NAZRIEF bergegas secepat mungkin hospital. Dia mendapat panggilan daripada Amani mengkhabarkan bahwa Kyra sedang berada di hospital.
Sampai sahaja di depan hospital dia terus memarkirkan keretanya lalu masuk ke dalam.
Dia terlihat Amani sedang duduk di kerusi menunggu. Dia terus menuju ke arah Amani.
"Hey, apa kau dah buat dengan Kyra?" Tanya Nazrief dengan kasar.
Amani tersentak. Belum sempat menjawab doktor yang merawat Kyra keluar. Nazrief tanpa menghiraukan Amani, terus menanyakan doktor itu tentang keadaan Kyra.
"Puan Kyra baik baik sahaja. Memang ini simptom simptom biasa orang yang sedang mengandung." Ujar doktor Qistina tenang.
Nazrief terkaku. Dia salah dengar ke?
"Mengandung doktor? Isteri saya mengandung?" Soal Nazrief seperti tidak percaya perkara yang baru didengarinya.
Doktor itu menganggukkan kepalanya.
"Yes, isteri awak mengandung. Tahniah Encik.."
"Nama saya Nazrief." Nazrief memperkenalkan namanya.
"Oh tahniah Encik Nazrief." Doktor itu mengukirkan senyuman.
"Sebentar lagi kami pindahkan isteri Encik ke wad dan Encik sudah boleh melawat." Sebaik sahaja habis berkata kata doktor itu terus berlalu pergi.
Nazrief mengucap syukur di dalam hatinya.
"Tahniah abang, Amani happy sangat." Sampuk Amani dengan wajah gembira.
Berubah terus riak wajah Nazrief.
"Aku tak nak kau apa apakan isteri aku sepanjang dia mengandung. Kalau jadi apa apa pada kandungan dia, orang pertama aku akan cari ialah kau. Kau ingat tu." Nazrief memberi amaran kepada Amani.
Mata amani terus berkaca kaca menerima amaran dari abang nya itu.
Nazrief terus meninggalkan adiknya setelah mengungkap kata kata yang menggores hati adiknya itu.
Amani terduduk di kerusi menunggu. Air matanya menitis namun pantas disekanya. Dia memang layak diperlakukan seperti itu, dia terima layanan Nazrief kepadanya.
KYRA membuka matanya perlahan lahan. Wajah pertama yang dilihatnya adalah Nazrief yang begitu dekat dengan mukanya. Dia terus menolak dada Nazrief supaya menjauhinya.
"Syukurlah sayang dah sedar. Abang risau sangat. Sayang... Abang ada berita gembira nak bagitahu sayang." Nazrief beriak ceria.
Kyra hanya mendiamkan dirinya tanpa balasan.
"Sayang.. please cakap dengan abang.". Nazrief menggengam erat tangan Kyra.
"Apa?" Tanya Kyra sepatah.
Nazrief mengukir kan senyuman.
"Sayang pengsan bukan sebab sakit apa apa tapi sebab sayang pregnant! Kita bakal dapat baby! Tanda kasih kita." Ujar Nazrief dengan nada gembira, matanya bersinar sinar.
Kyra pula tidak memberikan sebarang reaksi kepada berita itu.
"Awak balik lah, Saya penat. Nanti saya keluar hospital kejap lagi pukul 4:30 petang. Awak bawa saya ke rumah mama." Kyra terus memusingkan badannya daripada menghadap Nazrief.
Nazrief terpempan dengan riaksi Kyra itu. Disangkanya Kyra akan gembira apabila dikhabarkan berita tentang kandungan itu. Nazrief bangun dan melangkah keluar dengan wajah kecewa.
Sebaik sahaja Nazrief keluar, Kyra memegang perutnya.
"Anak mama." Bisik Kyra perlahan, cukup hanya dia yang mendengarnya.
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...