BAB 6

6.1K 130 4
                                    

2 MINGGU KEMUDIAN

"KYRA, papa suruh pergi fitting baju kahwin." Ujar Puan Qairina sambil berdiri di hadapan pintu bilik Kyra yang terbuka luas.

Kyra yang sedang merehatkan dirinya mengeluh berat. Waktu cuti ni lah dia nak rehat, ni kena pergi fitting baju kahwin pulak."

Ya, dia telah bersetuju untuk berkahwin dengan Nazrief denagn pujukan keluarga dan juga Harif. Dia sebenarnya tak faham kenapa Harif menggalakkan dia untuk berkahwin dengan lelaki lain walaupun dia masih menyayanginya. Takkan Harif ada perempuan lain? Tak mungkin.

Bila ditanya, tak ada pula jawapan yang di diberi. Harif cuma kata "nanti awak akan tahu sebabnya saya menghilang, dan keputusan kahwin ni adalah yang terbaik untuk awak." Kyra musykil. Tetapi dia percayakan Harif Jadi bersetuju untuk berkahwin.

"Hmm kejap lagi Kyra siap."

"Jangan lah kejap lagi, sekarang lah. Nazrief dah tunggu dekat bawah." Terbeliak mata Kyra dibuatnya mendengar kata kata Puan Qairina.

"Dah tunggu?? Bila dia sampai?" Soal Kyra.

"Jangan banyak tanya lah Kyra, pergi siap." Ujar Puan Qairina sebelum pintu bilik Kyra ditutup rapat.

Kyra lantas bangun dari baringnya lalu bersiao seringkas mungkin. Nak pergi fitting je.



SEPANJANG perjalanan mereka, Kyra dan Nazrief masing masing mendiamkan diri. Hanya radio yang berbunyi menemani kesunyian di antara mereka.

"Awak okay tak nak kahwin dengan saya ni? Kalau tak setuju, bagitahu awal awal. Jangan waktu kahwin baru nak lari ke apa." Nazrief bersuara memecahkan kesunyian. Radio diperlahankan sedikit.

"Saya okay je, dah jodoh nak buat macam mana." Balas Kyra acuh tak acuh sambil memandang ke luar tingkap.

"Saya ada nampak awak keluar dengan lelaki haritu. Nampak macam rapat. Boyfriend awak ke?" Soal Nazrief lagi, cuba mengorek rahsia dari Kyra.

"Kalau dia boyfriend saya, tak adalah saya setuju nak kahwin dengan awak." Balas Kyra senada. Malas dah dia nak jawab soalan kepoci dari Nazrief ni. Semua nak tanya.

Nazrief hanya menganggukkan kepalanya sedikit. Perbualan mereka tamat di situ. Perjalanan senyap sunyi tanpa sebarang bunyi hingga sampai ke butik pengantin.



SELEPAS Nazrief dan Kyra selesai menguruskan hal baju kahwin, mereka bergerak ke kedai emas pula.

"Awak nak cincin yang mana?" Nazrief menanyakan pendapat Kyra.

"Mana mana je." Jawab Kyra endah tak endah.

"Awak, kita nak kahwin tau. So, cuba betul betul jangan main main." Tegur Nazrief apabila melihat perangai Kyra. Dari tadi lagi dia perhatikan Kyra yang hanya menjawab acuh tak acuh bila dia tanya apa apa.

"Haih betul betul lah ni, kalau main main tak adanya saya teman awak kat sini." Balas Kyra geram.

Nazrief cuba bersabar dengan karenah Kyra. Fikirnya, nanti kahwin tahulah dia cara melembutkan hati seorang Kyra Airyna. Dia tahu Kyra seperti tidak ikhlas untuk berkahwin dengannya tapi dia tak tahu apa yang membuatkan gadis itu setuju untuk berkahwin.


SELESAI membeli belah barang kahwin, Nazrief menghantar Kyra pulang ke rumahnya.

"Take care." Pesan Nazrief dengan lembut cuba mengambil hati Kyra.

"You too." Balas Kyra senada sambil menutup pintu kereta. Tak tahu nak rasa apa. Selepas pemergian kereta Nazrief, langkah dibawa masuk ke dalam rumah.

Kyra terjerit kecil apabila masuk sahaja ke dalam rumah, dia terlihat orang yang sangat dirinduinya sedang duduk di atas sofa.

"Kak Amani!" Kyra terus berlari memeluk kakaknya yang sedang menuntut ilmu di UK tapi kini sudah pun sampai ke Malaysia.

"Bila akak sampai?" Tanya Kyra sambil melabuhkan duduk di sebelah Amani.

"Baru je tadi, tak sangka adik akak nak kahwin dah." Ujar Amani sambil memeluk Kyra.

Muka Kyra terus berubah secara automatik apabila Amani menyebut tentang kahwin.

"Lah, ni kenapa ni? Takkan muka orang nak kahwin macam ni?" Tanya Amani, dia tahu situasi Kyra cuma sengaja nak mengusik adiknya itu.

"Tak ada apa apa kak, Kyra naik atas dulu nak mandi." Kyra menukar topik lalu segera bangun dan menuju ke tingkat atas. Hilang terus mood nak bersembang huhu.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now