BAB 51

9.3K 167 20
                                    

KYRA memberanikan diri masuk ke dalam bilik yang telah mencoret suka dan dukanya. Sunyi, yang kedengaran hanya bunyi hujan yang begitu menggila di luar sesekali terdengar bunyi guruh diikuti dengan kilat sabung menyabung.

Dalam bilik air pun tak ada? Hish.... Mana pulak dia pergi. Agaknya di balkoni tak? Desis Kyra di dalam hati. Dia terus bergerak ke balkoni bilik dan sebaik sahaja kepalanya dijenguk sedikit dia melihat Nazrief sedang berdiri berpelukan tubuh, matanya tidak berkelip memndang langit yang gelap gelita.

"Ehem.." Kyra berdehem perlahan.

Nazrief yang mendengar suara orang berdehem berpaling ke belakang automatik senyuman manis terukir di bibirnya. Wajah isteri dipandang lama. Kyra yang sudah tidak tentu arah ditenung, menghulurkan mug berisi air nescafe itu.

"Hujan hujan macam ni minum air panas ok jugak kan?" Kata Kyra memecah kesunyian di antara mereka.

Nazrief tidak menjawab. Wajah isterinya masih ditenungnya, mug yang dihulurkan oleh Kyra masih tidak disambut.

"Tadi awak terus naik, tak minum pun air yang Mak Ijah bancuh, jadi saya buatkan air nescafe." Kyra sudah benar benar tidak selesa dengan renungan Nazrief itu.

"Tak nak ke? Kalau tak nak, tak apalah saya bawak keluar." Sebaik sahaja Kyra mahu melangkah lengannya dipaut. Mug di tangannya diambil oleh Nazrief lalu dihirup sedikit.

"Emm.. sedap. Lama sangat tak minum air nescafe ni. Thanks sayang." Lembut suara Nazrief.

Kyra tidak memberikan sebarang reaksi apabila dipuji. Kyra fokus memandang hujan yang lebat.

"Dum!!"

"Allah.." Kyra terus menutup kedua dua belah telinganya sebaik sahaja mendengar bunyi guruh yang berdentum dengan kuat.

Nazrief yang melihat terus meletakkan mug di atas meja kecil di tepinya, terus dia merapati isterinya. Tubuh yang sedikit mengigil itu dipeluk penuh kasih. Kyra terkaku sebaik sahaja berada di dalam pelukan Nazrief, jantungnya sudah berdegup dengan kencang di saat itu.

Waktu begini ingin saja dia meleraikan pelukan Nazrief namun entah mengapa tubuhnya menjadi lemah tiba tiba. Dalam masa yang sama dia dapat merasakan pelukan Nazrief semakin erat.

"Abang rindukan sayang, abang rindukan saat saat bahagia kita. Kyra, kalaulah sayang tahu betapa deritanya abang selepas pemergian sayang. I miss you Kyra. I miss you so much. Setiap saat, setiap detik hanya sayang yang abang rindui, yang abang ingati. Abang sayang Kyra... Sayang sangat sangat." Bisik Nazrief betul betul di telinga Kyra.

Kyra bagaikan terawang seketika mendengar kalimah cinta yang diucapkan oleh Nazrief. Bunyi dentuman guruh semakin kuat tanpa sedar tangan Kyra turut membalas pelukan suaminya. Nazrief mencium ubun ubun kepala isterinya beberapa kali.

Bau harum rambut isterinya benar benar mengocak naluri kelakiannya. Pelukan dilonggarkan, bibir suaminya mengucup lembut dahinya pula. Kyra mengangkat tangannya untuk menolak suaminya dari terus memeluknya.

Nazrief menangkap tangan Kyra lalu diletakkan di atas bahunya. Nazrief merapatkan wajahnya ke wajah Kyra sehingga Kyra tidak dapat berkata apa apa lagi. Bibir Kyra dikucup perlahan, Kyra tidak pula menolak.

"Sayang, bukak lah hati Kyra semula untuk abang. Abang benar benar sayangkan Kyra. Sayang sangat. Please sayang. Abang sayang Kyra." Ucap Nazrief penuh syahdu.

Kyra sudah kehilangan kata kata mendengar pujukan suaminya. Dia lemas dalam kalimah cinta yang dibisikkan oleh suaminya.

Perlahan lahan Nazrief membawa Kyra ke katil dan membaringkannya perlahan lahan. Nazrief mengambil tempat di sebelah Kyra dan bertentangan mata dengan isterinya.

Kyra bagaikan terbuai dengan belaian kasih suaminya yang sudah sekian lama dirinduinya. Tiada kata kata yang perlu diucapkan lagi bila kasih sudah bertaut, cinta sudah bersemi. Bahtera kebahagiaan akhirnya dilayari bersama.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now