BAB 27

5.8K 127 4
                                    

KYRA mengejutkan Harif yang nyenyak tidur di sebelahnya. Lena pula Harif tidur dari tadi. Dia rasa Harif dah diberi ubat tidur oleh dua orang tu untuk memerangkap mereka berdua.

"Harif bangun! Bangun please! Awak kena tolong saya!" Harif bangun terpisat pisat. Kepalanya terasa sangat berat. Apa yang telah terjadi.

Harif terlompat dari katil apabila melihat Kyra berada di sebelahnya. Macam mana Kyra boleh berada di sebelahnya? Satu bilik dan satu katil? Apa yang telah terjadi? Diorang ada buat apa apa ke?

"Astaghfirullah apa yang jadi ni Kyra? Kenapa kita dekat hotel ni?" Soal Harif cemas. Lagi risau bila dia lihat wajah Kyra yang penuh dengan air mata.

"Kyra tell me. Apa yang jadi?" Soal Harif. Dia mula mendekati Kyra. Diusap perlahan bahu Kyra yang sedang menangis teresak esak.

"Naz.. Naz dah salah faham tentang keadaan kita. Saya tak tahu apa yang jadi. Semalam awak pengsan depan pintu bilik hotel ni lepastu saya bawak awak masuk lepastu saya rasa macam ada orang pukul saya dari belakang. " Harif terdiam mendengar penjelasan Kyra. Maknanya, ada orang memang rancang untuk memerangkap mereka berdua.

"Lepastu apa jadi?" Soal Harif lagi.

Kyra menggeleng tanda dia tidak ingat apa yang jadi. Mungkin dia sudah tidak sedarkan diri lepas dipukul curi. Harif meraup wajahnya. Runsing.

"Mana Nazrief?"

"Dia dah pergi lepas... lepas dia ceraikan saya." Jatuh lagi air mata Kyra sebaik sahaja mengungkapkan ayat tersebut. Sangat dia tak sangka Nazrief sanggup melafazkan kata kata keramat itu.

Harif menggenggam kemas penumbuknya. Dia rasa dia tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Orang yang dia percaya.

"Awak ikut saya. Kita terangkan perkara sebenar pada Nazrief." Harif menarik tangan Kyra mengikutinya keluar dari hotel.



"NAZRIEF you nak pergi mana?" Soal Alia kalut apabila melihat Nazrief yang sudah mengemas barang barangnya dan dimasukkan ke dalam beg besar.

"I nak pergi Australia." Balas Nazrief pendek.

"Nazrief jangan lah macam ni. Takkan sebab tadi you nak bawa diri sampai ke Australia. Not worth it lah Naz!" Alia masih cuba memujuk Nazrief. Kalau Nazrief pergi ke Australia habis lah dia. Amani dijeling sebagai tanda untuk menolongnya memujuk Nazrief.

Amani tersenyum sinis. Senang je ni, dia ada senjata terbesar yang belum digunakan.

"Nazrief, Amani ada benda nak bagitahu. Penting. Duduk kejap please."  Tangan Nazrief terhenti dari mengemas. Wajah Amani dipandang. Perkara penting apa pulak.

"Apa? Cakap sekarang. Naz takde masa. "

"Okay okay sebenarnya.... Naz ingat kan adik Nazrief yang hilang sebelum ni?" Nazrief  menganggukkan kepalanya sedikit. Apa kaitan adik dia yang hilang tu dengan Amani?

"Amani.. Amani ialah adik Nazrief yang hilang tu." Ujar Amani. Dia menundukkan kepalanya ke lantai selepas memberitahu kebenarannya kepada Nazrief.

"Amani Kirana binti Adam Radi?" Soal Nazrief seolah tidak percaya. Adik yang dicarinya selama ini sudah berada di depan mata. Kebenaran apakah ini?

"Kenapa baru sekarang Amani bagi tahu? Amani tahu tak abang macam orang gila cari kau? Sanggup upah orang untuk cari kau merata rata." Nazrief meraup wajahnya tanda tidak percaya. Banyak betul perkara yang berlaku pada hari ini.

"Mama.. mama yang bagi Amani pada keluarga Kyra. Amani pun tak tahu kenapa mama buat macam tu. Amani bukan taknak bagitau abang cuma Amani nak cari masa yang sesuai untuk bagitau semua ni." Amani mula mengeluarkan air mata nya untuk membuatkan Nazrief jatuh simpati padanya.

"Kyra tahu?" Amani menggeleng kan kepalanya tanda tidak.

"Sampai hati mama tak bagitahu abang semua ni walhal dia tahu keberadaan Amani. Amani ikut abang pergi Australia.  Teman abang settle kan urusan kerja lepas tu baru kita balik sini bincang pasal ni." Amani tersenyum lebar mendengar kata kata Nazrief. Lagi senanglah kerja mereka.

"Kalau macam tu, Amani bawak Alia sekali.  Bosan lah kalau abang buat kerja, Amani tunggu je. Kalau bawak Alia, ada jugak teman." Nazrief memandang Alia yang berdiri  di tepinya sekilas.

"Ikut suka lah."

Nazrief masih tidak boleh melupakan apa yang dilihatnya tadi. Ianya benar benar menusuk tangkai hatinya. Kyra enak tidur di sebelah lelaki lain seperti tiada apa apa yang berlaku.

FLASHBACK

"Kai! Apa hal kau ajak jumpa ni? Kat hotel pulak tu. Pelik pelik lah kau ni. Tak pernah pernah nak jumpa aku kat sini." Ujar Harif seraya melabuhkan duduk bersebelahan kawan lamanya Kai. Dah lama dia tak jumpa Kai.

"Alah kau ni. Aku saja lah nak belanja kau makan kat hotel sekali sekala. Asyik kau je belanja aku. Lagipun aku ada good news nak bagitahu." Wajah Harif terus bercahaya apabila mendengar ada berita baik yang hendak dimaklumkan.

"Good news apa tu?"

"Minum lah dulu." Ujar Kai sebelum menolak segelas air cola ke arah Harif. Harif hanya menyambutnya tanpa ragu dan menyisip nya sedikit.

"Good news yang aku nak bagitahu tu ialah bini aku mengandung!" Ujar Kai dengan wajah yang berseri seri. Gembira betul dia.

Harif turut terkejut mendengar berita itu. Dia amat gembira bagi pihak kawannya itu. Ini kerana dia menyaksikan pasangan itu yang begitu mahukan zuriat tetapi masih bukan rezeki mereka untuk memilikinya tapi kali ini rezeki berpihak pada mereka.

"Tahniah brother! Bakal ayah lah ni!" Harif menepuk nepuk bahu Kai untuk berkongsi gembira.

Selepas itu mereka berbual kosong dan Harif menyisip lagi air yang disediakan sebelum kepalanya menjadi berat.

"Eh aku pening kepala lah." Ujar Harif. Kepalanya yang rasa berat dipicit picit.

"Pening kenapa pulak kau ni." Kai memandang sekeliling.

"Entah lah, Aku rasa..." Belum sempat Harif menghabiskan ayatnya, dia sudah terlentok di atas meja.

Kai tersenyum sinis.

"Maafkan aku Harif."

FLASHBACK END

VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now