KYRA berlari ke pintu utama sebaik sahaja mendengar loceng ditekan bertalu talu.
Sebaik sahaja membuka pintu pagar, terpapar wajah Amani yang sugul di depan matanya.
Amani terus melutut ke arah Kyra. Kyra yang terkejut terus menarik Amani untuk bangun.
"Kenapa ni kak?" Kyra mula membahasakan kakak pada Amani seperti dulu. Dia sudah memaafkan Amani cuma bekas luka itu masih ada parutnya di hati Kyra.
"Kak Amani nak minta maaf pada Kyra. Selagi kak Amani tak jumpa Kyra, kak Amani tak senang hati. Akak juga nak minta maaf pada abang Naz sendiri. Akak tahu manusia macam akak tak layak untuk memijak muka bumi ini. Kak Amani jadi manusia yang cukup kejam. Tak berhati perut. Zalim. Kerana kekejaman akak satu satunya zuriat abang Naz menjadi korban perbuatan biadap kak Amani tu. Akak benci dengan diri sendiri. Akak janji takkan ganggu hidup Kyra selepas ini. Hidup Kyra dan Nazrief. Kak Amani minta maaf Kyra. Kak Amani benar benar ikhlas memohon maaf pada Kyra." Ujar Amani mula teresak esak. Berambu rambu air mata meleleh di pipinya.
Mata Kyra sudah nampak berkaca kaca. Kyra melepaskan nafasnya. Wajah kakak susuan yang merangkap adik iparnya itu dipandang.
"Dahlah tu, kan Kyra dah cakap hari tu hutang akak dengan Kyra dah settle waktu Kyra tampar akak tu. Tak payahlah ungkit lagi. Kalau akak menangis air mata darah sekalipun, takkan mampu ubah apa apa pun saat ini. Cuma Kyra harap, akak jadikan ikhtibar apa yang dah berlaku dan jangan ulangi lagi." Ujar Kyra. Apa lagi yang dia mampu buat, takkan nak menghukum Amani lagi. Sampai bila? Dia pun dah tak ada apa apa sekarang.
Sebaik sahaja Kyra berkata, Amani terus memeluk tubuh Kyra dengan erat.
"Terima kasih Kyra. Terima kasih kerana sudi maafkan akak." Makin kuat pelukannya dengan esakan panjang.
Terkedu Kyra dibuatnya. Namun, melihat pada kesedihan Amani, dia hanya membiarkan saja malahan sempat lagi dia menepuk lembut bahu Amani bertujuan untuk menenangkannya.
"TERIMA kasih mama, sudi bagi Amani tumpang sini. Amani sebenarnya malu nak jumpa mama atas apa yang Amani dah lakukan pada Kyra." Ujar Amani.
Dia rindu pada Puan Qairina tapi memandangkan dia sudah meninggalkan keluarga itu begitu saja, rasa bersalahnya semakin menggunung.
"Amani, dah lah tu.. Mama dah lama maafkan Amani. Setiap manusia tak lari dari kesilapan. Janji Amani dah mengakui kesilapan Amani dan berubah. Itu lebih baik sayang." Puan Qairina mengusap kepala anaknya itu perlahan.
Amani tersenyum manis dan melentokkan kepalanya pada Puan Qairina dengan manja.
Kyra yang ingin keluar bilik pada waktu itu, tidak jadi hendak melangkah. Dia begitu tersentuh melihat Amani melentokkan kepalanya pada Puan Qairina seperti dulu dulu.
Lamunannya terhenti sebaik sahaja terdengar bunyi telefonnya, dia sudah agak siapa gerangan yang menelefonnya, dia pasti tidak lain tidak bukan Nazrief.
Sejak berada di rumah Puan Qairina selama seminggu, setiap malam Nazrief akan menghubunginya untuk bertanya khabar. Tapi mengapa malam semalam suaminya tidak memberitahunya yang Amani hendak datang ke rumahnya hari ni? Kyra buntu memikirkan nya.
