Tiara berjalan di koridor tingkat 2. Dia berhenti betul-betul dihadapan gelanggang basketball.
Matanya tak lepas memandang jejaka-jejaka yang sedang berlatih.
Dia tersenyum seorang diri apabila melihat Luke melantun bola sebelum menjaringkan bola tersebut dari jauh.
" Kenapa hensem sangat kapten basketball ni? " Omelnya sedirian.
Beberapa minit kemudian latihan mereka tamat. Luke adalah orang terakhir yang keluar dari gelanggang.
Tiba-tiba figura Arisha menyapa pandangannya.
" Semak pula perempuan ni. " Bebelnya.
Tiara hanya memandang mereka berdua daripada tingkat 2.
" Hai Luke! Isha belikan air. Amiklah.. Isha tau Luke dahaga lepas berlatih. " Ujar Arisha ptihatin.
" Oh. Thanks. " Ucap Luke lalu meneguk air mineral itu dengan rakus.
Pada masa yang sama, Arisha mengambil kesempatan mengelap peluh Luke dengan tuala kecil miliknya.
" Kesian Luke penat. Sini Isha lapkan peluh Luke. " Kata Arisha lembut.
Luke hanya membiarkan pelakuan Arisha.
" Tak guna! Tunggu kau! " Marah Tiara sendirian lalu beredar.
Elinna melihat muka Tiara yang dari tadi cemberut.
" Kau dah kenapa? Period ke? " Tegur Elinna.
" Ishh! Taklah. Aku tengah geram ni. " Kata Tiara mendatar.
" Geram dengan siapa? " Tanya Elinna.
" Arisha tu lah. "
" Ada ke patut dia lapkan peluh Luke aku. Patutnya aku yang buat, bukannya bimbo tu. " Jelas Tiara geram.
" Lah pasal tu je. Ingatkan apa lah tadi. " Balas Elinna selamba.
" Kau tak ada dekat tempat aku boleh lah cakap macam tu. Cuba kau bayangkan Clara lap peluh Karl. Apa kau rasa? "
" Eh kenapa nak kaitkan Clara dengan Karl pula. " Elinna mengetap gigi.
" Hah! Tau pula jealous. " Gelak Tiara.
" Mana ada! Buat apa nak jealous. " Nafi Elinna.
" Eleh! Aku tau lah kau jealous. Kalau suka tu cakap, nanti melepas padan dengan muka kau. " Ujar Tiara.
" Kau pun sama! Kalau suka Luke tu bagitau jelah. Nanti melepas padan muka. " Elinna memberi paku buah keras.
" Eh kita pula yang kena. " Rajuk Tiara.
" Tak payah nak merajuk sangat. Ni essei yang Miss Rina minta dah siap? " Soal Elinna.
" Wei! Nasib kau ingatkan aku. Mana essei kau? "
" Ni. Menyalin kerja orang je tau. " Elinna menghulur buku.
" Janganlah marah-marah. Nanti aku belaja pocky eh. " Pancing Tiara.
" Bisinglah! Buat cepat. Kejap lagi Miss masuk. " Jelingan padu diberi.
Ben meletakkan kakinya diatas meja lalu disilang. Puntung rokok yang masih berbaki separuh disedut lalu asap dilepaskan.
" Fel.. birthday Sir Zaid harini kan? Kau ada idea tak nak kenakan dia? " Soal Ben pada Felix.
" Tahun lepas dah kenakan dia, tahun ni pun nak juga ke? " Soal Felix sambil membelek handphone.
" Eh mesti! Aku nak balas dendam. Dah lah minggu lepas dia denda aku suruh bersihkan kolam ikan. Habis jatuh reputasi aku sebagai pelajar yang terkacak dekat sekolah ni. " Terang Ben. Masuk bakul, angkat sendiri!
" Eii perasan lah sial! " Mencelah Jack yang baru tiba.
" Eh hidup lagi! Ingat dah mampus! " Balas Ben selamba.
" Lambat datang. Mana kau pergi? " Soal Felix.
" Sir Zaid babi tu, boleh pula tahan aku. " Adu Jack.
" Dia memang babi. Aku dah lama geram dengan orang tua tu. " Ujar Ben geram.
" Sama lah! Jom kenakan dia. " Cadang Jack.
" Aku okey je. Fel? " Soal Ben.
" Aku ikut korang. " Balas Felix.
" Okey cun! "
Sir Zaid meronda kawasan sekolah. Rotan ditangannya tak pernah lepas dari genggamannya.
Matanya meliar disekeliling mencari pelajar yang ponteng pada waktu pembelajaran.
" Wei! Tu Sir Zaid! " Bisik Ben.
Mereka yang berada ditingkat paling atas sekali mula memainkan peranan.
" Baling cepat! " Arah Jack.
3 biji telur ayam selamat mendarat diatas kepala Sir Zaid sebelum sebaldi air longkang disiram dari atas oleh mereka bertiga.
" Woii! Siapa yang buat semua ni?! Keluar sekarang!!! " Bergema suara Sir Zaid satu sekolah.
Jack, Ben dan Felix lari bertempiaran menuju ke tempat port mereka.
" Eh Sir Zaid. Kenapa ni? " Tegur Miss Cath yang kebetulan lalu disitu.
Seluruh badan Sir Zaid basah kuyup dengan air longkang berserta bau hanyir telur ayam.
" Tolong check CCTV sekolah Miss Cath. Thank you. " Ujarnya lalu beredar.
Tawa Miss Cath terletus setelah lama bertahan.
Written by Cikl0li
22 Oct 2018
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...