SELEPAS party BBQ berakhir Kyra dan Nazrief balik ke rumah mereka semula. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12 malam. Agak lama mereka menghabiskan masa sekeluarga.
Semasa di party BBQ tadi, keluarga mereka ada mencadangkan supaya Nazrief dan Kyra pergi honeymoon. Nazrief hanya diam menanti jawapan Kyra. Dia tak nak memaksa kalau Kyra taknak.
Sampai sahaja di rumah mereka, Kyra terus menuju ke bilik mereka berdua dan mengambil baju tidurnya untuk tidur di bilik sebelah. Lepas apa yang dia cakap dengan rumah mama tadi, tak berani dia nak tidur sini.
Selepas mengambil baju dia ingin beredar ke bilik sebelah tetapi Nazrief terlebih dahulu memasuki bilik itu.
Baju yang dipegang Kyra terlepas.
"Nak pergi mana ni?" Tanya Nazrief sambil berjalan ke arah Kyra.
"Err.. Kyra nak tidur bi-bbilik sebelah lah abang." Kata Kyra tergagap gagap. Mata dialihkan ke arah lain. Tak berani menentang mata Nazrief yang tunak merenungnya.
"Kyra nak mengelakkan? Kyra cakap dekat mama abang tak sedia nak ada anak, abang tolak Kyra. Jadi sekarang abang dah sedia nak ada anak." Ujar Nazrief dan semakin mendekat ke arah Kyra yang sudah tersandar di pintu almari.
Kyra menelan air liur. Nazrief pula semakin mendekat. Sudah tiada ruang untuk dia melarikan diri.
Apabila Nazrief berada tepat di depannya. Kyra merancang untuk melarikan diri.
Belum sempat melarikan diri, Nazrief menghalang menggunakan kedua belah tapak tangannya dilekapkan di pintu almari mengunci Kyra.
Nazrief merapatkan kedudukan mereka dan menunduk merapatkan wajahnya. Kyra memejamkan matanya dengan konsep redha apabila muka Nazrief sudah begitu dekat dengannya.
"I love you Kyra Airyna." Bisik Nazrief.
Belum sempat Nazrief mahu berbuat apa apa tiba tiba...
Tup! Semua lampu dalam rumah tertutup. Blackout!
"Hish! Masa ni juga lah nak blackout. Kacau daun betul!" Keluh Nazrief. Mukanya diraup kasar.
Kyra melepaskan nafas lega.
Kyra yang takut akan gelap terus memaut lengan Nazrief di depannya. Nazrief tersenyum lalu mengambil kesempatan untuk memeluk Kyra.
Nazrief membawa Kyra turun dari tingkat atas dan menuju ke peti suis. Kyra masih memeluk lengan Nazrief.
Selepas Nazrief membaiki suis itu keaadaan menjadi terang benderang semula. Kyra melepaskan nafas lega.
Apabila Nazrief memandangnya, dia pelik, dan barulah dia sedar dia sedang memeluk lengan Nazrief.
Kyra terus melepaskan tangan Nazrief dengan pipi yang sudah merah kerana malu.
Namun Nazrief menarik tangannya kembali lalu diletakkan di lengannya semula.
"Kyra."
Kyra mengalihkan pandangan ke arah lain. Buat buat tak dengar.
"Pandang abang." Arah Nazrief. Tangannya menyentuh dagu Kyra lalu didongakkan supaya memandangnya.
"Takkan tak ada sikit pun rasa sayang Kyra pada abang?" Soal Nazrief kepada isterinya itu. Dia mahu jawapan yang menggembirakan hatinya.
Kyra hanya diam membisu. Otaknya bekerja keras mencari alasan supaya tidak perlu menjawab soalan itu.
"Kyra, answer me." Nazrief mendesak supaya Kyra menjawab soalannya.
"Huargh! Mengantuk lah pula. Nak tidur lah." Ujar Kyra tiba tiba disertai dengan menguap yang dibuat buat.
"Ouh nak tidur dah? Jom." Nazrief tersenyum sinis ke arah Kyra mengingatkannya kepada kejadian tadi.
"Ermm eh tak! Tak mengantuk lagi. Abang pergilah tidur dulu. Kyra nak tengok tv." Ujar Kyra memberi alasan lalu berlalu ke ruang tamu dengan langkah selamba.
Belum sempat beberapa langkah, tangan Kyra ditarik Nazrief perlahan.
"Abang takkan naik atas selagi Kyra tak naik." Kata kata Nazrief membuatkan Kyra pasrah. Apa apa pun dia kena naik atas jugak.
Mereka pun naik ke bilik beriringan.
KYRA berlagak seperti tiada apa apa berlaku lalu berbaring di atas katil dengan membelakangi Nazrief.
Nazrief hanya tersenyum. Dia pun berbaring di sebelah Kyra. Dia mendapat idea untuk mengenakan isterinya itu.
"Kyra..." Panggil Nazrief perlahan.
"Ye, nak apa?" Tanya Kyra agak gementar.
"Bila kita nak ada anak?" Pertanyaan Nazrief membuatkan Kyra tersentak. Tak tahu nak jawab apa.
Nazrief bangun dari tidurnya lalu mengalihkan badan Kyra supaya menghadapnya. Kyra terus menutup matanya berpura pura tidur.
"Kyra, baik Kyra bangun. Sebelum abang kiss kyra." Ugut Nazrief dengan nada lembut tapi berunsur ugutan.
Kyra masih diam tidak bergerak dari tempatnya. Nazrief geram lalu mengucup bibir Kyra sekilas lalu. Kyra terkejut dengan ciuman itu. Kyra terus bangun mengejut lalu mengosok gosok bibirnya bekas dicium.
Nazrief pula sengaja mahu menakut nakutkan lagi Kyra. Dia mendekati Kyra. Kyra sudah gelabah di hujung katil.
Kyra mengundur ke belakang sampai di kepala katil tiada ruang lagi untuk mengundur.
"Abang.."
Nazrief menyisir anak anak rambut Kyra yang jatuh di dahi. Kyra sekali lagi memejamkan matanya apabila Nazrief mendekatkan wajahnya.
"Abang tak kan paksa Kyra kalau Kyra tak sedia." Bisik Nazrief lalu berbaring di tempat tidurnya kembali. Dia sahaja mahu mengusik Kyra. Dia tak akan buat apa apa selagi isterinya itu belum bersedia. Dia tidak mahu jadi lelaki yang pentingkan diri sendiri.
Sebaik sahaja Nazrief berkata begitu, Kyra membuka mata perlahan lahan dan melihat Nazrief sudah mengambil tempat tidur di sebelahnya.
Dia tersenyum lega. Dia terus berbaring di sebelah Nazrief dan menutup lampu. Dalam hati dia bersyukur dapat suami macam Nazrief yang memahaminya.
Kyra mengalihkan badannya menghadap Nazrief yang sudah menutup matanya.
Perlahan lahan dia berkata
"Maafkan Kyra. Kyra tak sedia lagi." Lalu dia juga menutup matanya untuk tidur.
Nazrief yang berpura pura tidur bangun apabila Kyra sudah tidur. Dia tersenyum sambil mengusap pipi Kyra. Dia akan tunggu sampai Kyra sedia untuk terima dia sepenuhnya.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...