SAMPAI sahaja di hospital, Nazrief dan Amani keluar dari kereta. Nazrief mencempung Kyra yang sedang menahan sakit manakala Amani berasa tidak sedap hati apabila sebuah kereta memasuki perkarangan hospital dengan laju dan berhenti berdekatan pintu gerbang hospital.
Di depan pintu gerbang hospital Nazrief menepuk dahinya.
"Sayang, abang terlupa bawak dompet. Sayang tunggu kejap." Nazrief meninggalkan Kyra pada Amani dan segera melangkah ke arah kereta.
Amani pula terkejut melihat pemandu kereta laju itu tiba tiba mengeluarkan pistol dan menghalakannya pada Kyra.
"Kyra!!" Amani berlari dan berdiri di depan Kyra untuk melindunginya.
"Bang!"
Nazrief menoleh ke arah tempat isterinya apabila terdengar bunyi tembakan. Dia lihat Kyra sudah terkulai lemah.
"Sayang!" Nazrief berlari ke arah Kyra dengan cemas.
"Bu... Bukan Kyra. Kak Amani...." Kyra berkata tersekat sekat.
Nazrief tersentak dan berpaling ke arah Amani. Amani juga sudah terbaring di atas jalan dengan darah yang mula mengalir. Nazrief segera berlari ke arahnya.
"Amani! Amani bangun! Jangan tinggal abang please!" Pihak hospital keluar dan membawa dua strecther lalu membawa Kyra juga Amani.
Nazrief mengikuti mereka dari tepi.
"Amani sayang abang. Maafkan Amani." Ujar Amani lirih sebelum dimasukkan ke dalam bilik pembedahan 1. Manakala Kyra dimasukkan ke dalam bilik pembedahan 2.
Nazrief terduduk di kerusi menunggu. Kedua insan kesayangannya kini bertarung nyawa di dalam. Dia menyesal kerana tidak memaafkan adiknya itu. Nazrief menarik narik rambutnya. Kedua wajah kesayangannya kini terlayar di ruang mata.
Nazrief bertindak untuk memaklumkan pada Zack, Puan Qairina, Puan Dayana dan juga Tuan Adam.
Nazrief menutup telefonnya setelah memaklumkan pada mereka semua keadaan Kyra dan Amani. Dia menyandar di kerusi lalu terlelap seketika.
Nazrief membuka matanya, dia berada di satu ruang putih. Tidak dapat melihat apa apa. Tiba tiba muncul dua insan kesayangannya. Amani dan Kyra. Namun mereka terkurung di dalam sebuah bilik kaca.
"Kyra... Amani..." Nazrief cuba membuka pintu kaca itu namun gagal.
"Salah seorang sahaja yang boleh keluar dari sini Abang." Ujar Amani. Amani membuka pintu kaca dan Kyra melangkah keluar lalu menuju ke arah Nazrief.
Nazrief segera memeluk isterinya itu. Amani...
"Amani tak boleh keluar abang. Dah sampai masanya. Tolong maafkan Amani. Walaupun pertemuan kita singkat dan penuh kebencian Amani sayang abang dengan sepenuh hati." Amani perlahan lahan menghilang di dalam kaca itu.
"Amani!!!" Nazrief menjerit, dia terasa kehilangan.
"Abang... Terima kenyataan. Amani tak boleh bersama kita." Kyra memegang tangan suaminya menyalurkan kekuatan.
"Nazrief..." Nazrief tersentak lalu bangun dari tidurnya. Air mata yang keluar diseka secepat mungkin.
"Papa, mama. Dah sampai?" Nazrief menyalam tangan Tuan Adam, Puan Dayana dan Puan Qairina.
Lalu berjabat tangan dengan Zack. Zack datang dengan Liza.
Nazrief mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul 5 pagi, sudah tiga jam Kyra dan Amani berada di dalam bilik pembedahan.
"Dah berapa lama Kyra dengan Amani duduk dekat dalam?" Soal Tuan Anas.
"Dah tiga jam papa. Naz risau apa apa jadi pada diorang. Naz sayangkan diorang." Rintih Nazrief. Suara Amani masih terngiang ngiang di telinganya.
