Tak kira apa bala yang menimpa
Aku juga akan lindungi dia
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
Aku haramkan kau sebut benda ni lagi terutamanya depan Wina. Otherwise, kau takkan jumpa dia lagi. Because you know it better. Antara kau atau Wina, siapa yang aku akan pilih...
Ayat itu sudah beribu kali berlayar di benakku sejak malam kejadian sebulan yang lalu. Kejadian yang nyata menjarakkan lagi jurang antara aku dan Afham.
Dingin dia, sedingin salju.
Sekelip mata dia berubah umpama dirundung garuda.
Tiada lagi senyuman dan aksi mengada dia seperti yang sempat aku lihat beberapa hari sebelum itu. Malah, segalanya lebih buruk berbanding awal perkahwinan kami.
Setiap jelingan dan pandangannya kini dihunus tajam bersama amaran.
You know it better, antara kau atau Wina, siapa yang aku akan pilih...
Entah mengapa dalam berbaris ayat yang terlontar keluar dari mulutnya malam itu, hanya sepotong ayat itu yang paling melekat di benakku. Intipatinya seakan sudah terpahat dan sukar untuk disingkirkan.
Kesannya begitu mendalam, tertoreh di jiwa.
Ya, Am. Saya tahu. Saya faham. Saya ni tak bermakna langsung dalam hidup awak. Tapi saya tak pernah salahkan awak pun sebab kalau saya diberikan pilhan juga, saya pun mesti akan pilih Wina berbanding diri saya sendiri, Am. Bukan awak seorang je yang rasa macam tu...
Aku mengeluh lemah lantas memejamkan mata. Lamunan itu beransur hilang buat sementara kerana aku yakin ia pasti akan datang menghantui lagi beberapa ketika nanti.
"Mama, Wina pilih yang ni boleh?" Buku cerita di tangannya diangkat, memanggil aku kembali ke alam nyata.
"Buku apa ni, sayang?"
Aku mengambil buku dari tangannya dan membelek-belek sepintas lalu. Bukannya aku fokus sangat pun dengan apa yang aku baca ketika itu, melainkan hanya berniat untuk mengalihkan perhatian.
"Ni, encyclopedia tentang human body, for kids. Wina sukalah buku ni. Banyak gambar-gambar. Colourful. Kalau Wina baca buku ni, nanti dah besar bolehlah Wina jadi doktor macam mama."
Aku kuntumkan senyuman bangga, lantas bercangkung di depannya.
"Wina nak jadi doktor? Tak nak jadi arkitek macam papa? Wina kan pandai melukis macam papa."
Wina mencebirkan bibir sebelum menggelang. Lucu wajahnya.
"Tak naklah jadi arkitek macam papa tu. Nanti hari-hari balik malam. Busy je. Dia dah tak sayang Wina kut," rungut Wina, mengundang tawa halusku.
Sekali lagi aku mendengar rungutan dia tentang kesibukan Afham.
Dia tak tahu agaknya jadi doktor itu lebih menuntut komitment yang lebih berpanjangan. Aku ini pun bernasib baik punya partner yang memahami seperti Zaty yang sentiasa ada untuk menyokong tuntutan tugasku di klinik.
"Wina, semua kerja dalam dunia ni tak senang tau. Setiap apa yang kita buat, mesti ada cabaran. It depends pada cara kita nak handle cabaran tu. Mama tahu, Wina sedih kan papa selalu tak ada dengan Wina? Tak salah pun kalau Wina nak sedih sebab kalau mama kat tempat Wina pun, mesti mama akan rasa sedih juga. Tapi kita kenalah cuba faham papa. Tak baik tau Wina cakap papa dah tak sayang Wina. Kan mama dah cakap hari tu, papa tu busy sebab dia nak cari duit banyak-banyak untuk besarkan Wina. Nak bagi Wina senang bila besar nanti. Bukan dia tak sayang Wina atau sengaja nak balik lewat. Kalau papa dengar, mesti dia terasa tau Wina cakap macam tu."

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...