BAB 30

6.9K 154 4
                                    

"KYRA apasal berkhayal je ni? Teringat lelaki tadi ke?" Usik Liza yang duduk di sebelah seat Kyra. Jarang jarang bos nya itu nak mengelamun sampai macam tu.

Kyra yang duduk di tepi tingkap masih tidak lepas memandang ke bawah. Kapal terbang masih belum terbang tinggi waktu itu. Dari ruang udara masih boleh dilihat bandaraya kuala lumpur yang begitu sibuk dengan deretan kenderaan.

Apa yang ingin dilihat sebenarnya? Adakah dia berharap agar dapat melihat lagi bekas suaminya?Tidak. Bukan itu yang diharapkan selepas bercerai dengan Nazrief. Kyra tidak pernah meletakkan harapan walau sebesar kuman sekalipun untuk kembali semula pada lelaki itu.

Dari pandangan bekas suaminya tadi Kyra yakin yang Nazrief sudah tidak ada perasaan padanya lagi. Begitu juga dengannya. Apa lagi yang hendak difikirkan pasal lelaki itu. Entah entah dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Paling tidak, dia sudah kembali pada kekasih lamanya yang setia menantinya selama ini. Siapa lagi kalau bukan Alia tu.

Jika diikutkan hati yang sakit,sudah lama Alia itu makan penumbuknya.

Bayangkanlah kerana angkara Alia dan Amani dia sampai bercerai dengan Nazrief. Tapi bila difikir semula, mungkin ini yang terbaik buat mereka. Semasa perang besar malam itu, masih kuat ingatan Kyra yang Nazrief mengatakan yang dia sudah tidak tahan dengan sikap Kyra.

Malam itu, Kyra dapat melihat betapa bencinya renungan Nazrief melihat dirinya. Apa jua yang diperkatakan tidak satu pun diterima. Hinggalah sampai satu tahap, Nazrief sanggup melafazkan kata cerai padanya.

Begitu sekali dalamnya cinta mereka rupanya. Kira berbaloilah rancangan jahat yang diatur oleh Alia dan Amani itu. Memang nampak jahat pada zahirnya tapi sekurang kurangnya telah menyedarkan Kyra sejauh mana kasih Nazrief pada dirinya.

Walaupun berbuih mulut suaminya menafikan yang dia tidak menyayangi mahupun mencintai bekas tunangnya itu tapi kata cerai yang diucapkan oleh suaminya membuktikan keabadian cinta mereka. Namun satu saja Kyra kesal dan terkilan amat sangat sehingga ke hari ini, iaitu kenapa anaknya yang tidak berdosa harus menjadi mangsa.

Liza perasan yang bosnya itu dalam keadaan muram dan Kyra pula perasan yang Liza asyik merenungnya. Dengan pantas Kyra meraup wajahnya dan dalam waktu yang sama jarinya sudah menyeka air mata yang ingin menitis di pipinya. Dia tidak mahu Liza bertanya yang bukan bukan.

"Kau okay?" Tanya Liza. Pertama kali dia melihat Kyra begitu sedih dan muram

Kyra hanya menganggukkan kepalanya sambil memberi senyuman nipis kepada Liza menandakan dia baik baik saja.

"Kalau kau nak share dengan aku share je lah Kyra. Aku sedia dengar." Ujar Liza. Tangan Kyra digenggam erat memberi semangat pada bosnya merangkap rakan baiknya itu.

"Kau tahu tak siapa lelaki tadi sebenarnya?" Soal Kyra. Liza mengjongketkan keningnya hairan. Lelaki tadi?

Liza menggeleng kepalanya.

"Siapa?"

"Dia lah bekas suami aku." Terbeliak mata Liza dibuatnya. Bekas suami Kyra? Kyra pernah cerita yang dia pernah berkahwin dulu namun tak berakhir dengan baik.

"Aku minta maaf, aku tak tahu..."

"Tak ada apa yang aku nak terasa, Liza. Aku tengok dia tadi sebagai seorang lelaki yang aku telah terlanggar je. Itu je. Eh aku lapar lah. Kejap lagi sampai kita makan dulu eh." Kyra tiba tiba menukar topik perbualan.

Liza tahu Kyra di kala ini sedang melawan dengan perasaannya sendiri. Liza menepuk perlahan tangan Kyra.

"Okay, aku akan cafe baru nak tunjuk dekat kau." Kyra hanya mengangguk.

Fikirannya melayang pula pada Harif yang menghilang selepas lamarannya ditolak oleh Kyra.

FLASHBACK

"Harif cantiknya laut ni. Saya suka! Jom kita..." belum sempat Kyra menghabiskan ayatnya dia terkaku apabila Harif sudah melutut di depannya sambil mengeluarkan kotak kecil yang isinya sudah dapat diagak oleh Kyra.

"Harif..."

"Kyra will you marry me?" Soal Harif. Wajah Kyra dipandang serius. Dia tidak mahu berlama lama dengan Kyra. Benda baik perlu dipercepatkan.

"Harif I'm sorry." Kyra serba salah mahu menolak lamaran itu. Harif memang baik tapi bukan semudah itu untuk Kyra menerima mana mana lelaki lagi dalam hidupnya.

Cukuplah pengalaman hidup berumah tangga dulu. Kyra dah tak berminat dan tak terfikir langsung untuk melaluinya buat kali kedua.

Kyra senang dengan hidupnya begini. Yang penting sekarang, dia harus mencapai cita citanya dulu. Rasanya bercinta, berkahwin tak sesuai untuknya.

Sejak dari kejadian itu, Harif menghilangkan diri dan tak dapat dijejaki hingga kini. Kadang kadang Kyra juga tertanya adakah Harif kecewa kerana lamarannya ditolak hingga dia menghilangkan diri?

END FLASHBACK

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now