❝ Aku tak mahu sesiapa melihat kekurangan yang aku miliki ❞
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Nadiya Kasheqa
Klak—
Terkebil-kebil aku membuka mata apabila mendengar bunyi pintu terkatup di belakang. Cahaya yang terang menyilaukan pandangan. Iris aku drastik mengecil, tindakbalas terhadap cahaya yang memanah masuk ke retina. Aku menoleh ke belakang lalu bangkit dengan berhati-hati.
Siapa pulak yang masuk tadi?
Kesakitan tadi masih terasa-rasa menjalar di abdomen. Perlahan sahaja aku bergerak duduk di birai katil. Aku risau kalau pergerakanku terlampau ekstrim, sakit itu akan muncul kembali. Menekup perut, aku menjuntaikan kaki di birai katil bersama mata yang menatap lantai.
No, Sheqa. Perkara tu dah lama berlaku. Bukan salah kau semua tu terjadi. Kau tak salah! Kau tak bersalah! Mun mesti faham apa yang dah berlaku, jadi kau tak perlulah rasa bersalah lagi. Stop overthinking!
Sebenarnya, dah lama aku tak rasa sakit begini. Semuanya datang kembali selepas kejadian semalam. Bukan sekadar sakit, malah mimpi itu juga kembali menjengah setelah hampir tiga tahun trauma itu ketiduran di dalam diri. Menghantui seolah-olah datang menuding jari, menyalahkan aku atas segala apa yang berlaku.
Kejadian sembilan tahun lepas begitu jelas lagi terpahat di ingatan. Selama hampir enam tahu aku bergelut mental, ingin memadamkan trauma yang aku alami sekian lama. Alhamdulillah, dengan bantuan pakar dan pelbagai faktor lain, aku bebas dari mimpi ngeri itu tiga tahun yang lalu.
Tapi, kenapa sekarang?
Kenapa ia harus muncul lagi sekarang?
Sewaktu aku sudah mula meneruskan hidup dan melupakan segala-galanya?
Aku menggeleng sebelum air mata menitis jatuh menuruni pipi. Hampir lima minit aku menahan rasa sebak yang menghurungi hati. Aku rasakan otot-otot perutku ada tanda-tanda mahu mengejang semula.
Nafas panjang dan dalam aku hela seperti membekalkan oksigen buat urat-urat dan otot-otot perut yang hendak meragam. Perlahan-lahan aku rasa ianya bertenang dan mengendur.
Aku kembali lega dan menekan-nekan sekitar ari-ari yang masih terasa ngilu. Aku tertunduk di birai katil sewaktu pintu bilik tiba-tiba ditolak dari luar. Lantas aku mengangkat muka.
Muncul Afham di balik daun pintu.
"Dah bangun?" Dingin suara itu.
Aku menelan air liur perasankan wajahnya yang juga dingin.
"Balik bilik sana sekarang," tegas dia mengarah.
Aku mengangkat punggung dan menapak selangkah dengan berhati-hati.
"Saya kena pergi klinik ni. Sepatutnya pagi ni saya ada appointment dengan kontraktor nak renovate klinik." Perlahan aku membalas. Pergerakanku masih berhati-hati. Risau kalau tiba-tiba sakit kembali menyerang.
"Aku tak benarkan kau pergi."
Naik geram aku mendengar arahannya.
Dia siapa nak arah-arahkan aku sesuka hati? Bukan ke janji tempoh hari yang dia tak akan masuk campur segala urusanku?
YOU ARE READING
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1
Romance━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku ma...