Bunyi telefonya masih berdering minta diangkat. Kyra terus kembali masuk ke dalam bilik dan menerima panggilan dari Nazrief
"Assalammualaikum sayang."
"Waalaikumussalam." Jawab Kyra sepatah.
"Sayang dah tidur ke?" Lembut suara Nazrief menyapa gegendang telinga Kyra.
"Kejap lagi." Jawab Kyra ringkas.
"Sorry kalau abang mengganggu. Abang janji abang takkan ambil masa sayang lama. Abang cuma nak tahu kesihatan sayang. Sayang sihat? Mama macam mana sihat ke?" Tanya Nazrief penuh prihatin.
Soalan yang sama setiap hari. Begitu sekali prihatin sikap suaminya. Kyra tidak tahu bagaimana hendak mentafsirkan perasaannya di kala ini. Tidak tersentuh ke dia dengan sikap ambil berat suaminya itu?
"Kyra, sayang tertidur ke?" Suara Nazrief menyedarkan dia kembali ke alam realiti.
Kyra meraup wajahnya beberapa kali.
"Saya sihat. Mama pun sihat. Tanya sikit boleh?" Soal Kyra. Dia mahu menanyakan kehadiran Amani di sini.
"Pasal apa sayang?" Tanya Nazrief pula.
Kyra terus melangkah balkoni biliknya.
"Kenapa tak beritahu semalam yang kak Amani nak datang sini?" Soal Kyra.
"Apa? Amani ada dekat situ? Dia buat apa? Dia kacau Kyra? Apa lagi yang dia tak puas hati. Dia nak aturkan rancangan untuk pisahkan kita semulalah tu. Sayang dengar sini. Dengar cakap abang, pagi pagi esok sayang suruh dia tinggalkan rumah tu. Orang busuk hati macam tu takkan senang tengok kebahagiaan kita." Ujar Nazrief panjang lebar.
Kyra terus terdiam apabila mendengar hujah Nazrief tentang Amani.
"Awak ni kenapa?" Tanya Kyra dengan nada yang agak keras.
"Dia tak ada buat apa apa pun. Dia datang sini nak minta maaf pada saya. Kenapa prejudis sangat pada dia? Dia dah insaflah, kenapa mesti tuduh dia yang bukan bukan?" Tanya Kyra bertalu talu.
Nazrief diam sebentar di talian sebelum menjawab.
"Abang tak dapat terima dia lagi Kyra buat masa ini. Mungkin Kyra dah maafkan dia tapi bukan abang. Lukanya masih segar di hati ni. Bayangkanlah, adik kandung sendiri, dari darah yang sama, abang sayang sangat pada dia sampai bertahun tahun abang tak mengalah untuk cari dia. Bila dah berjumpa, tergamak dia menghancurkan kebahagiaan abang sendiri. Bukan dia tak nampak betapa susahnya abang nak teruskan hidup tanpa Kyra di sisi. Betapa deritanya hidup abang bila Kyra tiada di sisi. Dia tak buta Kyra, dia langsung tak rasa bersalah atas apa yang dia dah buat. Tergamak dia berpakat dengan Alia sampai bercerai berai kita dibuatnya. Tergamak dia nak menyatukan abang dengan Alia sedangkan dia tahu tak ada sekelumit pun cinta abang pada Alia. Manusia macam apa tu? Hinggakan anak kita...." Nazrief terhenti di situ.
Kyra sudah tidak dengar ayat yang seterusnya, sebaliknya hanya esakan halus di corong telefon. Hati Kyra turut dipagut rasa sayu.
"Kyra jaga diri baik baik ya. Abang sayang Kyra. Assalamualaikum."
Terus talian dimatikan. Kyra sudah tidak mampu berkata apa apa lagi di kala ini. Berbagai perasaan berkecamuk di dalam hatinya waktu ini. Sekelumit perasaan risau mula terbit di hatinya.
VOTE🎀
COMMENT🎀
FOLLOW🎀
YOU ARE READING
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔
Romance[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilih...