh televisyen aku capai lantas menekan punat merah sekaligus menukar suasana menjadi hening. Wajah lena kedua-duanya aku tenung semula.
"Am, result DNA test dah keluar. Surat tu ada dengan aku. Balik kerja nanti singgah ambil." Tajul memulakan bicara lewat corong telefon sebaik aku menyambung talian.
Huh?
"Kau dah tengok ke result tu?" Aku tanya dalam debaran yang mula menyesak dada.
"I don't have the right to open it. Kau kena datang tengok sendiri."
Aku melepaskan keluhan lemah.
"Kalau betul Wina anak Reza, korang tak nak berterus-terang dengan Reza ke?" Dia menyambung lagi. Soalannya cukup membuatkan aku bingung dan berbelah bahagi. Tangan ini bergerak mengurut kening dan meraut tengkuk.
"I'm not sure. Aku kena discuss dengan Sheqa dulu hal ni."
"It's okay. Aku faham. Korang discuss lah apa yang patut dulu. Just so you know..." Dia berjeda. "Reza dah buat pengakuan berkenaan kes culik tu."
"What?!" Aku tak dapat menyembunyikan rasa terkejut mendengar ujaran Tajul.
"Yes. Dan yang paling mengejutkan, dia mengaku yang dia rogol Munirah dan terlibat dengan kes langgar lari lapan tahun lepas. That brat...aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia."
"Then, what will happen to him?" Perlahan aku bertanya.
"Disebabkan dia sendiri dah mengaku dan menyerah diri, and if the court decides that he's guilty, of course he'll get his punishment..."
Aku masih terkelu untuk memberi reaksi.
"Am, he knows this. All of the consequences...but still, he chose to admit. Kau tak rasa ke yang dia dah menyesal?"
Menyesal?
Belum sempat aku habis berfikir, terdengar bunyi kaca pecah berderai jatuh ke lantai dan kekecohan dari hujung talian. Tajul kelam-kabut memberikan arahan kepada anak buahnya. Butir bicaranya tidak jelas dipendengaran. Aku di sini hanya bingung menanti.
"Tajul, what happened?"
"Am, I'll call you back later." Suaranya kedengaran tergesa-gesa.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...