BAB 45

8.6K 166 6
                                    

"TOLONG akak Kyra. Tolong akak." Rayu Amani sambil berlindung di sebalik tubuh Kyra.

Kyra menanggalkan jaketnya lalu menyerahkan pada Amani dan bertinggung di sebelahnya.

Rupa rupanya lelaki lelaki gengster itu masih belum lagi berpuas hati. Lelaki berambut kerinting itu sudah menerpa ke arah Kyra namun Kyra tidak leka dia memusingkan badannya sedikit lantas terus tangan budak berambut kerinting itu dipegang dan dengan pantas tubuh budak itu dibantingnya ke tanah.

Sebaik sahaja, Kyra hendak berdiri lelaki berwajah cina pula cuba menyerangnya juga dari posisi belakang. Dengan pantas dia menanggalkan topinya lalu melibas ke arah muka lelaki berwajah cina itu.

Dia terus mendekati Amani semula.

Amani memegang tangan Kyra dengan erat. Kyra tahu Amani sangat trauma dikala ini.

Dalam Kyra menenangkan Amani, lelaki berbaju hitam itu tidak melepaskan peluang tapi dia bukan menyerang ke arah Kyra sebaliknya dia menuju ke arah Amani.

"Alang alang tak dapat kau, biar aku toreh muka kau. Dengan pantas lelaki itu menujahkan pisaunya ke arah wajah Amani. Terjerit Amani dibuatnya namun sepantas itu juga Kyra menghadang dengan tangannya.

"Zapp!" Darah sudah mengalir keluar dari lengan Kyra. Amani sudah menjerit seperti orang terkena histeria. Kyra terus berdiri dengan kaedah kidung kiri yang dipelajari dari arwah Tuan Hafreez.

Dia menangkap pergelangan tangan lelaki berbaju hitam itu lalu dipulas ke belakang lalu badan budak lelaki itu ditekankan ke tanah.

"Apa masalah kau ha?!" Jerit Kyra lalu menumbuk muka lelaki itu sekuat hatinya.

Lelaki itu terus tidak sedarkan diri selepas terkena tumbukan Kyra.

Kawan kawanya terus melarikan diri sebaik sahaja mendapat jelingan tajam daripada Kyra.

"Hey tangan kau tu kenapa? Tegur seseorang.

Kyra terus memalingkan wajahnya ke arah suara itu. Suara itu sangat biasa di pendengaran telinganya.

"Wei! Zack! Sejak bila kau ada kat sini?" Tanya Kyra. Gembira kerana sudah lama tidak berjumpa Zack.

Zack adalah jiran merangkap sepupu dekat sebelah papanya. Zack juga mempelajari silat dari Tuan Hafreez.

Zack tahu segala yang terjadi pada Kyra selepas bertemu dengan Puan Qairina sebentar tadi. Terus dia menanyakan di mana keberadaan Kyra pada Puan Qairina dan berjumpa lah dia dan Kyra di sini.

"Sejak tadi lagi, kau je tak perasan." Balas Zack.

"Ouh, Amani kau pergi buat report kita orang boleh jadi saksi. Dah gelap ni baik kau balik." Ujar Kyra sambil membantu Amani untuk bangun. Dia masih tidak membahasakan Amani sebagai kakak walaupun Amani sudah menukar kata ganti diri sewaktu meminta tolong tadi.

"Tu tangan kau tu berdarah. Salah step ke tadi?" Tanya Zack.

"Sikit je ni." Balas Kyra.

Amani sudah terjelopok tiba tiba di atas tanah. Kyra dan Zack berpandangan sesama sendiri. Dah kenapa pula?

"Kak Amani minta maaf Kyra. Akak tak tahu macam mana nak tebus segala dosa akak pada Kyra." Kata Amani tiba tiba.

"Dah lah tu, kan masa aku tampar kau haritu aku cakap hutang kau dengan aku settle. Buat apa nak ungkit?" Jawab Kyra dengan selamba. Malas dia nak fikir soal itu. Nasi dah jadi bubur. Tak ada perkara yang dapat diubah lagi.

"Senang nya kau maafkan dia. Manusia busuk hati macam ni tak patut ditolong. Tak berbaloi tangan kau luka disebabkan perempuan ni." Bidas Zack membuatkan Amani tertunduk. Sakit hatinya apabila mendengar cerita penuh daripada Puan Qairina. Tak sangka perangai Amani boleh berubah menjadi sangat teruk.

Kyra yang malas mendengar bebelan Zack terus membantu Amani untuk bangun lalu keluar menuju ke arah keretanya.

"Kau boleh drive tak?" Tanya Kyra sebaik sahaja mereka bertiga sampai di tepi kereta Amani.

"Kalau kau tak okay aku boleh suruh Zack hantarkan." Saran Kyra.

"Tak nak aku. Nanti dia cakap dekat abang dia aku nak rogol dia pulak." Kata Zack lagi. Kyra hanya menjeling Zack di sisi. Zack ni memang jenis cakap lepas sikit.

"Tak apalah Kyra, akak boleh drive." Kata Amani dengan tersedu sedan.

Kyra hanya menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih eh Kyra selamatkan akak tadi." Ujar Amani perlahan.

"Tak payah akak akak sangatlah. Kita bukan ada pertalian darah." Ujar Kyra selamba. Perasaan marah masih ada pada dua orang manusia yang menghancurkan rumah tangganya ini.

Amani melemparkan senyuman ihklas pada Kyra.

"Boleh akak tahu kenapa Kyra still tolong akak walaupun akak banyak buat salah pada Kyra." Amani tetap membahasakan dirinya kakak walaupun sudah ditegah.

"Waktu aku tolong tu, aku tak nampak pun tu kau. Lepas tu baru nampak." Balas Kyra tanpa memandang wajah Amani.

"Tapi Kyra still tolong akak jugak kan?" Suara Amani sudah sebak. Rasa bersalahnya begini menggunung di saat ini.

Kyra menoleh lalu memandang muka bekas adik iparnya merangkap kakak susuannya pada suatu masa dahulu dengan pandangan yang sukar untak ditafsirkan.

"Itu yang membezakan aku dengan kau." Balas Kyra pendek. Pandai pandai lah Amani fikir.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now