SUDAH dua hari Amani dan Alia tinggal di rumah Kyra dan Nazrief. Mengada ngada sungguh si Alia tu. Amani pula lagaknya mahu merapatkan lagi Alia dan Nazrief.
Ya, Nazrief dan Kyra sudah pun bersetuju untuk mengizinkan Alia dan Amani tinggal bersama mereka buat sementara waktu.
Kring! Kring!
Nazrief bangun dari tidur dan melihat Kyra sudah tiada di sebelahnya. Dia cepat cepat bangun membersihkan diri dan turun ke bawah. Dia telihat Kyra, Amani dan Alia sedang makan bersama sama.
"Hi!" Sapa Nazrief sekadar menegur mereka bertiga. Belum sempat Kyra mahu menuju ke arah suaminya Alia terlebih dahulu menuju ke arah Nazrief.
"Hi! Nazrief jom makan." Ajak Alia. Kerusi di sebelahnya ditarik buat Nazrief untuk duduk namun harapannya hancur apabila Nazrief melabuhkan duduk di sebelah Kyra. Kepala isterinya diusap lembut sebelum melabuhkan ciuman di pipi Kyra.
Kyra tersenyum suka manakala Alia pula sudah cemberut wajahnya. Dia duduk kembali ke kerusi makan nya. Kyra mengambil pinggan untuk suaminya sambil menahan geram.
"Abang nak apa?" Tanya Kyra sambil mecedok nasi goreng untuk Nazrief. Alia dan Amani hanya melihat perbuatan Kyra itu tanpa ada niat untuk menyampuk.
"Abang Naz, malam ni free tak? Kita pergi tengok fashion show nak tak? Amani dah book tempat untuk kita. Penganjur dia cakap abang customer vip dia." Ujar Amani teruja.
"Boleh je. Abang memang kenal dengan penganjur tu sebab selalu pergi." Jawab Nazrief tanpa menanyakan pendapat Kyra terlebih dahulu.
Alia dan Amani tersenyum kemenangan. Kyra hanya mendiamkan diri. Dia pun tak pasti fashion show yang mana diperkatakan oleh mereka.
PADA petang itu hujan turun dengan lebat sekali, kilat sabung menyabung hingga memancarkan cahayanya melalui tingkap di rumah itu.
Alia sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala Amani pula sudah tidur. Nazrief pun sudah tidur. Petang petang kan hujan pulak tu. Sedap tidur. Kyra yang takutkan guruh mengagahkan diri untuk mengemas dapur kerana dirinya masih merajuk dengan Nazrief akibat keputusan yang dibuat tanpa pendapatnya.
Kilat sabung menyabung. Dum!! Bunyi kilat yang kuat membuatkan Kyra terlepas cawan kedalam singki. Dada nya diusap perlahan melepaskan rasa terkejutnya.
Nazrief terjaga apabila terdengar bunyi cawan yang jatuh. Dia segera bergerak ke dapur apabila menyedari Kyra tidak berada di sebelahnya. Sebaik sahaja tiba di dapur, dia melihat Kyra yang sedang membasuh cawan sambil menyanyi kecil.
Nazrief menghampiri Kyra dari belakang lalu pinggang memeluk isterinya itu sambil kepalanya diletak di bahu Kyra.
"Oh mak kau!" Latah Kyra dengan muka pucat dek kerana dia betul betul terkejut dengan pelukan yang tiba tiba itu. Dia sangkakan Nazrief sedang tidur.
Nazrief yang melihat muka Kyra berubah pucat terus rasa bersalah yang amat.
"I'm sorry, abang tak niat langsung nak buat sayang terkejut. I'm so so sorry." Ujar Nazrief sambil mengusap ngusap pipi Kyra perlahan. Tangan isterinya yang sejuk juga diusap perlahan.
Kyra menepis tangan Nazrief lalu berjalan ke atas tanpa berkata apa apa. Nazrief mengerutkan keningnya. Dia ada salah cakap ke?
Dalam perjalanan Nazrief ke atas ternampak Alia di ruang tamu.
"Hai Alia! Tak tidur ke?" Sapa Nazrief. Dia tak mahu hubungan mereka jadi kekok kerana kisah silam dia bersama Alia. Kalau boleh biarkan semua yang silam berlalu. Buka buku baru.
"Hai Naz. Tak boleh tidur. You pun tahu kan I takut guruh." Adu Alia mengharap simpati Nazrief. Kut kut lah Nazrief nak teman dia kat sini. Walaupun ianya cuma dalam mimpi.
"Okaylah. Saya masuk bilik dulu." Pamit Nazrief tanpa ada niat untuk menemani Alia di ruang tamu. Memang cari nahas kalau dia tiba tiba nak menemani Alia di ruang tamu.
Alia hanya menganggukkan kepalanya dengan senyum tidak ikhlas. Nazrief memasuki bilik mereka dan melihat Kyra mencapai tuala yang tersidai untuk mandi.
Belum sempat Kyra menuju ke bilik mandi bunyi guruh telah mengejutkannya. Kyra terus memeluk Nazrief di sisi.
Nazrief membalas pelukan Kyra. Sedang dia memeluk Kyra dia teringat Alia yang juga takutkan guruh. Dia berasa seperti mahu berlari ke bawah untuk melihat keadaan Alia.
Namun kalau dia berlari ke bawah sekalipun apa yang dapat dibuat tak kan nak peluk Alia pulak.
Tiba tiba dia tersedar. 'Apa yang aku buat ni sedang aku memeluk isteriku orang lain yang ada dalam kepala aku' Bisik Nazrief dalam hati. Dia kesal dengan dirinya.
Nazrief mengeratkan lagi pelukan lalu berbisik ke telinga Kyra.
"Abang sayang Kyra sangat sangat." Kata Nazrief macam orang yang sudah lama tidak berjumpa.
Walaupun perlahan tetapi Kyra masih dapat mendengar dengan baik. Kyra menjadi pelik.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...