BAB 54

9.2K 161 8
                                    

SUDAH 8 bulan Amani tinggal bersama dengan Nazrief dan Kyra. Nazrief masih belum memaafkan Amani atas kesalahan yang dahulu, puas Kyra memujuk namun tidak berhasil. Kandungan Kyra pula sudah mencecah 9 bulan. Beberapa hari sahaja lagi Kyra bakal melahirkan anak mereka.

"Abang, Kyra ada dua benda nak bagitahu abang." Kyra dan Nazrief sedang berehat rehat di atas katil.

"Apa dia sayang?" Nazrief menutup laptop di ribanya dan memberi tumpuan sepenuhnya pada Kyra. Kyra tersenyum.

"Malam ni Raisya ajak kita pergi rumah dia untuk sambut baby kedua dia." Kyra berkata teruja.

Nazrief menggelengkan kepalanya.

"Sayang... Sayang kan dah sarat. Sayang mana boleh pergi mana mana lagi. Nanti sayang penat." Ujar Nazrief risau dengan keadaan isterinya itu.

"Please abang..... Kyra dah lama tak jumpa Raisya. Kyra rindu sangat dengan Raisya. Abang tak rindu dengan Adam ke? Please...." Kyra mencebikkan bibirnya.

Nazrief mengeluh.

Ni yang dia lemah ni, buat cebik cebik bibir pulak. Akhirnya Nazrief mengangguk membenarkan.

"Nanti kita berdua pergi." Ujar Nazrief.

"Nope. Bukan kita berdua je, Amani sekali." Sampuk Kyra.

"Yelah." Nazrief membuat muka menyampah sebaik sahaja menyebut nama Amani.

"Lagi satu, pasal abang haikal dengan Alia." Kyra tidak mengendahkan wajah cemberut suaminya itu dan terus bercakap.

"Lah, buat apa cakap pasal dia tu lagi. Abang nak dengar pasal abang haikal je, Alia tu buang." Kata Nazrief.

Kyra tergelak kecil.

"Kalau abang nak tahu pasal abang haikal abang kena jugak tahu pasal Alia." Kata Kyra membuatkan dahi Nazrief berkerut seribu.

"Kenapa pulak?" Tanya Nazrief.

"Sebab abang haikal dah kahwin dengan Alia minggu lepas dekat Perth, Australia. Diorang mungkin takkan balik sini dah. Diorang nak mulakan hidup baru dekat sana." Maklum Kyra membuatkan mulut Nazrief terlopong.

Kyra menolak sedikit dagu suaminya supaya mulutnya yang terlopong ditutup.

"Kenapa abang tak tahu?" Tanya Nazrief seakan akan merajuk.

"Macam mana nak tahu, bila mama bukak cerita pasal Alia ke abang terus potong." Ujar Kyra.

Nazrief hanya mencebik. Betul jugak tu. Patutlah dia tak tahu.









"KAK Amani okay tak ni?" Tanya Kyra risau.

Dia melihat Amani seakan akan lemah semacam. Semasa di rumah Raisya tadi pun Amani hanya mendiamkan dirinya sahaja.  Nazrief pula langsung tidak mengendahkan keadaan Amani.

"Okay, cuma demam sikit je." Kata Amani sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Nazrief tidak berkata apa dan terus masuk ke dalam bilik mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam sebaik sahaja mereka balik dari rumah Puan Qairina untuk berjumpa Raisya dan Adam.

Pinggang Kyra terasa lenguh lenguh sedikit, sangka dia biasa biasa saja. Mungkin sebab kandungan nya sudah mencecah 9 bulan.

Kyra membaringkan badannya ke atas katil lalu mengadu kepada Nazrief tentang pinggang nya yang sakit. Nazrief memeluk isterinya itu lalu mereka tertidur.











TOK! TOK! TOK

Kyra terjaga dari tidur apabila terdengar ketukan di pintu. Dia menuju ke arah pintu lalu memulas tombol pintu.

"Kak Amani, kenapa ni?" Tanya Kyra dengan mamai. Dia menggosok matanya sambil melihat Amani berdiri di depannya.

"Akak tak sihat lah Kyra. Kak Amani nak minta kunci kereta. Kak Amani nak pergi hospital." Ujar Amani dengan suara lemah.

