"LEPASLAH abang!" Ronta Kyra apabila Nazrief mengheretnya keluar dari panggung wayang.
Nazrief membawa Kyra ke tempat yang sedikit tersorok. Dia segera melepaskan tangan Kyra apabila dipastikan tiada orang di sekeliling mereka.
"Kyra ni kenapa hah?!" Soal Nazrief dengan nada tinggi.
"Kenapa apa?" Tanya Kyra pura pura tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Nazrief.
"Kyra tu isteri abang! Elok ke seorang isteri keluar dengan lelaki lain? Siap berpegang tangan lagi." Tanya Nazrief. Kali ini dia cuba mengawal nada suaranya supaya tidak terdengar oleh orang lain.
"Habis tu abang tu suami Kyra! Elok sangat ke seorang suami keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isteri sendiri?" Balas Kyra. Balasan Kyra tepat mengena batang hidung Nazrief hingga dia terdiam sebentar.
"Kenapa diam?" Tanya Kyra.
"Okay okay. Abang minta maaf sangat. Abang memang pergi meeting tadi lepas meeting tu diorang ajak abang tengok wayang. Takkan abang nak tolak." Ujar Nazrief cuba menerangkan keadaan sebenar.
"Kenapa pulak abang tak boleh tolak ajakan diorang sedangkan ajakan Kyra senang senang je abang cancel last minute?" Soal Kyra lagi.
"Okay, abang minta maaf. Memang salah abang." Nazrief menundukkan kepalanya bersalah kepada Kyra.
"Kata ada meeting penting. Rupanya pergi tengok wayang dengan dua orang tu." Desis Kyra perlahan sambil berjalan ke salah satu kedai cenderamata. Baik dia cuci mata dari tengok Nazrief.
Selepas membelek belek barang barang di kedai itu, Kyra keluar dari kedai tanpa mengendahkan Nazrief yang hanya mengekorinya dari belakang.
Sebaik sahaja Kyra dan Nazrief keluar, mereka bertembung dengan Amani, Alia dan Harif yang baru keluar dari panggung wayang.
"Jomlah kita balik Nazrief." Ajak Alia sambil mengerling Kyra di sisi Nazrief. Sibuk je perempuan tu.
"Korang balik naik grab ke? Boleh? I balik dengan Kyra." Kata Nazrief sambil memeluk pinggang Kyra di sebelahnya.
"Saya balik dulu Kyra. Thanks teman saya tadi." Sampuk Harif sambil menjeling reaksi muka Nazrief yang sudah memerah menahan marah. Dia memang sengaja buat macam tu sebab dia geram tengok Kyra diperlakukan sebegitu rupa.
"Awak, tolong hantar kitaorang balik boleh? Malas lah nak ambik grab." Tanya Amani sambil matanya tidak berkelip memandang wajah kacak Harif di sebelahnya.
Memang dari Harif bersama Kyra lagi dia sudah menyimpan perasaan pada lelaki itu. Harif sangat perfect di matanya. Cara dia melayan Kyra buat Amani semakin cemburu.
"Hmm boleh lah. Jom." Ujar Harif memandangkan dia sudah mengenali Amani jadi tak salah rasanya untuk dia menghantar mereka berdua.
NAZRIEF dan Kyra sudah berada di dalam kereta. Kyra mengalihkan mukanya ke arah lain.
"Kenapa tak jalan lagi ni?" Tanya Kyra apabila kereta masih tidak bergerak walaupun sudah lama berada dalam kereta.
Nazrief tidak mengendahkan pertanyaan Kyra. Nazrief mengambil 2 helai kertas di atas dashboard kereta lalu menayangkannya di depan muka Kyra.
"Ish! Apa ni?!" Kyra menepis kertas yang sedang melayang layang di depan mukanya itu.
Nazrief meletakkan kertas itu di paha Kyra. Kyra dengan malas mengambil kertas itu dan membaca.
"Hah?! Tiket ke Dubai?!" Matanya terbeliak sebaik sahaja membaca kertas itu.
"Ye, sayang." Kata Nazrief sambil tersenyum.
"Wah! Bestnya... Tak sabarnya nak pergi!" Kata Kyra teruja. Berubah terus mood nya yang tadi marahkan Nazrief.
"Ni honeymoon kita tau. Sambil menyelam minum air." Kata Nazrief sambil senyum lebar.
"Eeii! Gatal lah!" Balas Kyra sambil mencubit paha Nazrief dengan kuat.
"Sakitlah!" Nazrief segera mengusap ngusap pahanya yang dicubit Kyra sebentar tadi. Pijar juga dibuatnya.
"Ololo.... Sayang abang! Kalau bukan kat public dah lama Kyra peluk abang." Ujar Kyra.
"Peluk je lah." Balas Nazrief sambil mendepangkan badannya.
"Wekk.." Ejek Kyra tanda dia tidak akan memeluk Nazrief.
"Minggu depan kita beli barang okay?" Tanya Nazrief meminta persetujuan Kyra.
Kyra hanya menganggukkan kepalanya. Nazrief tersenyum sambil mengusap lembut kepala isterinya.
MINGGU DEPAN
Kyra berjalan ke arah office suaminya untuk mengajak Nazrief membeli barang seperti yang dijanjikannya pada hari ini.
Tok! Tok! Tok! Kyra mengetuk pintu bilik pejabat suaminya itu.
Masuk! Kedengaran suara Nazrief menyuruh Kyra masuk.
Kyra masuk dengan menjenguk dahulu ke dalam bilik. Kyra melihat Alia dan Amani duduk di kerusi berhadapan Nazrief.
"Eh! Sayang rupanya. Awalnya datang. " Kata Nazrief sambil memeriksa jam di tangannya.
"Awal ke? Bukan ke memang abang suruh datang time ni?" Tanya Kyra. Dia rasa di tak awal pun.
"Ye ye.. Jap eh abang nak meeting kejap je dengan Alia dan Amani. Lepastu kita pergi eh?" Kata Nazrief. Kyra hanya menggangguk dan menuju ke arah kerusi kerja Nazrief.
Nazrief hanya memerhati langkah isterinya itu sebelum memberi arahan pada Alia dan Amani.
"Awak berdua keluar dulu." Alia dan Amani segera menurut arahan Nazrief dan meninggalkan Nazrief dan Kyra sendirian.
Selepas memastikan Alia dan Amani sudah jauh, Nazrief mendekati Kyra yang sedang berdiri di meja kerjanya itu.
"Cantik betul isteri abang ni." Bisik Nazrief di telinga sambil tangannya melingkar di pinggang Kyra.
Terkejut Kyra dibuatnya. Tiba tiba je orang bisik kat telinga dia. Kyra hanya tersenyum mendengar pujian Nazrief kepadanya.
"Abang pun apa kurangnya. Kat tempat kerja pun nak handsome handsome." Ujar Kyra sambil membetulkan betulkan coat kerja Nazrief lalu memberikannya ciuman di pipi. Nazrief tersenyum gembira.
"Okaylah. Abang dah kena pergi ni. Sayang duduk sini eh. Jangan bukak computer abang tau sebab dalam tu banyak dokumen." Pesan Nazrief sebelum bergerak keluar dari bilik itu.
Kyra yang kebosanan segera mengambil tempat duduk di sofa empuk berhadapan dengan meja kerja Nazrief dan membuka telefonnya.
Tak lama selepas itu, pintu dibuka muncul seorang pekerja perempuan dan mengambil komputer di atas meja.
Kyra tidak berfikir banyak dan mengendahkannya.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...