BAB 12

5.4K 119 3
                                    

KRING!! KRING!!

Nazrief terpisat pisat bangun apabila terdengar bunyi loceng di sebelah katil mereka. Tangan panjang nya segera menggapai loceng di tepi katil lalu ditutup. Dalam samar - samar cahaya lampur tidur, dia mengerling jam dinding yang tergantung berhadapan katil. Baru pukul 6 pagi.

Nazrief memandang wajah polos Kyra yang sedang tidur nyenyak sambil tersenyum kecil. Dari mata ke hidungnya yang mancung dan seterusnya bibir mungil Kyra yang comel. Tak puas rasanya dia tatal wajah Kyra namun dia harus mengejutkan Kyra untuk menunaikan solat fardhu subuh.

"Sayang wake up " Kejut Nazrief dengan suara yang garau akibat baru bangun tidur.

"Ermm.. Kenapa awak kacau saya. Saya ngantuklah." Kyra menolak tangan Nazrief yang sedang mengejutkannya.

"Sebelum abang kiss Kyra baik Kyra bangun."

Memang itulah cara Nazrief membangunkan Kyra kalau tak kejut mau terbabas semua nanti.

"Okay okay." Kata Kyra lalu bangun menghadap Nazrief dengan wajah geram. Kacau je orang nak tidur.

"Jom."

"Pergi mana?" Tanya Kyra hairan. Baru bangun nak ajak pergi mana pulak. Jam dinding dikerling. Baru pukul 6.

"Mandilah. Solat subuh." Jawab Nazrief selamba.

"Awa.." Belum sempat Kyra habis bercakap, Nazrief mencekup mulut Kyra.

"Kan abang dah cakap, jangan panggil 'awak atau saya' panggil abang abang." Ujar Nazrief lembut.

"O..okay."

"Jom mandi."

"Aba..abang mandilah dulu. Kyra cuti lah hari ni." Balas Kyra dengan agak kekok membahasakan Nazrief abang.

"Lah cuti ke? Kenapa tak bagitahu, kalau tak takdelah abang kejut Kyra bangun. Haih."

"Dah awak.." belum sempat Kyra ingin menghabiskan ayat, mulutnya ditutup.

"Abang." Kata Nazrief sambil mengecilkan matanya memandang Kyra yang asyik tersasul.

"Ye ye abang! Dah abang kejut tiba tiba suruh mandi bagai, mana sempat nak bagitahu." Ujar Kyra lurus.

"Hmm takpelah. Abang mandi dulu nak solat. Kyra sambung lah tidur." Pipi Kyra dicium sekilas sebelum bangun dari katil dan bergerak ke dalam bilik air.

Kyra memegang pipinya yang dicium oleh Nazrief sebelum bibirnya mengukir senyum nipis.

"SAYANG you know what? Raisya dengan Amirul nak kahwin." Kata kata yang keluar dari mulut Nazrief mengejutkan Kyra yang sedang memasak untuk mereka berdua.

"What?! Nak kahwin? Bila? Kenapa Kyra tak tahu? Bila diorang kenal tiba tiba je nak kahwin ni?" Soal Kyra bertubi tubi. Terkejut beruk dia dibuatnya, tak ada angin tak ada ribut tiba tiba nak kahwin.

Nazrief pula terkebil kebil mendengar soalan yang bertubi tubi daripada Kyra. Tak tahu mana yang nak jawab dulu.

"Mama baru call abang tadi bagitahu. Abang pun baru tahu. Hmm katanya diorang dah kenal sebelum kita kahwin lagi. Mungkin sekarang diorang nak take a step forward dalam hubungan diorang. Kita sebagai abang kakak ni sokong je lah. Benda baik kan." Balas Nazrief.

"Hmm sampai hati Raisya tak bagitahu Kyra." Ujar Kyra dengan risk wajah muram padahal dia dengan adiknya itu sangat rapat.

"Alah sayang anggap je Raisya tu nak buat suprise sebab tu dia tak bagitahu." Nazrief mengusap bahu isterinya perlahan seakan akan memujuk.

"By the way, mama ajak kita dinner dekat sana. Ada party BBQ katanya sempena hari perkahwinan Raisya dengan Amirul nanti. Kira celebrate antara keluarga je lah."

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now