BAB 25

5.4K 133 10
                                    

KYRA sampai agak lewat ke restoran yang dijanjikan.  Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Harif.

"Nampak macam hal penting je. Ada apa?" Soal Harif. Wajah risau Kyra ditatapnya. Ada masalah lagi kah dengan Nazrief.

Kyra menarik nafas dalam sebelum berkata kata.

"Saya memang ada benda nak bincang dengan awak tentang..." Kyra terhenti. Dia berfikir dalam dalam sebelum berkata untuk mencari ayat yang sesuai.

"Tentang apa Kyra?" Soal Harif tidak sabar. Tak pernah pernah Kyra buat suspense macam ni.

"Sebenarnya.."

"Kyra!" Kyra tersentak. Wajah berang Nazrief yang baru sampai dipandang. Mesti Nazrief akan salah faham tentang situasinya.

"Abang. Kyra jumpa dia sebab..." Belum sempat Kyra ingin berkata kata tangannya ditarik kasar agar beredar dari situ.

Harif bangun untuk menahan.

"Bro bro sabar. Kau jangan salah faham." Harif cuba menenangkan keadaan. Kesian pula dia lihat wajah keruh Kyra.

"Kau diam. Kau sedar tak dia ni isteri orang?" Soal Nazrief sambil terketap ketap giginya menahan marah.

Harif terdiam. Tak pasti apa yang perlu dilakukannya. Ini bukan hal dia. Dia tak berhak nak halang keputusan Nazrief. Kyra milik Nazrief.






"EXPLAIN." Ujar Nazrief sepatah.

Pergelangan tangan Kyra dilepaskan kasar. Kyra mengusap ngusap pergelangan tangannya. Habis kemerah merahan tangannya yang putih itu akibat cengkaman kuat Nazrief.

"Kyra jumpa Harif sebab nak bagitau dia hal tadi. Lebih baik Kyra yang bagitau dari dia tahu dari mulut orang. Kyra taknak jadi masalah lain nanti." Ujar Kyra memberitahu perkara sebenarnya.

"Kenapa penting sangat benda tu? Kenapa Kyra jugak yang kena bagitau dia? Ada hubungan apa dengan dia?" Soal Nazrief betubi tubi. Wajah Kyra ditatap tajam.

Tanpa mereka sedari, Amani dan Alia sedang memandang telinga di luar bilik sambil tersenyum sesama sendiri. Berjaya nampaknya rancangan mereka kali ini.

"Kyra kenal sangat Harif tu, dia tak suka difitnah. So Kyra taknak dia mengamuk nanti. Biarlah Kyra yang bagitau dia dari dia tahu dari mulut orang." Ujar Kyra pula mempertahankan dirinya.

"Ouhh kenal. Berapa lama sangat kenal sampai tahu luar dalam? Kyra sedar tak Kyra tu isteri abang? Tanggungjawab Kyra hanya pada abang! Tak payah nak sibuk ambil tahu pasal orang lain!" Kyra tersentak apabila ditengking sebegitu rupa.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Nazrief menyambung kata katanya.

"And fitnah? Kyra cakap semua yang Alia bagitau fitnah? Kyra ni sedar ke tak?! Kalau nak bela pun agak agaklah. Sampai dah mencabul pun masih lagi nak pertahankan dia?" Soal Nazrief lagi. Wajahnya sudah memerah menahan marah.

"Habis tu abang percaya sangat lah cakap Alia tu?  Oh lupa pulak, bekas kekasih kan. Mesti lah abang percaya. Kyra ni siapa je. Isteri atas kertas, kahwin pun terpaksa kan? Kononnya abang lagi kenal Alia. Kalau abang betul betul kenal dia, abang tahu semua yang dia cakap tu fitnah semata." Balas Kyra dengan berani. Dia dah tak boleh tahan asyik ditengking dari tadi. Dia amat terluka dengan sikap Nazrief hari ini.

Nazrief terdiam. Mungkin tersentak kerana Kyra jugak meninggikan suaranya.

"Kenapa diam? Tak ada bukti dah nak bela perempuan tu?  Kalau abang nak tahu, Kyra dah lama rasa diorang tu ada plan nak tinggal kat rumah ni semata mata nak hancurkan rumah tangga kita lepastu abang pulak.."

"Kyra! Kau diam! Kau jangan merepek boleh tak?! Kau sengaja cakap semua benda tu semata mata nak tutup kesalahan kau kan?! Aku betul betul tak sangka perangai kau macam ni."

Kyra tersentak. Dia bagaikan tidak percaya suaminya sampai menggunakan bahasa "kau dan aku" bila bercakap dengannya.

Mana perginya sifat lembut dan penyayang Nazrief malam ini? Sampai begitu sekali dia dimarahi?

Kyra memberanikan diri menentang mata Nazrief yang tajam merenungnya.

"So abang ingat Kyra tipu? Semua yang Kyra cakap tadi satu penipuan je bagi abang? Memang salah Kyra keluar tanpa izin abang. Tapi bukan Kyra sengaja dan Kyra tak ada apa apa hubungan pun dengan Harif macam yang abang fikirkan. Sanggup abang marah Kyra sampai macam ni sekali. Kyra ni isteri abang. Bukannya orang luar yang abang boleh cakap sesuka hati." Terpapar riak kecewa yang amat dalam di wajah Kyra.

Kyra begitu terluka mendengar kata kata yang keluar dari mulut suaminya itu. Sepanjang mereka berkahwin, belum pernah sekalipun Nazrief mengeluarkan kata kata sekasar itu.

"Dah lah tak guna cakap dengan abang. Kyra nak keluar." Kyra berlari keluar dari bilik tidur mereka. Dia terlihat Amani dan Alia yang sedang makan dengan senang hati di meja makan. Langsung tak sedar masalah ini berpunca dari mereka.

"Kyra!" Nazrief berlari mengejar isterinya namun Kyra tidak menoleh sedikitpun.

Kunci kereta diambil dan pintu utama rumah agam itu dibuka bersedia untuk melangkah keluar.

"Kyra Airyna! Selangkah kau keluar dari rumah jangan pernah balik lagi ke sini sebab kau bukan lagi isteri aku."  Kyra tersentak. Kakinya yang ingin melangkah terhenti. Sanggup Nazrief berkata begitu tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung mereka. Sudah tak ada kah rasa cinta Nazrief pada dirinya?

Kyra berpaling ke belakang. Air mata yang mula menitis disekanya perlahan.  Wajah Alia dan Amani yang tersenyum simpul di belakang dipandang dengan hati yang membara.

Dia tak faham apa yang telah dia lakukan pada kakaknya Amani sehingga kakaknya itu boleh berubah sebegitu rupa.

"Kalau itu kata abang, Kyra terima. Kyra tetap akan keluar. Bukan sebab Kyra tak sayangkan abang tapi abang yang tak sayangkan Kyra. Kalau abang sayangkan perkahwinan kita, abang takkan cakap macam tu. Abang pun tahu apa akibatnya sebaik sahaja Kyra melangkah keluar dari rumah ni."  Sebaik sahaja habis berkata kata Kyra kembali berpusing ke hadapan.

"Kyra Airyna! Kalau kau sayangkan perkahwinan ni jangan keluar." Nazrief memberi amaran sambil mengetap giginya. Geram dia dengan perangai degil Kyra.

Kyra tidak lagi mendengar kata kata Nazrief lalu melangkah keluar dari rumah. Nazrief terkedu. Kyra betul betul pergi tinggalkan dia.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now