BAB 52

9.3K 175 20
                                    

DUA MINGGU KEMUDIAN

Nazrief mundar mandir di airport dengan telefonnya masih terlekap di telinga. Nazrief diburu rasa bersalah yang teramat. Kyra tiba tiba menghilangkan diri selepas kejadian dua minggu yang lalu.

Nazrief risau kalau kalau Kyra anggap dia hanya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya. Sebaik sahaja dia terjaga dari tidur, Kyra sudah tiada di biliknya. Kyra bukan sahaja tiada di dalam bilik, dia juga sudah tiada di dalam rumah itu.

Kyra sudah meninggalkan nya. Perlukah dia menyesal atas apa yang dilakukan? Tapi, mengapa perlu dia menyesal pula? Kyra adalah isterinya, ya isterinya yang sah.

Bukannya Nazrief tidak mencari Kyra dalam tempoh seminggu ini. Di universiti, di rumah mertuanya. Namun Kyra masih tidak diketemui.

Nazrief terus mendail nombor Zack iaitu kawan Kyra.

"Assalamualaikum Zack. Aku nak minta tolong kau boleh? Kau rapat dengan Kyra kan?" Nazrief memberi salam dan terus bertanya.

"Waalaikumussalam Nazrief. Minta tolong apa? Aku tak ada lah rapat sangat dengan isteri kau tu tapi aku tahu lah sikit sikit." Jawab Zack.

"Kyra kat mana?" Soal Nazrief.

"Kat mana? Maksud kau?" Zack keliru dengan pertanyaan Nazrief yang tiba tiba. Dia tak tahu hujung pangkal cerita, macam mana dia nak jawab.

"Dia tak ada dengan aku sekarang ni, aku pun tak tau nak cakap macam mana tapi nanti kalau kau jumpa dia kau beritahu aku eh, aku ada urusan sikit dekat Australia." Kata Nazrief. Dia kena berangkat ke Australia untuk outstation.

"Okay okay, apa apa aku roger kau." Kata Zack sedikit melegakan hati Nazrief.

Nazrief terus meletakkan panggilan. Sebaik sahaja dia mahu masuk ke balai berlepas, dia ternampak kelibat seseorang yang sangat dikenalinya.

Kyra? Ya, Kyra. Kyra keluar dari balai berlepas dengan bagasi di tangan bersama spek mata hitam. Dia terus menuju ke arah Kyra. Terkejut Kyra apabila Nazrief sudah berdiri tegak di depannya.

"Kyra pergi mana?" Soal Nazrief dalam nada serius.

Kyra terus membuka kaca matanya. Wajah Nazrief dipandang.

"Pergi Singapore ada fashion show." Mendatar saja suara Kyra menjawab.

Nazrief memandang Kyra dengan muka tidak percaya.

"Mudahnya jawapan? Kyra tahu tak abang dalam dua minggu ni macam orang gila cari Kyra? Bila abang call tak dapat, rupa rupanya Kyra boleh pergi Singapore macam tu je? Sanggup Kyra buat abang macam ni?" Bergetar suara Nazrief dengan giginya diketap bagaikan menahan amarah.

Kyra menarik nafas perlahan. Wajahnya masih lagi selamba.

"Telefon saya bateri habis. By the way sejak bila pulak saya kena bagitahu awak ke mana saya nak pergi?" Kyra masih lagi menayangkan wajah tidak bersalah.

"Sebaik sahaja abang sah menjadi suami Kyra. Kyra perlu minta izin abang walau ke mana pun Kyra pergi." Jawab Nazrief dengan tegas.

Kyra kehilangan kata kata mendengar jawapan suaminya itu. Jauh di sudut hati, Kyra akur yang dia telah melangkah keluar dari rumah itu tanpa izin.

Nazrief perasan pada perubahan air muka Kyra yang nampak mendung tiba tiba.

"Sayang, abang tak ada niat langsung nak marah sayang. Abang cuma risaukan keselamatan sayang. Abang tahu sayang masih belum bersedia untuk menerima abang semula dalam hidup sayang. Sebab tu abang ingat, sayang menghilangkan diri kerana apa yang dah berlaku pada kita..." Belum sempat Nazrief menghabiskan ayatnya, Kyra memotong.

"Saya tak nak sebut perkara tu lagi okay." Tegas suara Kyra.

Tangannya yang sedari tadi dipegang oleh Nazrief terus ditarik. Nazrief terkedu. Wajah Kyra dipandang lama.

"Begitu sekali bencinya Kyra pada abang rupanya tapi abang harap sangat next time at least bagitahu lah Zack ke or mama. Okaylah Kyra jaga diri baik baik ya. Abang kena pergi dulu. Abang outstation dekat Australia. Maybe abang akan duduk sana lama sikit. Assalamualaikum." Nazrief terus berlalu masuk ke balai berlepas selepas memberi salam.










