BAB 57 (TAMAT)

13.5K 179 27
                                    

Selepas pulang dari rumah Raisya juga Adam, mereka sekeluarga berkunjung ke taman bunga dek kerana permintaan si kembar.

Nazrief dan Kyra duduk di atas kerusi batu sambil memerhati Arvin dan Ayra bermain sesama sendiri.

"Arvin tu kan banyak iras muka abang." Ujar Kyra.

"Mestilah, anak abang dan itu jugak membuktikan abang sayangkan Kyra lebih dari Kyra sayangkan abang." Nazrief mencuit pipi Kyra.

"Mana ada. Kyra lagi sayangkan abang." Bantah Kyra.

"No, abang lagi sayangkan Kyra. Bukti dah ada." Nazrief memuncungkan mulutnya menunjuk Arvin yang sedang berkejaran bersama Ayra di balik bunga.

Kyra terus memasamkan mukanya dan memuncungkan mulutnya.

"Merajuk lah tu. Abang tak nak pujuk." Ujar Nazrief sekadar mahu menguji kesabaran Kyra.

Air mata Kyra sudah bertakung. Sampai hati tak nak pujuk.

"Alolololo... Janganlah nangis. Abang main main je. Nak pujuk macam mana? Kiss nak?" Nazrief memuncungkan mulutnya untuk mencium Kyra.

"Eii tak nak! Nak askrim tu!" Kyra menunjuk ke arah orang yang menjual aiskrim di luar taman bunga.

"Sayang, tunggu sini kejap. Abang pergi beli." Ujar Nazrief lalu bangun menuju ke arah kedai aiskrim.

Kyra mengganggukkan kepalanya sambil menggoyangkan kakinya sementara menunggu Nazrief tiba.

Tidak lama selepas itu Nazrief tiba dan membawa 3 aiskrim.

"Eh? Kenapa sampai tiga?" Nak bagi dekat siapa? Soal Kyra pelik.

"Nak bagi dekat awek sana tu ha." Nazrief memuncungkan mulutnya ke arah sekumpulan gadis yang sedang memandang Nazrief.

Kyra terus memberikan pandangan maut kepada gadis gadis itu. Berani pandang suami dia!

Nazrief tergelak kecil.

"Tak adalah. Ni untuk Ayra dengan Arvin lah. Ayra Arvin meh sini!" Nazrief memanggil si kembar.

"Ye papa." Jawab Ayra dan Arvin serentak.

"Nah askrim untuk korang. Tapi makan duduk sini dulu." Arah Nazrief.

Ayra dan Arvin mengganggukkan kepala mereka lalu duduk di antara Kyra dan Nazrief.

Kemudian, Ayra dan Arvin mengajak Nazrief serta Kyra bermain bersama. Kyra dan Nazrief hanya melayan kerenah si kembar mereka itu.













NAZRIEF memasuki bilik mereka selepas memastikan Ayra dan Arvin sudah pun tidur.

"Kembar dah tidur?" Soal Kyra yang sedang berdiri di balkoni.

"Dah." Jawab Nazrief sepatah sambil berdiri di sebelah isterinya.

"Sayang menung apa?" Nazrief menatap wajah bersih Kyra.

"Tak ada apa. Cuma tengah flashback balik apa yang dah jadi dengan hubungan kita dulu and terfikir apa yang akan jadi pada masa akan datang." Ujar Kyra sambil memerhati bintang bintang yang bekerlipan di dada langit.

"Sayang, tak payahlah nak kenangkan perkara yang lalu. Kalau abang kenangkan perkara lalu memang abang tak dapat maafkan diri abang. Abang ingat setiap saat abang lukakan hati sayang. Bermula dari penceraian kita sampai anak kita..." Belum sempat Nazrief menghabiskan ayatnya Kyra meletakkan jari telunjuknya pada bibir Nazrief.

Nazrief terdiam.

"Tak payahlah kenangkan peristiwa pahit tu lagi. Kyra dah maafkan abang and Kyra juga nak minta maaf pada abang sekiranya Kyra ada buat salah pada abang sepanjang Kyra jadi isteri abang. Kyra dah tepati janji Kyra, Kyra takkan tinggalkan abang kecuali kalau abang yang buang Kyra." Ujar Kyra sambil mengalihkan pandangannya pada Nazrief.

Nazrief juga merenung ke dalam anak mata Kyra.

"Abang sedar abang dah banyak buat salah pada Kyra tapi percayalah semua yang abang katakan tak terniat pun di hati abang. Abang sayangkan Kyra sangat sangat. Tolong jangan pergi lagi." Mata Nazrief bergenang.

Kyra hanya mampu mengangguk kan kepalanya kerana dia juga sudah sebak.

"Nur Kyra Airyna adalah wanita yang paling istimewa di hati abang. Tak ada siapa siapa boleh gantikan tempatnya. I love you Kyra Airyna." Bisik Nazrief di tepi telinga Kyra dan terus memeluk Kyra dengan erat.

"I love you too, Nazrief Adam." Kyra membalas pelukan suaminya itu.

Dua hati bersatu. Semoga bahagia milik mereka selamanya. Amiin.

Tamat

Terima kasih pada yang tak henti henti support TD iaitu first karya saya walaupun ada terlalu banyak kekurangan. TD mengambil masa dua tahun jugak untuk siapkan. Actually semua idea dah ada cuma nak tulis je malas sikit. Thanks sekali lagi pada semua yang support TD hingga akhir. Tengoklah macam mana nanti kalau rajin kita buat SPECIAL CHAPTER ✨ Comment lah sikit, pada siapa yang tak pernah comment tu. Macam mana best ke tak? Korang nak SPECIAL CHAPTER KE TAK? Last, thanks again korang!❤️

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now