HARI perkahwinan Alia dan Nazrief juga Kyra dan Harif tiba.
Masam sungguh wajah Amani pada waktu ini. Jam hampir menunjukkan pukul 4 petang. Amani menjenguk ke dalam bilik Alia yang dihias indah. Pelik juga Amani mengapa bukan bilik Nazrief yang dijadikan bilik pengantin?
Alia mengajak Amani masuk ke dalam biliknya dan melihat cincin yang dibeli oleh Nazrief.
Amani melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia sudah duduk bersimpuh di atas permaidani besebelahan dengan Alia yang asyik benar melihat cincin yang akan disarungkan ke jarinya beberapa jam lagi.
"Kenapa abang Nazrief tak guna bilik dia? Bukan bilik dia lagi luas?" Tanya Amani.
"Entah. Nazrief suruh pakai bilik ni kak Alia ikut je. Lagipun bilik tu bukan satu isu. Yang penting impian kak Alia nak bernikah dengan Nazrief tercapai. Agaknya dia tak nak ingat langsung kenangan dengan perempuan tu." Jawab Alia selamba.
Amani bagaikan tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Alia. Dia sedang termenung panjang mengenangkan Harif akan bernikah dengan Kyra pada hari ini.
"Kenapa ni? Amani tak boleh terus macam ni. Amani kena terima yang Harif akan jadi milik Kyra. Sudahlah tu, takkan Amani nak seksa diri sampai macam ni sekali. Kak Alia ada ramai kawan lelaki nanti kak Alia kenalkan dengan Amani ok?" Kata Alia dengan gembira. Cuba memujuk Amani.
"Tak payahlah. Kalau Amani nak kawan dengan lelaki lain dah lama Amani boleh kawan tapi ni soal hati. Cinta Amani hanya untuk Harif je." Ujar Amani. Dan sebab itu juga dia berdendam dengan Kyra dek kerana Kyra menjalinkan hubungan dengan Harif tanpa sempat dia meluahkan perasaan pada lelaki itu.
"Amani nak pergi mana?" Tanya Alia sebaik sahaja melihat Amani sudah bangun hendak meninggalkan bilik itu.
"Amani nak keluar kejap. Nak tenangkan fikiran." Balas Amani lalu berlalu keluar.
Alia mencebik bibir. Ada dia kesah Amani nak pergi mana? Asalkan dia dapat Nazrief.
KYRA mengerling jam di pergelangan tangannya, sudah pukul 4:15 petang. Sekali pandang pakaian yang dipakainya seperti orang yang hendak berjoging. Memang pun, itu lah alasan yang diberikan semasa hendak keluar tadi.
Kyra sudah mula terasa panas. Memanglah hari sudah petang tapi bahangnya masih terasa. Dia menanggalkan jaket yang dipakai lalu diikat pada pinggangnya.
"Panas sangat ke?" Tegur seseorang.
Kyra terhenti dia terus mendongak kepalanya mahu melihat siapa empunya suara.
"Lama ke tunggu?" Soal Nazrief lalu duduk di bangku batu yang disediakan di taman itu.
"Terima kasih sudi datang." Kata Kyra tidak menjawab soalan Nazrief.
"Apa yang penting sangat sampai nak jumpa saya?" Tanya Nazrief. Matanya tidak berkelip memandang wajah Kyra.
"Cantiknya dia." Desis hatinya. Ya, setiap kali dia memandang wajah Kyra tidak pernah dia tidak terpegun dengan kecantikan bekas isterinya itu.
Kyra menghulurkan sampul surat bersaiz a4 pada Nazrief. Nazrief pelik. Kyra terus bersuara.
"Dalam sampul ni ada duit yang awak pernah bagi dekat saya dulu. Ambil lah." Ujar Kyra pendek.
"So awak nak jumpa saya sebab ni? Bukan sebab lain?" Tanya Nazrief tak puas hati.
"Sebab lain? Sebab apa?" Tanya Kyra pula.
Nazrief melepaskan keluhan.
"Apa masalahnya dengan duit ni? Saya bagi dekat awak semasa awak jadi isteri saya kan? Ada saya minta awak bagi balik ke?" Tanya Nazrief bertubi tubi.
Kyra tak sangka pula soal duit boleh buat Nazrief marah.
