JAM sudah menunjukkan pukul 5 petang. Namun Harif masih lagi di bilik pejabatnya. Dia sempat menoleh ke luar. Cuaca sangat gelap bila bila masa saja boleh turun hujan.
Harif yang sedang sibuk menyemak buku pelajarnya terhenti apabila mendengar seseorang mengetuk pintu bilik pejabatnya.
"Masuk!"
Dua orang perempuan yang dikenali Harif masuk ke dalam biliknya. Mereka berdua berdiri di hadapan Harif.
"Duduklah." Jemput Harif.
Mereka pun duduk di kerusi yang disediakan di depan meja kerja Harif.
"Nak apa datang sini?" Tanya Harif terus terang.
"Awak kena dengar apa yang saya nak cakap dulu." Ujar Amani.
"Ye, betul tu." Sokong Alia di sisi.
"Apa dia?" Tanya Harif sambil meletakkan pen nya untuk memberikan perhatian kepada Amani dan Alia.
"Awak tak boleh kahwin dengan Kyra. Awak tak kenal perangai sebenar dia macam mana." Ujar Amani memulakan rancangan nya.
Alia di sisi hanya mengangguk bagai burung belatuk.
"Betul. Kalau dengan Nazrief pun dia boleh curang takkan dengan awak tak boleh?" Sampuk Alia pula.
"Korang ni baik sangat ke?" Tanya Harif sambil menuding jari ke arah Amani dan Alia.
Amani sudah berwajah kelat. Alia pula sudah menundukkan wajahnya ke meja.
"Ingat aku tak tahu ke apa korang buat dengan Kyra. Manusia macam korang ni tak layak hidup. Menyusahkan orang je." Ujar Harif. Dia mula panas hati apabila mereka berdua datang ke sini semata mata untuk memburukkan Kyra.
"Kami datang sini niat baik! Nak nasihatkan awak bukan nak suruh awak hina orang macam ni! Saya ni kakak dia! Saya tahu perangai dia macam mana! Awak dah tertipu dengan dia!" Amani menengking Harif pula.
"Tak payah susah susah datang. Aku tak percaya satu pun perkataan yang keluar daripada mulut korang ni." Kata Harif lalu segera berkemas untuk balik.
Tanpa banyak kata, Amani dan Alia terus keluar dari bilik Harif dengan hati yang panas. Rancangan mereka gagal.
KYRA agak serba salah mahu menelefon Nazrief atau tidak.
Esok hari pernikahannya, dia hendak berjumpa dengan Nazrief segera untuk bagi balik semua duit yang pernah diberi secara bulanan oleh Nazrief kepada dia sepanjang dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Dia tidak mahu berhutang apa apa atau ada apa apa lagi yang akan menghubungkan mereka berdua kembali. Dia mahu terus berjalan ke depan tanpa mengingat masa lalu.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon Nazrief.
"Assalammualaikum, saya nak jumpa awak esok." Kata Kyra terus terang. Dia tak mahu lama lama.
"Waalaikummussalam. Kyra? Ada apa Kyra nak jumpa abang?" Tanya Nazrief sambil membahasakan dirinya abang.
Kyra terkejut kerana Nazrief menggunakan kata ganti diri abang pada dirinya.
"Adalah. Boleh ke tak? Kalau tak boleh takpelah mesti awak sibuk nak siapkan majlis kahwin kan?" Entah kenapa Kyra terasa sebak apabila bercakap tentang majlis kahwin. Dia bukan tak mahu cakap sebab apa dia nak jumpa Nazrief tapi dia tahu kalau dia cakap, Nazrief tak akan datang jumpa dia semata mata untuk ambil duit tu.
"Kyra pun nak kahwin kan? Sama lah jugak. Boleh, kat mana?" Nazrief pula sudah seronok mahu berjumpa Kyra. Entah kenapa semakin dekat tarikh perkahwinan dia semakin dia jadi rindu akan Kyra. Nazrief bergerak ke balkoni. Dia memandang langit malam yang pekat tanpa sebutir bintang.
"Dekat taman permainan kat taman saya boleh? Ke jauh sangat?" Tanya Kyra. Risau kalau kalau majlis kahwin Nazrief dijalankan awal.
"Tak lah. Boleh je." Jawab Nazrief.
"Ok set. Pukul 5." Kyra yang hendak meletakkan telefonnya terhenti apabila Nazrief menahan.
"Kejap."
"Ada apa?" Tanya Kyra pelik.
"Kyra... Awak bahagia dengan perkahwinan ni?"
Kyra terdiam mendengar soalan Nazrief, tidak tahu mahu menjawab apa. Perasaannya bercampur baur. Rasa marah kerana anaknya yang tak bersalah menjadi mangsa. Rasa sedih kerana kesiankan Harif yang begitu menyayanginya padahal hatinya hanya separuh diberikan pada Harif. Rasa kecewa kerana Nazrief bakal berkahwin. Rasa pilu kerana teringat kenangannya bersama Nazrief.
"Kyra?" Nazrief memanggil setelah tiada jawapan dari Kyra.
"Mmm.." belum sempat Kyra menjawab.
Tiba tiba Alia masuk ke dalam bilik Nazrief yang tidak berkunci.
"Nazrief..... I... Tak boleh tidur lah." Alia merengek manja di belakang Nazrief.
Nazrief terkejut.
Kyra pula yang mendengar suara Alia tanpa banyak kata terus mematikan panggilannya.
"Kyra!" Tak sempat Nazrief nak memanggil.
Nazrief berpaling ke arah Alia.
"You ni kenapa?" Nazrief sudah berang.
"Tak ada apa apa." Kata Alia sambil mendepakan tangannya mahu memeluk Nazrief.
Nazrief terus menolak Alia agak kuat.
"Kau keluar!!" Tengking Nazrief.
"You ni kenapa?! Tiba tiba nak marah i?I kan bakal isteri you!" Alia membentak dengan perangai Nazrief.
"Aku cakap keluar keluar lah!" Tengking Nazrief sekali lagi
"Ok fine I keluar." Kata Alia lalu melangkah keluar dari bilik Nazrief.
Nazrief meraup rambutnya dengan kasar.
Dia mula berteka teki adakah betul keputusannya untuk mengawini Alia? Bila dia tengok muka Alia je jadi panas tapi kalau dengan Kyra sejuk je. Entahlah.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...