BAB 33

6.5K 150 4
                                    

DUA TAHUN KEMUDIAN

"Ini... Kyra kan?" Tanya lelaki yang begitu kemas penampilannya dengan cermin mata hitam dan cap juga berwarna hitam.

Lelaki itu menahan Kyra yang hendak melangkah keluar perpustakaan.

Kyra sudah mengerutkan dahinya bila melihat tindakan lelaki itu yang begitu berani menahannya.

"Awak ni siapa?" Tanya Kyra pelik.

Mana tidaknya, dia hendak pulang cepat ke rumah kerana malam nanti macam biasa dia ada fashion show.

"Awak tak kenal saya Kyra? Cuba awak pandang saya betul betul." Arah lelaki itu sambil membuka cap nya dan merenung wajah Kyra dari jarak yang dekat.

Kyra memandang lama wajah lelaki di hadapannya itu.

"Eh, Harif? Harif lah!" Jerit Kyra teruja.

"Harif awak buat apa dekat sini? Mana awak pergi selama ni?" Tanya Kyra masih dalam mood teruja berjumpa Harif. Dia dah lama rindukan Harif yang hilang tanpa khabar berita.

Wajah kyra dipandang. Rindu sungguh dia pada gadis ini. Soalan Kyra diabaikan. Dia ada sebab kenapa dia menghilang secara tiba tiba.

"Masih tak berubah awak ye? Vampire ke?" Gurau Harif.

Kyra terus mengerutkan dahinya mendengar kata kata Harif itu.

"Vampire apa pula awak ni? Tak fahamlah." Kyra bergerak ke tepi apabila beberapa orang pelajar hendak keluar. Inilah jadinya bila bersembang depan pintu.

"Yalah. Tak dimakan dek umur. Tadi masa awak dalam library saya nampak semua student lelaki asyik tengok awak." Ujar Harif. Matanya masih melekat pada wajah cantik Kyra.

Kyra menggeleng gelengkan kepalanya.

"Tak tahulah saya benda benda macam tu." Balas Kyra. Malas nak melayan.

"Jom kita pergi minum. Saya belanja. Awak rushing ke?" Tanya Harif.

Kyra serba salah hendak menolak ajakan Harif. Dia memandng jam di pergelangan tangan, sudah pukul 4:30 petang. Fashion Show start pada pukul 8:00 malam tetapi mereka suruh berkumpul pada pukul 6:30 petang.

"Sempat rasanya, kita pun nak minum sekejap je kan?" Jawab Kyra dengan lembut. Harif tersenyum.




"KYRA nak makan apa?" Tanya Harif sambil melihat lihat menu di depannya.

"Saya tak nak makan. Minum je. Milo ais satu." Jawab Kyra.

"Minum je. Awak diet ke? Tak payahlah diet, badan tu dah kurus sangat saya tengok." Ujar Harif risau. Memang Kyra agak kurus berbanding kali terakhir dia bertemu gadis itu.

"Mana ada diet. Malam nanti saya ada fashion show, selalunya lepas show kitaorang ada jamuan makan. Tu yang nak kosongkan perut." Balas Kyra pula.

Selepas memesan air, Harif beralih memandang wajah Kyra. Dia sangat merindui Kyra setelah 3 tahun tidak berjumpa.

"Okay now you have to tell me. Awak pergi mana selama ni? Hilang tiba tiba tak bagitahu saya pun."

"Awak mesti ingat saya merajuk kan? Sebab tiba tiba je hilang lepas awak tolak lamaran saya haritu." Ujar Harif mengusik Kyra di depannya.

Kyra yang sedang menyedut air milo ais nya terus tersedak sebaik mendengar kata kata Harif.

"Hati hati minum tu sayang." Tegur Harif.

Tersentak Kyra, sudah lama Harif tidak memanggilnya dengan panggilan sayang. Terkedu kejap.

"Don't get me wrong Kyra. Saya tak ada niat apa apa di sebalik perkataan sayang tu. Saya memang ikhlas sayang awak' dari dulu."

Kyra tersenyum kelat.

"So awak tak jawab lagi soalan saya. Awak pergi mana sebelum ni?" Tanya Kyra lagi. Dia sangat ingin tahu jawapannya.

"Saya pergi sambung belajar dekat UK." Balas Harif. Kyra mengerutkan keningnya.

"Then kenapa awak tak bagitahu saya?"

"Saya ingat kalau awak terima lamaran saya haritu, saya nak ajak awak sekali tapi kena tolak kan saya pergi sorang je lah. " Kyra berdehem sedikit. Bersalah pula rasa.

"Jadi, sekarang awak cuti semester ke?" Tanya Kyra lagi.

"Nope, saya dah stop. Saya tak sanggup duduk kat sana sorang sorang tak dapat jumpa awak. Jadi saya berhenti and balik Malaysia." Jawab Harif.

"Stop belajar?"

"Actually saya dah jadi pensyarah pun dekat sana but I can't. I miss you so much. So saya ambik keputusan untuk balik Malaysia."

Kyra terkejut. Takkan sebab dia Harif sampai berhenti jadi pensyarah. Rugi betul.

"Hmm awak tak patut buat macam tu. Rugi je awak belajar sungguh sungguh lepastu dah dapat kerja elok berhenti pulak." Ujar Kyra. Milo ais disisip sedikit.

"Tak ada yang rugi pun kalau sebab awak Kyra."

Kyra berdehem lagi. Haih kekok betul rasanya.

"Awak boleh tak saya nak tanya something?" Tanya Kyra menukar topik perbualan mereka.

"Tanyalah." Harif memberi kebenaran.

"Kenapa kulit awak nampak gelap sikit padahal awak kat duduk dekat UK." Tanya Kyra. Setahunya kulit Harif tidak segelap ini. Dia dapat lihat perubahannya.

"Awak sakit ke?" Tambah Kyra.

"Memang saya sakit."

"Hah?! Sakit apa?!" Tanya Kyra sudah risau. Tak sangka Harif ada penyakit patut lah dia nampak beberapa perubahan pada lelaki itu.

"Sakit rindukan awak." Kata Harif sambil memandang tepat ke dalam mata Kyra.

Kyra tersentak.

"Awak ni. Orang risau dia boleh main main pulak." Ujar Kyra perlahan.

Harif hanya tersenyum nipis.

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW 🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now