3 TAHUN KEMUDIAN
"Ayra! Arvin! Cepat! Kita nak pergi rumah tok wan dengan mummy Raisya ni." Kyra memanggil anak anaknya yang begitu kusyuk menonton televisyen itu.
"Okay!" Ayra dan Arvin berlari ke luar rumah dan masuk ke dalam kereta.
Nazrief mengunci pintu rumah dan masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu. Mereka bergerak meninggalkan Rumah banglo dua tingkat itu.
"KYRA!" Puan Dayana terus memeluk menantunya yang satu itu. Kyra membalas pelukan ibu mertuanya.
"Mama sihat?" Tanya Kyra berbasa basi.
"Mama sihat alhamdulillah. Mana Ayra dengan Arvin?" Puan Dayana mencari cari kelibat cucu cucunya itu.
"Dalam kereta, tidur. Abang Naz tengah ambil diorang." Kyra menoleh ke arah kereta dan melihat Nazrief mencempung Ayra. Kyra menuju ke arah kereta dan mencempung Arvin yang sedang nyenyak tidur.
"Masuklah dalam Naz, Kyra. Papa ada dekat dalam. Letak je Ayra dengan Arvin dalam bilik. Biarkan diorang tidur. Letih lah tu." Puan Dayana mengusap kepala kedua dua cucunya sebelum Kyra dan Nazrief menghantar ke dalam bilik.
Selepas memastikan Ayra dan Arvin tidak terjaga, Kyra dan Nazrief turun ke bawah untuk berjumpa dengan mama dan papa.
"Kyra, Nazrief meh lah lunch sekali." Ujar Tuan Adam lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan.
"Abang duduk lah dulu, Kyra nak tolong mama ambil makanan dekat dapur." Kyra menuju ke dapur untuk menolong Puan Dayana membawa makanan ke depan.
Nazrief melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Tuan Adam.
"Kamu lepas ni ada nak pergi mana mana ke?" Tanya Tuan Adam membuka bicara.
"Nak pergi rumah Raisya dengan Adam papa. Nak tengok mama Kyra." Jawab Nazrief.
"Ouh..." Tuan Adam berwajah keruh.
Nazrief pelik.
"Papa okay ke? Kenapa macam ada masalah je." Tanya Nazrief prihatin.
"Papa okay, cuma papa rindukan abang kamu Haikal. Papa dapat jumpa menantu papa Alia tu pun waktu majlis nikah diorang lepastu terus pergi Perth. Sampai sekarang tak balik balik. Kadang kadang je call." Ujar Tuan Adam sedikit kesal dengan tindakan anak menantunya yang satu itu.
"Tak apalah papa, nanti ada rezeki jumpa la tu." Nazrief cuba menenangkan hati Tuan Adam.
Tidak lama selepas itu, Kyra dan Puan Dayana tiba dari dapur sambil menatang dulang.
Mereka mula menjamin selera sambil berbual bual kosong.
JAM sudah menunjukkan pukul 5 petang.
Selepas solat asar, Kyra dan Nazrief bergerak ke rumah Raisya juga Adam.
"Assalamualaikum..." Nazrief memberi salam.
Tidak lama kemudian pagar terbuka, Kyra melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu manakala Nazrief menuju ke keretanya dan memandu masuk ke dalam parking rumah.
"Waalaikumussalam..." Jawab seorang wanita di pintu rumah.
"Kakak!" Raisya terjerit teruja terus memeluk Kyra. Adam yang melihat perangai isterinya hanya menggelengkan kepala nya.
"Kenapa tak bagitahu nak datang? Boleh Raisya masak makanan favorite akak. Mama pun tak tahu akak nak datang." Ujar Raisya.
"Mummy Raisya!" Belum sempat Kyra mahu menjawab si kembar Ayra dan Arvin berlari ke arahnya manakala Nazrief hanya mengekori mereka dari belakang.
"Tak apalah Raisya, akak dah makan dekat rumah mama yana tadi. Lagipun Raisya pandai ke masak?" Kyra mengusik adiknya itu.
"Eh akak ni. Mestilah pandai. Raisya dah pro masak. Ayra! Arvin! Rindu mummy Raisya tak?" Raisya memeluk kedua dua anak buahnya itu.
"Rindu!" Ayra dan Arvin tidak melepaskan pelukan Raisya.
Adam memeluk cara lelaki dengan abangnya.
"Mana Zahra dengan Qisya?" Tanya Kyra tentang kedua anak perempuan Raisya.
"Ada dekat dalam, tidur. Diorang letih main tadi." Ujar Raisya.
"Jom lah masuk kak." Raisya menjemput mereka masuk sambil membawa kedua anak buahnya masuk ke dalam rumah.
Adam menyusuli isterinya masuk ke dalam rumah.
Nazrief pula sempat memaut pinggang isterinya sebelum sempat Kyra masuk ke dalam rumah. Kyra tersentak dan menoleh ke arah suaminya.
"Kenapa?" Tanya Kyra pelik.
"Rindu." Bisik Nazrief di telinga Kyra.
"Ish! Apa abang ni? Kita hari hari jumpa takkan rindu." Kyra memandang anak mata Nazrief.
Nazrief mendekatkan wajahnya.
"Bukan rindu je, jatuh cinta." Belum sempat Nazrief mengucup bibir Kyra, Kyra menutup mulutnya dan menolak Nazrief perlahan.
"Balik nanti." Bisik Kyra lalu masuk ke dalam rumah.
Nazrief tersengih sengih seperti kerang busuk lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...