"ASSALAMUALAIKUM mama. Naz balik ni." Nazrief melaung dari luar pagar rumahnya.
"Waalaikummussalam." Balas Puan Dayana apabila ternampak wajah anak menantunya itu.
"Marilah masuk." Jemput Puan Dayana.
Nazrief dan Kyra berjalan masuk ke dalam rumah dengan berpimpin tangan.
"Duduklah. Err... Lepas minum minum ni mama nak ajak Kyra keluar jap." Kata Puan Dayana kepada Nazrief.
"Amboi mama, nampak menantu terus lupa anak mama ni ye." Usik Nazrief. Wajah isterinya di sebelah dipandang tanpa jemu.
"Abang Haikal tak balik lagi ke mama?" Soal Nazrief sambil sesekali menjenguk ke seluruh rumah mencari kelibat abang sulungnya itu.
"Hai." Sapa Haikal iaitu abang Nazrief daripada atas tangga.
"Hah! Panjang umur. Baru je sebut tadi dah muncul." Kata Nazrief apabila melihat abangnya itu turun dari tangga.
"Ha, kenalkan ni lah adik ipar abang." Ujar Nazrief sambil memeluk bahu Kyra di sebelah.
Kyra hanya menayangkan senyuman tanda salam perkenalan.
"Hai, nama saya Haikal." Haikal memperkenalkan dirinya dengan senyuman hingga ke telinga.
'Cantik cantik macam ni jadi adik ipar pulak. ' Bisik hati Haikal sambil matanya tidak lekang merenung Kyra hingga Kyra rasa tidak selesa dengan renungannya yang begitu tajam.
"Hai, nama saya Kyra." Kyra memperkenalkan dirinya dengan senyuman nipis.
Haikal terus mengambil tempat di sebelah Kyra. Kyra menginjak sedikit ke arah Nazrief. Dalam banyak banyak tempat, sebelah Kyra juga nak duduknya.
"Mama, Haikal nak bawak Kyra keluar jap lepas minum boleh?" Tanya Haikal kepada Puan Dayana. Kyra terus memandang Nazrief untuk menghantar isyarat tidak mahu.
Nazrief mengerutkan dahi mendengar pertanyaan abangnya itu.
"Berdua?" Soal Nazrief.
"Mestilah dengan kau Naz, takkan lah nak keluar berdua dengan bini kau." Balas Haikal dengan senyuman kelat. Kalau boleh memang dia mahu berdua dengan Kyra pun.
"Eh,mana boleh. Mama nak keluar dengan Kyra lepas ni." Ujar Puan Dayana mencelah. Kyra melepas nafas lega.
"Hmm kalau macam takpelah. Lain kali je." Jawab Haikal agak muram. Baru ingat nak tackle tapi dapat halangan pulak. Dia sedar Kyra adik iparnya tapi kisah apa dia kalau hati dah terpaut kan.
Kyra memandang Haikal pelik. Kyra memandang pula suaminya di depan. Nazrief macam tengah cemburu je.
Selepas minum dan berbual bual Kyra dan Puan Rina keluar berjalan seperti yang dijanjikan.
SETELAH beberapa jam keluar dengan ibu mertuanya itu, mereka berdua balik ke rumah dalam keadaan penat. Penat berwindow shopping. Ibu mertuanya ini boleh tahan juga kalau bab shopping. Kuat betul berjalan.
Sebaik sahaja sampai di rumah dia melihat kereta keluarganya terparkir di halaman rumah Puan Dayana.
"Mama datang ke?" Bisik Kyra sendirian namun masih boleh didengar oleh Puan Dayana di sebelah.
"Jom kita masuk tengok." Ujar Puan Dayana sambil masuk ke dalam rumah diikuti Kyra di belakang.
"Assamualaikum." Kyra dan Puan Dayana memberi salam serentak.
"Waalaikumussalam." Salam Kyra dan Puan Dayana dijawab oleh seseorang.
"Lah bila sampai? Tak call pun nak datang." Puan Dayana segera menyapa mesra apabila melihat besannya itu berkunjung ke rumahnya.
"Ala tak apalah. Kami datang ni saja saja je. Nak bertanya khabar." Jawab Puan Qairina sambil menghadiahkan senyum manis.
"Datang sorang je ke?" Soal Puan Dayana apabila dia tidak ternampak kelibat sesiapa pun di situ.
"Taklah, datang dengan suami and anak anak. Entahlah ke mana diorang pergi." Puan Qairina jugak tercari cari suaminya serta Amani yang mengikutinya sebentar tadi.
"Mama, Raisya dengan Kak Amani ikut jugak ke?" Tanya Kyra. Kalau dua orang tu ikut boleh lah dia bersembang. Ada juga teman.
"Kak Amani je ikut, Raisya tak. Pergilah tengok Kak Amani kamu tu. Katanya nak tengok kolam ikan kat belakang tu." Kyra hanya menganggukkan kepalanya dan berdiri untuk mencari kakaknya yang sorang tu.
Kyra berjalan menuju ke belakang di mana terletaknya kolam ikan peliharaan ibu mertuanya.
Sebaik sahaja Kyra sampai dia terkejut kerana melihat Amani sedang berada dalam posisi memeluk Nazrief. Perasaan cemburu menyerbu dirinya. Walaupun hubungannya dengan Nazrief masih belum seperti pasangan lain tetapi dia sebagai isteri layak untuk rasa cemburu apabila melihat suaminya bermesraan begitu bersama perempuan lain. Kakak dia pulak tu!
Kyra berdehem belakang mereka. Mereka berpaling ke belakang dan juga nampak terkejut dengan kehadiran Kyra.
"Kyra, Kyra jangan salah faham. Kakak nak jatuh tadi." Ujar Amani cuba menerangkan sambil cepat cepat bangun dari pelukan Nazrief.
"Awak, jangan salah faham eh? Tadi tu kakak awak nak jatuh. Itu je." Terang Nazrief pula.
"Takpelah Nazrief. Saya pun isteri dalam kertas awak je kan?" Tanya Kyra sambil memandang tepat ke wajah Nazrief.
Amani pula hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa bila suami isteri bergaduh.
"Kyra, kenapa awak cakap macam tu? Saya.." Belum sempat Nazrief habis berkata kata, Kyra menyampuk.
"Tak payah explain. Saya bukan siapa siapa pun. Saya nak balik dulu. Nanti pandai pandai lah jawab dengan mama." Ujar Kyra lalu terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Kyra! Tunggu!" Nazrief berlari untuk mengejar Kyra namun sudah terlambat apabila kereta Kyra sudahpun meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.
Tanpa sedar Amani tersenyum apabila Kyra pergi meninggalkan Nazrief. Apa makna di sebalik senyuman itu?
"Ehh! Kyra nak pergi mana tu Nazrief?" Tegur Puan Dayana apabila melihat Kyra berlari keluar dari rumahnya begitu saja.
"Mama, Nazrief kena balik. Emergency." Pamit Nazrief sambil mengejar Kyra dengan keretanya.
Puan Dayana pula terpinga pinga dengan situasi itu. Apa yang telah terjadi?
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...