KYRA masih lagi muntah di dalam bilik air. Kyra dan Amani sudah balik ke rumah Puan Qairina. Dia sendiri tidak tahu sejak seminggu yang lalu kesihatan nya begitu terjejas. Kyra pasti dia diserang penyakit gastrik. Itulah padahnya apabila makan tidak dijaga.

Semalam dia masih lagi boleh menahan serangan sakit gastrik nya itu tapi malam ini sakitnya makin teruk. Sebaik sahaja matanya dibuka pasti tekaknya menjadi mual dan akhirnya dia akan muntah sehingga tiada langsung makanan yang tinggal dalam perutnya. Perutnya menjadi pedih teramat. Kepalanya semakin sakit, biliknya terasa berpusing. Perlahan lahan Kyra melangkah semula ke katil. Kepalanya disandarkan pada kepala katil. Matanya terus dipejamkan.

Namun walau mata dipejamkan, fikirannya masih sempat lagi menerawang. Begitu pantas masa bergerak, pejam celik, pejam celik sudah hampir dua bulan masa berlalu. Dalam tempoh itu, tidak pernah sekalipun Kyra menerima panggilan dari suaminya, dia diberitahu oleh Zack yang Nazrief sudah pulang ke Malysia dua minggu lepas.

Lamunannya terhenti apabila Amani datang membawa air susu. Dia segera menutup mulutnya dengan tangan.

"Kyra minum susu ni. Akak tengok keadaan Kyra teruk betul. Kita pergi klinik ya?" Ujar Amani yang begitu jelas riak kerisauan pada raut wajahnya.

"Letak jauh sikit." Kyra menolak sedikit air susu itu. Mural rasanya bau susu yang kuat itu.

Amani mengerutkan keningnya.

"Minumlah sikit Kyra, dari petang Kyra tak berhenti muntah. Nanti tak ada energy pengsan kang macam mana? Akak tak larat nak angkat." Sempat Amani mengusik adiknya itu.

Air susu masih disuakan kepada Kyra. Akhirnya Kyra terpaksa meminumnya. Selesai minum, dia terus memejam matanya semula, mana tidak nya tekaknya menjadi mual semula.

Amani mengambil mintak angin yang diletakkan di atas almari solek, terus minyak angin disapu pada batang leher Kyra.

"Kyra, akak nak tanya sikit boleh?" Kyra membuka matanya semula.

"Kenapa abang Naz dah lama tak telefon Kyra? Dia tak datang pun kat rumah ni. Takkanlah dia berubah tiba tiba." Tanya Amani. Pelik dia bila abangnya itu tak balik rumah walaupun sudah berada di Malaysia.

Kyra menarik nafasnya, wajah Amani dipandang lagi.

"Biarlah dia. Dia ada kerjalah tu. Ni yang sibuk sibuk pasal hal orang. Akak tu macam mana pulak?" Soal Kyra.

Amani mengangkat keningnya seperti tidak faham apa yang ditanya oleh Kyra.

"Dahlah jangan nak buat muka blur tu. Akak dengan Zack tu macam mana? Bila Zack nak masuk meminang." Tanya Kyra terus terang. Dia nampak sejak dua menjak ni Zack dan Amani sangatlah rapat. Pergi ke mana mana saja berdua.

"Apa yang Kyra cakap ni. Akak mana ada apa apa dengan Zack. Kami kawan je lah." Dalih Amani.

Kyra mencebikkan bibirnya mendengar jawapan Amani itu.

"Kenapa pulak mencebik je tu. Betul lah apa yang kak Amani cakap. Okay okay kak Amani mengaku akak memang rapat jugak dengan dia lately ni. Akak serasi berkawan dengan dia. Dia banyak bagi semangat dekat akak. Dia hormat akak dan yang paling akak rasa cukup tersentuh Zack akan sentiasa memastikan keselamatan akak. Dia......" Belum sempat Amani menghabiskan ceritanya Kyra menyampuk.

"Dah lah tu, kalau nak cerita sampai esok pun tak habis. Orang kalau dah dilamun cinta semua indah indah apa apa pun Zack memang seorang lelaki yang baik. Bahagialah perempuan mana yang dapat dia sebagai suami." Potong Kyra.

"Abang Naz pun lelaki yang baik. Kyra bertuah jadi isteri dia dan dia bertuah jadi suami Kyra." Ujar Amani memandang tepat ke dalam anak mata Kyra.

Lama mereka berpandangan. Tiada kata kata yang dapat diucapkan di kala ini.

VOTE🎀
COMMENT 🎀
FOLLOW 🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now