Kyra terus mencelikkan matanya dan melekapkan belakang tangannya pada dahi Amani.

Terbeliak mata Kyra. Panas!

Kyra segera berlari masuk ke dalam bilik dan mengejutkan suaminya.

"Abang! Bangun!" Kyra menggoncang lengan Nazrief. Nazrief tersedar.

"Kenapa ni sayang?" Nazrief mengerling jam di tepi katil. Jam menunjukkan pukul 2:15 pagi.

"Sayang sakit ke?" Nazrief terus bangun dan memeriksa keaadaan isterinya.

"No, bukan Kyra tapi Kak Amani. Dia demam panas abang. Jom bawak dia pergi hospital." Kyra menarik tangan Nazrief namun suaminya itu mengeraskan badannya.

"Malas lah abang, suruh dia pergi sendiri." Nazrief buat endah tak endah saja tentang hal itu.

"Abang! Kak Amani tu adik kandung abang tau! Kenapa abang boleh berubah sampai macam ni?! Kyra kecewa dengan abang." Kyra mencapai kunci kereta. Biar dia je yang hantarkan Amani ke hospital.

"Kyra!" Nazrief menahan isterinya itu dan mengeluh.

"Kyra tak ingat ke dulu apa yang dia buat pada kita? Dia..." Belum sempat Nazrief habis berkata kata Kyra menyampuk.

"Sekarang bukan masanya untuk ungkit apa yang dia dah buat abang. Sekarang yang lebih penting kesihatan dia. Kalau abang nak ikut, abang ikut. Kalau tak nak, Kyra boleh pergi dengan Kak Amani." Kyra terus keluar dari bilik dan memapah Amani yang sudah lemah satu badan.

Nazrief mengeluh lalu turun dari katil dan mengejar langkah isterinya.

Belum sempat Kyra mahu membuka pintu kereta. Nazrief tiba dan mencapai kunci kereta lalu masuk ke tempat pemandu tanpa reaksi, mukanya beku.

Kyra tidak mengendahkan angin suaminya itu lalu masuk ke tempat penumpang. Amani terkejut melihat abangnya di tempat pemandu, rasa bersalah menerpa dirinya apabila melihat riak wajah Nazrief.

Sampai sahaja di hospital, Nazrief membukakan pintu kereta untuk isteri dan adiknya itu. Nazrief terus mengendong Amani dan diikuti Kyra di belakang. Kyra tersenyum kecil. Betul lah kata orang, "Air yang dicincang tak akan putus".

Mereka memasuki hospital dan Amani dimasukkan ke bilik rawatan. Nazrief duduk di kerusi menunggu. Kyra pula ke hulu hilir berjalan bagi menghilangkan rasa sengal sengal di pinggangnya yang makin kuat rasanya.

"Sayang.. duduk dulu." Nazrief menarik Kyra supaya duduk di sebelahnya. Kyra menurut.

Selepas beberapa minit, Amani keluar dari bilik rawatan.

"Macam mana akak? Okay tak?" Tanya Kyra risau.

"Better, tapi kena ambil ubat dulu." Ujar Amani.

"Kyra pergi masuk kereta dulu biar abang ambil ubat." Arah Nazrief kepada Kyra dan Amani.

Kyra dan Amani mengangguk lalu keluar menuju ke parking kereta.








SUASANA di dalam kereta sunyi sepi, radio juga tidak terpasang. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Kyra tidak senang duduk di kerusi nya. Dia berasa sengal sengal pinggangnya semakin kuat. Dia sudah tidak tahan.

"Abang! Sakit..." Rintih Kyra tiba tiba.

Terkejut Nazrief dibuatnya, Nazrief segera berpaling kepada Kyra yang sedang kesakitan.

Nazrief cemas.

"Sabar eh sayang kita pergi hospital." Nazrief segera membelok keretanya dan berpatah balik ke hospital.

"Kyra, tahan eh. Kak Amani tahu Kyra kuat." Amani menggengam tangan Kyra memberi semangat.

Nazrief hanya mendiamkan diri mendengar Amani berkata begitu.

VOTE🎀
COMMENT 🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now