"Memanglah awak tak minta. Ini saya yang nak bagi. Saya tak nak ada apa apa hubungan dengan awak lagi. Macam yang saya cakap haritu, awak tak payah kacau saya and saya pun tak kacau awak. Ini last kita jumpa." Balas Kyra. Pandangan dilemparkan ke arah sekumpulan kanak kanak yang sedang bermain sedikit jauh dari mereka.
Nazrief terus memandang Kyra dengan muka baran.
"Apa sebenarnya yang kau nak tunjukkan pada aku Kyra? Kau nak tunjuk yang kau hebat? Sampaikan duit yang aku bagi dekat kau dulu pun kau nak bagi balik? Nak tunjuk betapa tingginya maruah kau sampai duit aku pun kau tak nak terima?" Belum sempat Kyra menjawab, Nazrief menyambung lagi.
"Kau tahu tak perempuan yang bermaruah, takkan berlaku curang pada suami dia. Pasal duit, kau nak tunjuk kat aku betapa bagusnya kau? Begitu sekali kau nak memartabatkan maruah diri tapi pasal harga diri kau? Kat mana kau letak? Kat tapak kaki?" Tanya Nazrief. Sengaja mengapi ngapikan Kyra.
Kyra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menundukkan wajahnya. Hatinya sungguh sakit dituduh begitu. Dia cuba sedaya upaya menahan kemarahan nya.
"Kenapa kau tak jawab? Benda betulkan apa nak dikatakan lagi. Kau tahu kyra, mengenali kau perkara yang paling aku kesalkan sekali dalam hidup aku." Sambung Nazrief lagi.
Kata kata Nazrief itu bagaikan sembilu yang menghiris hati Kyra. Kyra bangun dan meletakkan sampul itu di bangku batu lalu wajah Nazrief dipandang sekilas.
"Itu juga lah kesilapan saya yang cukup besar dalam hidup saya bila berkahwin dengan lelaki bernama Nazrief Adam tapi saya tak pernah menyesal kerana saya akur dengan qada dan qadar yang tersurat untuk saya." Ujar Kyra dengan mata yang tak berkelip memandang wajah Nazrief.
"Kau dengar sini Kyra, perempuan macam kau sememangnya tak layak untuk jadi isteri aku. Aku tak tahu ubat guna guna apa yang mak bapak kau bagi kat aku sampai aku jadi bodoh ikut cakap diorang untuk kahwin dengan kau." Ayat terakhir Nazrief menyentak Kyra.
"Nazrief!!!" Bergema jeritan Kyra. Dia masih boleh terima kalau cuma menghinanya tapi bila Nazrief menyebut Puan Qairina dan arwah Tuan Hafreez dia tidak boleh bersabar.
"Jangan sampai tangan aku pulak naik kat muka kau! Kau dengar sini, aku takkan maafkan kau atas kata kata kau pada mak bapak aku sampai bila bila!" Kyra mula naik angin. Bergetar seluruh badannya menahan amarah.
Kyra sudah hendak meninggalkan tempat itu namun Nazrief terus terusan menyakitkan hatinya.
"Selamat pengantin baru Kyra. Aku harap Harif tak melalui nasib yang sama seperti aku. Tapi satu je, yang aku bersyukur sangat sekarang ni sebab aku tak ada zuriat dengan kau. Memang wajarlah tuhan tak berikan aku anak dengan kau sebab kau memang tak layak nak mengandungkan zuriat aku. Malang sungguh Harif kalau zuriatnya lahir dari rahim perempuan macam kau. Syukurlah Alia yang akan jadi ibu pada anak anak aku nanti." Ujar Nazrief panjang lebar.
"Oh ya, sampul surat ni aku ambil boleh buat shopping dengan Alia nanti kau pun tahu macam mana cinta aku pada Alia tapi kehadiran kau dah jadi penghalang cinta kami. Anyway all the best Kyra."
Nazrief terus meninggalkan Kyra selepas mengungkap kata kata yang akn memakan dirinya sendiri.
Kyra menggenggam kedua dua belah tangannya menahan kekecewaan yang begitu dalam. Macam tak percaya kata kata sebegitu keluar dari mulut Nazrief. Perlahan lahan dia duduk kembali di bangku batu sambil menundukkan wajahnya. Hanya esakan yang kedengaran di kala ini. Sayu suaranya. Perlahan lahan tangannya mengusap lembut perutnya yg pernah hadir satu nyawa dulu walaupun hanya sementara waktu. Akhirnya Kyra menangis lagi sepuas puasnya.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...