NAZRIEF diikuti Alia dan Amani sudah ingin masuk ke balai berlepas tetapi suara seseorang telah menghentikan pergerakan Nazrief.
"Abang!" Panggil Kyra.
Nazrief berhenti tetapi tidak memalingkan wajahnya ke arah Kyra.
"Abang, tolonglah! Pandang muka Kyra untuk kali terakhir! Bagi Kyra peluang untuk jelaskan semuanya!" Rayu Kyra dengan suara yang sayu.
Hati Nazrief pilu mendengar suara Kyra merayunya. Itu suara yang sering buatkan dia bahagia. Itu suara yang sering berbisik manja di telinganya. Tapi dia dah curang. Buat apa kau nak bagi peluang dekat dia lagi. Tak payah. Hati Nazrief berbelah bahagi.
Sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, satu lagi suara menghentikan langkahnya.
"Nazrief!" Panggil Harif pula.
"Jangan jadi bodoh Nazrief! Tak kan sesenang tu kau nak jatuh! Kau siasat dulu apa yang jadi! Selamatkan rumah tangga kau!" Jerit Harif untuk meyakinkan Nazrief.
Namun Nazrief tidak terkesan dengan kata kata yang keluar dari mulut Harif. Dia terus berlalu masuk ke balai berlepas tanpa berpaling lagi.
Harif berpaling pada Kai yang dibawa bersama sebentar tadi lalu menumbuk wajahnya berkali kali.
"Kau ni memang manusia tak guna! Demi duit kau sanggup khianat kawan sendiri!" Ujar Harif dengan nada tinggi. Dia tak sangka Kai adalah dalang di sebalik semua ini.
"Cukup... Tolonglah.. Kyra.. Maafkan aku." Rayu Kai yang sudah lemah kerana ditumbuk beberapa kali.
"Harif, lepaskan dia." Arah Kyra.
"Tak boleh! Saya nak dia ni beri keterangan dekat polis dan dua orang lahanat tu akan meringkuk dalam penjara jugak." Ujar Harif masih tidak puas hati.
"Saya cakap lepas! Apa yang awak boleh buat?! Kalau awak serah dia dekat balai polis pun, awak ingat saya boleh dapat Nazrief balik ke?" Kyra bangun dari duduknya perlahan dan bergerak keluar dari airport itu. Tak guna lagi dia menunggu di sini.
Harif segera melepaskan Kai dan mengejar langkah Kyra. Pintu kereta dibuka untuk Kyra. Hatinya sakit melihat Kyra yang begitu lemah. Semasa di dalam kereta Kyra merasa ada cecair yang mengalir di seluarnya.
"Harif, awak ada paper tak? Nak lapik." Tanya Kyra kepada Harif.
Kyra melapik punggung nya dengan paper yang diberikan. Fikirannya kosong di kala ini. Harif memandang wajah Kyra yang sembap sebelum menghidupkan enjin dan bergerak keluar dari kawasan ini.
Kyra memandang ke arah langit. Pada waktu itu pula, kapal terbang melintasi. Kyra mengalirkan air mata. Mungkin kapal terbang itu yang membawa suaminya. Perlahan lahan matanya ditutup.
"Kyra, awak tidur je kan?" Tegur Harif. Risau melihat Kyra yang sudah terlentok di sebelahnya.
"Kyra!" Harif sudah cemas kerana soalannya tidak berjawab.
Harif terus memecut dan membelok keretanya menuju ke hospital. Dia risau akan keadaan Kyra.
"Please jangan tinggalkan saya Kyra.." Ujar Harif sambil sekali sekala mengerling Kyra di sisi.Sampai sahaja di hospital, Harif mengendong Kyra lalu berlari ke bahagian kecemasan.
"Tolong! Tolong kawan saya pengsan!" Beberapa orang pembantu hospital meluru ke arah Harif sambil membawa stretcher.
Kyra diletakkan ke atas stretcher lalu dibawa masuk ke dalam hospital untuk diperiksa. Harif hanya memandang Kyra yang sudah hilang di pandangan. Wajahnya diraup berkali kali. Tangannya digenggam kuat. Cuba menahan pelbagai rasa yang menerpa dalam dirinya.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...