BAB 14

5.3K 114 3
                                    

KRING!! KRING!! Jam di sebelah katil Nazrief dan Kyra berbunyi seperti kebiasaannya.

"Abang, bangunlah." Kyra menggoncang lengan Nazrief dengan kuat menyuruhnya bangun.

"Mmm, lima minit." Kata Nazrief dalam keadaan mamai.

"Pergilah mandi abang. Busuk!" Kutuk Kyra saja nak buatkan Nazrief bangun dari tidurnya.

"Ouh kutuk abang eh, meh sini." Nazrief membuka matanya sedikit lalu menarik Kyra masuk ke dalam pelukannya sambil menggeletek Kyra.

"Abang! Janganlah!" Kyra terjerit kecil dengan perbuatan Nazrief. Dia menggelupur di dalam pelukan Nazrief.

Nazrief berhenti menggeletek Kyra.

"Dah lah pergi mandi." Arah Kyra. Dirinya masih dipeluk rapat oleh Nazrief hingga pucuk hidungnya berlaga dengan dada bidang Nazrief. Wangi. Rasa taknak lepas je.

"Can't I just hug you for another five minutes?" Soal Nazrief sambil mengeratkan pelukan mereka. Ubun ubun kepala Kyra diciumnya.

Kyra diam tidak membalas membiarkan Nazrief melakukan apa apa sahaja.

"Kyra lapar.." Ujar Kyra tiba tiba setelah hampir lima minit mereka berkeadaan begitu.

"Hmm lapar eh? Okay okay abang mandi lepastu kita makan." Nazrief mula meleraikan pelukan mereka lalu menghadiahkan ciuman di pipi Kyra sebelum berlalu ke bilik air.

Selepas Nazrief masuk ke dalam bilik air, Kyra tersenyum sendiri sambil mengusap perlahan pipinya.

Kyra segera mengemaskan katil lalu turun ke bawah untuk memasak.


"KAU suka kyra kan?" Tanya Amani kepada Haikal di depannya secara berterus terang.

Dia mengajak Haikal bertemu dengannya untuk berkomplot bagi memisahkan Nazrief dan Kyra. Dia sudah tidak tahan melihat kebahagian adiknya itu sedangkan dia terseksa.

"Kau pulak sukakan Nazrief ke?" Tanya Haikal tanpa menjawab soalan. Dia pelik sebenarnya kenapa Amani merangkap kakak Kyra sanggup melakukan semua ini kepada adik sendiri.

Amani tersenyum sinis.

"Tak ada maknanya aku nak suka dekat abang aku sendiri." Kata Amani. Haikal mengangkat keningnya pelik. Apa maksud Amani?

"Maksud kau?"

"Kyra bukan adik kandung aku dan aku bukan sebahagian dari keluarga tu pun."

"So apa kaitan dengan Naz? Apa maksud kau abang kau sendiri?" Soal Haikal semakin pelik sebelum matanya membulat besar. Tak mungkin lah...

"Nur Amani Kirana binti Adam Radi?"

Amani mengangguk perlahan.

"Adik? Mana kau pergi? Semua orang cari kau." Mata Haikal mula berair memandang Amani di hadapannya yang merupakan adik kandung yang pernah diceritakan oleh ibu bapa nya.

"The truth is mama papa tahu Amani dekat mana, it's just diorang tak boleh ambil Amani sebab satu perjanjian." Ujar Amani menceritakan segala yang dia tahu. Tapi itu bukanlah sebab utama mengapa dia berdendam dengan Kyra.

"Let's forget about that and pretend abang Haikal tak tahu apa apa. Amani nak minta tolong satu benda."

"Macam mana abang yang dah tahu nak buat buat tak tahu? Naz nak sangat jumpa adik dia." Kata Haikal. Wajahnya diraup. Tak sangka dia bakal mengetahui kebenaran ini.

"Semua tu tak penting. Abang nak Kyra ke tak? Kalau tak nak, Amani nak balik. Buang masa je datang sini." Amani mula mengugut menggunakan nama Kyra. Tujuan utamanya bukan untuk jejak kasih di sini.

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now