BAB 35

6.8K 149 15
                                    

KYRA dan Harif sampai di banglo dua tingkat kepunyaan keluarga Harif.

Harif menoleh ke tepi dan melihat Kyra tertidur pulas. Malang sungguh nasib gadis itu. Banyak betul masalah yang datang menimpanya.

Harif yang kesian mahu mengejutkan Kyra terus keluar dari kereta dan pergi ke tempat penumpang.

Dia membuka pintu kereta dan mengendong Kyra perlahan lahan lalu dibawa ke bilik tetamu.

Harif meletakkan Kyra di atas katil. Dia menyelimutkan Kyra dan merenung wajahnya lama.

Dia benar benar mencintai Kyra. Perasaannya pada gadis itu tidak berubah sedikit pun dari waktu pertama kali dia berjumpa Kyra malah makin bertambah sayangnya pada Kyra. Setelah memastikan semuanya sempurna, harif keluar dari bilik itu perlahan lahan supaya tidak mengejutkan Kyra yang sedang tidur.






"MORNING Kyra, saya dah siapkan breakfast. Jom makan." Ajak Harif sebaik sahaja melihat kelibat Kyra menuruni tangga.

"Morning, sorry eh. Saya letih sangat lupa nak bangun siapkan breakfast." Ujar Kyra dengan nada bersalah. Dah lah dia menumpang lepastu bangun lewat pula tu.

"Takpelah.. Saya faham. Dengan semua yang jadi pada awak malam tadi mesti penat kan." Ujar Harif memahami keadaan Kyra.

"Macam mana saya boleh ada atas katil semalam? Rasanya, saya tak ada bangun pun, ke saya mengigau?" Tanya Kyra. Pelik dia bangun bangun dah ada atas katil.

"Saya angkat awak lah. Tak sampai hati nak kejut. Letih sangat tengok awak." Ujar Harif.

Membuntang mata Kyra. Perasaan malu mula menyelubungi diri. Tidak ada lelaki yang pernah mengendongnya kecuali Nazrief. Memori nya bersama Nazrief kembali menerjah minda.

Kyra mengesat air mata yang tiba tiba mengalir. Dia sudah hilang suami, anak dan keluarga. Dia tidak tahu siapa yang begitu bencikan dirinya sehingga mengupah orang untuk masuk ke biliknya.

"Kyra, awak okay ke?" Tanya Harif apabila melihat Kyra termenung sambil mengelap air matanya secara tiba tiba. Dia segera mendekati Kyra.

"Saya okay. Eh, jom kita breakfast." Kyra mengesat air matanya dan segera menuju ke meja makan. Tidak mahu Harif risau padanya.

Harif diam. Dia mengerti perasaan Kyra yang tidak menentu di kala ini.

"Awak, kejap lagi kita keluar eh." Kata Harif sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Keluar? Nak beli apa?" Soal Kyra.

"Beli barang awak lah. Kan awak datang sini sehelai sepinggang." Jawab Harif.

Hati kyra tersentuh.

"Tapi saya tak bawa duit." Muka Kyra berubah muram.

"Selagi awak masih kat sini. Awak dah jadi tanggungjawab saya. Saya akan pastikan awak selesa dan selamat." Kata Harif lagi. Dia tidak mahu Kyra runsing memikirkan soal duit atau apa.

"Terima kasih awak. Saya tak sangka awak sanggup tolong saya lepas saya tolak awak haritu." Ujar Kyra dengan rasa bersalah.

"Kyra, benda tu dah berlalu kan? Tak payah lah ungkit lagi. Dah awak makan lepas tu kita pergi shopping barang awak." Harif memberi Kyra senyuman menandakan dia ikhlas ingin membantu.






"KYRA, saya nak pergi hujung sana kejap. Nak beli pencuci muka. Awak tengok tengok lah dulu baju kat sini." Ujar Harif sambil berlalu pergi. Kyra mengangguk sambil matanya leka memilih baju yang tergantung di situ.

Selepas beberapa minit Harif pergi, Kyra berpaling ke belakang untuk menuju ke tempat Harf. Namun malang tidak berbau, dia tersepak penyidai yang menggantung baju lalu tidak dapat menyeimbangkan badannya membuatkan Kyra terjatuh ke dada bidang seseorang.

Kyra mendongak untuk memandang gerangan yang telah menjadi pemangku dirinya daripada terjatuh ke lantai. Kyra terkaku apabila melihat lelaki itu. Nazrief.

Nazrief dan Kyra berpandangan buat beberapa saat sebelum suara tengkingan Alia mematikan lamunan mereka.

"Woi! Betina! Kau ni kan! Tak habis habis nak ganggu Nazrief! Kau nak apa lagi?! Tak cukup ke kau permainkan hati dia dulu?!" Tengking Alia membuatkan Kyra tersedar dan cepat cepat meloloskan dirinya dari pelukan Nazrief.

Kyra berpeluk tubuh menghadap Alia dan Amani. Belum sempat dia ingin membuka mulut untuk membalas, seseorang menyampuk dari belakang.

"Kenapa ni?" Tanya Harif sambil membawa Kyra ke belakangnya.

Amani terpaku melihat Harif. Dia jatuh hati sekali lagi. Tetapi melihat Harif yang mesra dengan Kyra buatkan dia sakit hati sekali lagi. Sepatutnya dia yang berada di tempat itu.

"Tak ada apalah. Jom balik." Kata Kyra sambil menarik tangan Harif.

Namun pergerakan Kyra terhenti apabila Nazrief meraih pergelangan tangannya. Kyra tersentak.

"Abang minta maaf. Boleh tak kita cakap sekejap? Abang akan bagi Kyra peluang untuk explain apa yang jadi haritu." Kyra merentap tangannya dari pegangan Nazrief.

"Nak explain apa lagi? Tak ada benda yang nak dijelaskan. Kita dah tak ada apa apa." Ujar Kyra tegas.  Harif hanya memerhati perbualan bekas suami isteri itu.

"Okay kalau macam tu at least abang nak tahu Kyra tinggal dekat mana? Haritu abang pergi rumah, mama papa cakap Kyra dah tak tinggal situ." Ujar Nazrief dalam keadaan terdesak. Ya dia terdesak ingin kembali bersama Kyra. Kalau boleh dia nak putar waktu dan dia akan pastikan perkara tersebut tak akan berlaku.

"Awak nak tahu apa lagi? Kita dah tak ada apa apa. Anggap je kita tak pernah kenal sebelum ni! Lagipun, saya ni kan perempuan murahan yang dah tidur dengan lelaki lain." Kata Kyra meluahkan rasa marahnya. Dadanya berombak menahan marah daripada meletus.

Nazrief terdiam tanpa kata. Tanpa berlengah, Kyra terus menarik tangan Harif supaya berlalu dari situ. Nazrief hanya mampu memandang sepi pemergian Kyra. Dia menyesal.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now