"Amani sayang abang"
Air mata bertakung di tubir mata Nazrief. Zack mengubah kedudukannya dan duduk di sebelah Nazrief.
"Aku dapat info dari security, orang yang bawak kereta tu mabuk. Diorang dah uruskan semuanya." Maklum Zack. Nazrief hanya diam.
"Aku tak kisah semua tu Zack. Yang penting sekarang ni isteri dengan adik aku. Amani sanggup gadaikan nyawa dia untuk selamatkan Kyra, tapi Kyra kehilangan banyak darah sebab tu doktor terpaksa bedah untuk selamatkan kedua mereka." Luah Nazrief.
Zack menepuk bahu Nazrief perlahan. Dia nampak saja kuat tapi sebenarnya dia pun hampir hampir menangis apabila mengetahui Amani terkena tembakan. Dia sudah mula menyayangi gadis itu. Gadis itu sudah berjaya mencuri hatinya mana mungkin dia mahu kehilangan Amani.
Beberapa minit kemudian doktor keluar dari bilik pembedahan 1 juga bilik pembedahan 2.
Mereka semua meluru ke arah doktor dan bertanya keaadaan Amani juga Kyra.
"Tahniah! Encik dapat Twins." Doktor bilik pembedahan 2 berjabat tangan dengan Nazrief. Nazrief tersenyum gembira.
"Bagaimana pula dengan adik saya doktor?" Tanya Nazrief tanpa berlengah. Dia berharap dapat dengar berita baik juga dari doktor itu.
"Saya minta maaf, adik Encik tidak dapat diselamatkan. Peluru kena tepat pada jantungnya. Diminta ahli keluarga untuk menguruskan jenazah." Maklum doktor itu lalu berlalu meninggalkan mereka yang terpempan.
Puan Dayana dan Puan Qairina menangis teresak esak mengenangkan anak mereka. Tuan Adam menenangkan Puan Dayana manakala Liza menenangkan Puan Qairina.
Nazrief terduduk kembali ke kerusi. Air matanya mengalir deras. Amani...
Zack juga begitu, dia menyeka air matanya. Disaat sudah mula sayangkan gadis itu, waktu itu gadis itu telah pergi meninggalkan nya untuk selamanya.
Setelah beberapa minit menenangkan dirinya, Nazrief pergi mengambil air sembahyang untuk mengazankan anak anaknya.
Nazrief membuka pintu wad. Terlihat Kyra yang sedang terbaring keletihan ditemani anak anaknya disisi.
Nazrief tersenyum untuk menenangkannya hati isterinya itu.
"Abang... Sabar ye." Kata Kyra, dia sudah pun mengetahui berita mengenai Amani. Nazrief mengganggukkan kepalanya sedikit.
Nazrief beralih pada anaknya pula. Dia mengangkat salah satu dari mereka. Perempuan.
"Apa nama dia?" Tanya Nazrief lembut.
Kyra tersenyum.
"Kita dapat sepasang boy and girl. Girl biar Kyra bagi nama, boy abang bagi okay?" Kyra bersuara ceria cuba menggembirakan hati Nazrief. Dia tidak boleh bersedih juga kerana itu hanya akan membuatkan Nazrief lebih lemah semangat.
Nazrief mengangguk setuju.
"Okay girl, Kyra nak namakan dia...
Nur Ayra Erina. Okay tak?" Soal Kyra."Sedap nama tu. Okay kalau untuk boy abang letak.. Mohd Arvin Arrayan. Okay?" Kyra menepuk nepuk tangannya dengan perlahan takut luka jahitannya kembali terbuka.
"Abang nak azankan Ayra dengan Arvin kejap." Ujar Nazrief lalu kedua dua anaknya diazankan di telinga kanan manakala di iqamatkan di telinga kiri.
"Terima kasih sayang sebab bagi abang hadiah yang tak terhingga nilainya. Abang sayangkan Kyra." Ujar Nazrief sambil mencium dahi isterinya.
Kyra tersenyum.
"Kyra pun sayangkan abang." Balas Kyra.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...