HARIF duduk di kerusi berhadapan Taman permainan berdekatan rumahnya itu.
Dia menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan. Dia mahu tenangkan diri.
Tiba tiba..
"Buk!!" Satu tumbukan kuat terkena muka Harif dari arah tepi.
Harif terjatuh dari kerusi batu yang didudukinya. Dia bangun lalu melihat gerangan yang menumbuknya.
"Nazrief? Kenapa kau tumbuk aku? Sawan ke apa?!" Harif mula menyinga. Penumbuknya juga dikepal bersedia untuk melepaskannya ke muka Nazrief.
"Aku tumbuk kau bukan saja saja tau! Penumbuk aku ni belum cukup lagi sebenarnya tapi aku tak nak kotorkan tangan aku sentuh manusia hati busuk macam kau ni!!" Jerkah Nazrief. Mukanya merah padam menahan marah.
"Kau cakap apa ni?! Apa yang aku dah buat?" Tanya Harif keliru. Dia masih cuba bersabar dengan perangai Nazrief itu.
"Selama ni aku buta. Aku tak nampak sebenarnya kau yang perangkap Kyra kan?! Kau dengki aku bahagia dengan dia kan?!" Kata Nazrief sambil menarik kolar baju Harif.
"Kau jangan nak tuduh aku macam macam boleh tak? Kau cuba siasat dulu!" Harif menepuk tangan Nazrief dengan kuat.
"Nak siasat apa lagi?! Aku dah nampak depan mata aku dan Alia pun dah bagitau aku dia rasa kau yang perangkap Kyra supaya kami bercerai supaya kau boleh rapat dengan kyra!" Ujar Nazrief dengan berang. Urat urat hijau mula timbul di dahinya akibat terlalu marah.
"Suka hati kau lah. Percaya lah sangat perempuan tu." Balas Harif lalu menuju ke kereta sambil memegang pipinya yang sudah bengkak ditumbuk.
Nazrief hanya melihat sambil nafas nya masih turun naik cuba untuk bersabar. Dia pasti semua itu angkara Harif.
"Tak guna kau!" Bisik hati Nazrief.
"HARIF, keluar kejap. Saya nak cakap something dengan awak." Ujar Kyra di luar rumah Harif. Harif sudah gelabah. Wajahnya diperiksa pada cermin. Memang nampak lebam seperti ditumbuk.
Mahu tidak mahu dia terpaksa keluar dari rumah untuk berjumpa Kyra.
"Ye ada apa awak nak jumpa saya?" Soal Harif sambil tangannya menutup pipi nya yang bengkak.
"Saya nak tanya awak something but before that kenapa awak tutup tutup muka ni?" Soal Kyra pelik.
"Tak ada apa, saya tak mandi lagi malu lah." Terangkat kening Kyra mendengar jawapan Harif. Sangat tidak masuk akal.
Serta merta tangan Harif yang menutup muka ditepis Kyra. Kyra terkejut apabila melihat wajah Harif yang lebam.
"Kenapa dengan muka awak ni?!" Terjerit Kyra dibuatnya.
"Err tak ada apa. Saya terjatuh katil semalam." Kyra merengus mendengar alasan Harif.
"Baik awak jujur dengan saya, kalau tak awak takkan dapat jumpa saya dah lepas ni." Kyra mengugut.
"Nazrief.." Ujar Harif perlahan hampir tidak kedengaran.
"Nazrief?! Dia nak apa lagi?! Tak cukup ke dia seksa saya dulu apa kaitan dengan awak pulak! Tak apa, Saya akan buat perhitungan sendiri dengan dia!" Kata Kyra lalu hendak berlalu ke keretanya.
Harif segera memaut lengan Kyra.
"Awak nak pergi mana?" Tanya Harif risau. Dia tak mahu Kyra buat perkara bodoh.
"Saya nak jumpa Nazrief lah." Ujar Kyra. Matanya hampir hampir berair melihat wajah Harif yang lebam disebabkan dia.
"Tak payah lah awak. Saya okay." Balas Harif. Dia tidak mahu Kyra menimbulkan kekecohan di rumah Nazrief.
"Saya tetap nak pergi!" Kyra merentap tangnnya dari genggaman Harif dan berlalu ke kereta.
Harif mengeluh berat.
KYRA sampai di depan rumah Nazrief. Dia berjalan dengan cepat lalu menekan loceng rumah banglo itu berkali kali.
Mak Ijah yang melihat Kyra di depan mata menangis gembira. Rindu benar dia pada gadis itu. Dia segera meluru ke arah Kyra dan membuka pintu untuknya.
Kyra memeluk Mak Ijah sebentar lalu bertanya.
"Nazrief mana, mak Ijah?" Tanya Kyra bernada serius.
"Sekejap ye, mak Ijah panggil kan dia." Mak Ijah berlari anak masuk ke dalam rumah.
"Kyra!!" Kyra berpaling ke belakang dan terlihat Liza yang baru keluar dari keretanya dan terkocoh kocoh menuju ke arah Kyra.
"Kenapa kau datang sini? Siapa hantar kau?" Soal Kyra.
"Harif suruh aku tengok kan kau." Ujar Liza tercungap cungap mengambil nafasnya.
"Kau balik je. Tak payah sibuk urusan aku." Ujar Kyra dingin.
"Aku kan manager kau kalau apa apa jadi dekat kau macam mana?" Ujar Liza masih tidak berganjak.
"Kau uruskan hal kerja aku je bukan hidup aku."
"Tapi Kyra-" belum sempat Liza berkata kata, suatu suara garau menyampuk perbualan mereka.
"Ada apa nak jumpa saya?"
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...