PINTU biliknya ditolak dengan kasar dari luar, Amani terus menyembamkan mukanya pada tilam empuknya. Sakit betul hatinya di kala ini.
"Amani...kak Alia faham apa yang Amani rasa waktu ni. Kak Alia pun sakit hati dengan perempuan tak guna tu. Tak pasal pasal Amani kena tampar. Memang dasar budak kurang ajar tapi Amani kena kuat. Amani tak boleh mengalah macam ni." Lembut suara Alia memujuk Amani yang sedang bersedih. Mahu tak mahu kenalah pujuk juga nanti Amani bagitahu Nazrief tak payah kahwin dengan dia pulak.
"Kak Alia cakap senanglah. Abang Naz dah setuju nak kahwin dengan kak Alia. Sekurang kurangnya rancangan yang kita buat tu kira tak sia sia tapi Amani dah hilang orang yang Amani cinta. Pemergian Kyra dalam hidup abang Naz bukan memberi kebahagiaan dalam hidup Amani tapi musibah. Sekurang kurangnya kalau dia masih dengan abang Naz, Amani masih boleh pikat Harif tapi sekarang ni......." Amani berhenti lalu menangis teresak esak.
Alia yang sedang duduk di birai katil sudah tidak senang duduk. Dia takut Amani berubah fikiran lalu mahu menyatukan kembali Kyra dan Nazrief.
"Amani tak kira. Kyra tak boleh kahwin dengan Harif. Amani tak akan izinkan perkara tu berlaku. Nanti kak Alia teman Amani pergi jumpa Harif eh. Amani nak dia tahu betapa dalamnya cinta Amani pada dia selama ni. Harif perlu tahu Kyra bukan yang terbaik untuk dia." Ujar Amani penuh tekad dan harapan.
NAZRIEF menghempaskan pintu biliknya. Ikutkan hati, ingin saja dia menjerit sekuat hati bagi melepaskan perasaan yang terbuku di hati. Hari ini, Nazrief berasa sangat kecewa dengan Kyra.
Terasa hilang segala rasa sayangnya yang begitu menebal selama ini. Sanggup Kyra datang ke rumahnya semata mata untuk membela seorng lelaki yang telah menghancurkan rumah tangga mereka.
Jika benar Harif tidak bersalah, kenapa dia tak melawan waktu dipukul? Kyra juga sama. Dia sanggup mencabar Nazrief untuk memukul dirinya, dayus sangat ke aku? Tangan kanannya dipandang, tangan ini yang telah menampar pipi Kyra tadi. Bukan dia sengaja hendak berkasar dengan Kyra tapi kata kata Kyra yang dianggap kurang ajar telah menyebabkan dia hilang kawalan.
Nazrief juga tak sangka Kyra menampar Amani di depan matanya. Nazrief akui sejak Amani dan Alia masuk ke rumah ini, dia dapat lihat perubahan pada wajah Kyra. Dia agak Kyra memang bencikan mereka berdua semenjak kali pertama mereka melangkah ke rumah ini.
Begitu sekali busuk nya hati Kyra, sayang seribu kali sayang wajahnya yang cantik itu tak seiring dengan perilakunya. Jauh di sudut hatinya, Nazrief bersyukur kerana telah terlepas daripada perempuan yang bernama Nur Kyra Airyna itu.
Nazrief menuju ke muka pintu biliknya.
"Mak Ijah! Bawak plastik sampah!" Jerit Nazrief dari muka pintu biliknya.
"Ya sekejap ye. Mak Ijah tengah ambil plastik ni." Jawab Mak Ijah dari bawah.
Tidak sampai satu minit Mak Ijah sampai di muka pintu Nazrief.
"Ni plastik nya." Mengah suara Mak Ijah kerana menaiki tangga.
Namun Nazrief tidak mengambil nya. Dia terus masuk ke biliknya semula. Mak Ijah mengekori Nazrief tanpa bertanya banyak. Sebaik sahaja sampai di dalam bilik, Nazrief terus berpaling memandang Mak Ijah.
"Mak Ijah ambil semua baju yang tergantung dalam almari tu. Saya tak nak tengok lagi semua barang barang 'dia'. Lepas tu, terpulang pada Mak Ijah nak buat kain buruk ke nak buang ke. Saya tak kisah. Yang penting, jangan bagi saya nampak lagi apa pun yang pernah jadi milik 'dia'." Ujar Nazrief sambil pandangan dibuang ke luar tingkap.
Sebaik sahaja memberi arahan, Nazrief terus berlalu balkoni biliknya memberi masa kepada Mak Ijah. Mak Ijah tidak mampu untuk menasihatkan majikannya itu.
Mak Ijah terus membuka almari. Pilu hatinya sebaik sahaja melihat baju baju yang pernah dipakai oleh Kyra. Harapan Mak Ijah untuk melihat Kyra kembali dalam rumah ini hancur berkecai.
Perlahan lahan baju baju Kyra dimasukkan ke dalam plastik yang berwarna hitam itu. Selesai, Mak Ijah menutup pintu almari. Beg plastik dipegang untuk dibawa keluar dari bilik orang yang tidak menyukainya lagi.
Kau sebenarnya yang buta Nazrief untuk menilai mana satu kaca mana satu permata. Bisik hati Mak Ijah.
"Lagi satu Mak Ijah, dalam kotak ni ada barang kemas yang 'dia' tinggal kalau nak Mak Ijah ambillah. Kalau tak nak boleh buang je." Ujar Nazrief sambil meletakkan kotak berisi barang kemas Kyra di atas katil.
Hati Mak Ijah sudah sebak. Tanpa berkata apa apa Mak Ijah mengambil kotak itu dan keluar dari bilik Nazrief.
Sebaik sahaja, Mak Ijah menuruni anak tangga pertama, air mata Mak Ijah berhamburan jatuh.
"Semoga kau tabah di luar sana anakku." Bisik Mak Ijah perlahan.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...