BAB 37

6.5K 144 8
                                    

"KYRA bangun! Sarapan sikit, dari semalam awak tak makan. Lepas tu, kita pergi hospital. Demam awak teruk ni." Ujar Harif sebaik sahaja membuka langsir bilik Kyra untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam bilik itu.

Dia menggerakkan bahu Kyra dengan perlahan. Kyra membuka matanya tetapi tidak dapat bangun. Dia rasa terlalu lemah.

"Kyra? Awak okay tak ni?" Tanya Harif lalu meletakkan tangannya di dahi serta tengkuk Kyra.

"Ya allah! Panasnya! Jom saya bawa awak pergi hospital sekarang." Harif mengambil jaket yang tersangkut di tombol pintu lalu disarungkan pada tubuh Kyra.

Harif memapah Kyra masuk ke dalam kereta. Kyra hanya diam dengan muka yang pucat.



"HARIF kenapa kita berhenti dekat rumah mama?" Tanya Kyra pelik. Sebaik sahaja balik dari hospital Harif terus menuju ke rumah Puan Qairina.

"Saya nak hantar awak lah. Awak tak rindu mama awak? Lagipun, saya ni bukan malaikat, saya normal. Tak takut ke tinggal berdua duaan dalam rumah tu? Saya bukan nak halau awak cuma tak elok lah kita duduk berdua dalam rumah tu lama lama kan." Jawab Harif. Bukan dia nak menghalau, dia cuma tidak mahu perkara tidak diingini terjadi.

"Saya rindu sangat mama dengan papa tapi saya takut. Saya takut dia orang tak boleh terima saya." Kata Kyra dengan sebak.

"Awak jangan risau. Saya kan ada. Saya akan sentiasa pertahankan awak." Kata kata Harif memberi sedikit ketenangan kepada Kyra untuk menghadapi keluarganya.

Akhirnya, Kyra melangkah masuk ke rumah agam itu dengan perlahan.  Dalam hatinya berdoa supaya hati mama dan papanya lembut untuk menerimanya semula.

"Assalamualaikumm" Harif memberi salam.

"Waalaikummussa.. Kyra!!!" Puan Qairina menjerit lalu terus memeluk Kyra di muka pintu.

Kyra membalas pelukan mamanya. Dia sangat merindui mama nya itu. Tak sangka begitu riaksi mama bila dia balik. Dia ingatkan mama akan memarahinya.

"Mama, Kyra minta maaf sebab tak balik jenguk mama dengan papa. Kyra takut papa halau Kyra lagi. Sumpah! Kyra tak buat apa apa pun dalam bilik tu, Kyra dianiaya ma.." Jelas Kyra. Air matanya dikesat.

"Ye. Ye. Sayang.. Mama percaya Kyra. Sudah jangan menangis lagi." Puan Qairina mengelap air mata anaknya itu.

Kyra meleraikan pelukannya.

"Ma, papa mana? Kyra nak jumpa papa. Kyra nak minta maaf dekat papa." Ujar Kyra sambil menjenguk jenguk ke dalam rumah.

Puan Qairina membisu tanpa menjawab soalan Kyra. Hanya riak wajahnya berubah muram.

"Ma? Mama? Mama!" Kyra merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku sepanjang ketiadaannya.

"Papa.. sebenarnya.." Puan Qairina serba salah mahu memberitahu perkara sebenar kepada Kyra.

"Papa dah meninggal dunia." Akhirnya terluah juga apa yang nak di katakan.

Kyra tergamam. Dia jatuh terduduk di muka pintu. Dunianya terasa kelam. Dugaan apakah ini ya allah.

"Kyra!" Harif memaut lengan Kyra.

"Papa! Mama tipu! Papa ada lagi kan?! Mama tipu Kyra kan?! Tolonglah mama, Kyra tak ada masa nak main main! Kyra nak jumpa papa. Kyra nak minta maaf." Rayu Kyra sambil menangis teresak esak di muka pintu. Puan Qairina hanya mampu menenangkan Kyra dengan linangan air mata.

Harif memeluk Kyra sambil mengusap kepala Kyra perlahan. Kyra menangis teresak esak di dalam pelukan Harif.

"Harif... Papa dah tinggalkan saya. Saya tak sempat minta maaf dekat papa." Rintih Kyra di dalam pelukan Harif.

©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔Where stories live. Discover now