Sejak bila aku mengaku
yang dia comel?
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Afham Mikhail
"Am!"
Matanya terbeliak. Cuak. Panik. Cemas. Terkejut!
Semuanya jelas tergambar di raut wajahnya.
"Awak buat apa ni?"
Mungkin rasa terancam dengan kehadiran aku di situ, tangannya memegang kejap selimut di dada walaupun hakikatnya tubuh itu masih lengkap bersarung pakaian.
Aku cuba sedaya upaya menyembunyikan senyuman melihat gelagatnya yang tak tentu arah.
Comel!
Eh, sekejap. Apa yang aku mengarut ni?
Sejak bila aku mengaku yang dia comel?
"Don't worry, bukannya aku ada buat apa-apa. Aku sentuh sikit je..." Aku selambakan nada suara.
"Hah?!" Terperanjat benar dia.
"A-awak sen-sentuh apa?" Sheqa tergagap. Nampak benar dia kaget.
Makin dia kaget, makin ligat aku mahu menyakat.
Aku carik senyuman sungging.
"Am, jawab! Apa yang awak dah buat kat saya?"
"Sheqa, chill. Tak ada apa yang jadi malam tadi. Kan kau yang datang peluk aku sendiri, so aku peluklah kau semula. Itu je."
Anak mata dia terkaku.
"Kau tak ingat apa yang jadi malam tadi?"
Berubah terus riak mukanya. Kelihatan dia meneguk air liur, gugup.
"Malam tadi? Sa-saya p-peluk a-awak?"
Aku sembunyi senyum.
Kalau dia betul-betul lupa, mari aku jentik semula ingatannya...
DALAM terpaksa, Sheqa akhirnya merebahkan diri jauh di hujung kanan katil, sedangkan aku di sebelah kiri.
Melihat dia mengiring ke kanan, aku mencebirkan bibir.
Endah tak endah.
Malas aku pedulikan dia. Memandangkan jam sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam, aku cuba melelapkan mata yang masih belum mengantuk.
Malam kian larut.
Namun mata tetap enggan mahu lena.
Dalam fikiranku berlegar-legar apa yang berlaku tadi, walaupun mata ini terpejam rapat. Hakikatnya, sukar untuk aku lenyapkan begitu sahaja.
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...