JACK POV
Sarra yang sedang fokus menyiapkan assignment, aku renung dengan dalam. Wajahnya yang putih berseri, memiliki matanya sedikit sepet serta bulu matanya lentik. Mungkin Sarra kacukan melayu cina.
Cantik. Aku tak tipu...Sarra memang cantik.
Sebenarnya aku memang sengaja buli dia untuk siapkan assignment aku. So senang lah aku cari alasan untuk jumpa dia. Bijak tak aku?
" J-Jack... " panggil Sarra.
Aku berdehem perlahan lalu mengalihkan pandangan. Pura-pura baca buku bahasa perancis. Jangan tanya kenapa. Aku pun tak tau kenapa aku amik buku tak guna ni.
" Apa " balas aku mendatar sambil membaca. Padahal satu apa pun aku tak faham.
" Dah lewat petang. Awak tak balik ke? " soal Sarra polos.
Geramnya aku dengan perangai naif Sarra ni.
" Kau nak suruh aku balik sebab kau nak curi tulang kan? Tak nak siapkan assignment aku. Lepas tu bila aku mintak kau bagi alasan tak siap lah. Apa lah. Aku dah tau trick kau. " kata aku sengaja. Saja nak tengok dia marah.
" Ma-mana ada! " balasnya.
" Bising lah kau ni. Buat assignment aku sekarang. " arah aku tegas. Saja nak takut-takutkan dia.
Sarra menunduk lalu menyambung kerjanya.
Aku kerling jam tangan aku. Baru pukul 5:50 petang.
" Eh nama kau siapa? " soal aku. Saja je tanya walaupun dah tau.
" Sarra. "
Aku mengangguk.
" Kau takde kawan ke? " soal aku ingin tau. Memang sepanjang aku buli dia aku tak nampak langsung orang nak berkawan dengan dia.
Dia menggeleng kepala.
" Kenapa takde kawan? "
Dia mengangkat bahunya.
" Takde mulut ke? Ke dah bisu? " soal aku geram. Pantang betul bila aku tanya orang tak jawab. Memang nak kena hempuk agaknya.
" Sorry... " ucapnya.
" Sini handphone kau. " pinta aku.
" Awak nak buat apa? " dia merenung mata aku.
Amboi beraninya. Asal aku pula yang rasa gugup. Cilaka!
" Sini jelah! " suara aku naik seoktaf. Geram betul aku!
Dia mengeluarkan handphone dari beg nya. Aku merampasnya.
" Takde password...bahaya lah. Lepasni letak password. " entah tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut aku.
Sambil-sambil aku mendail nombor telefon aku, aku saja pancing ayat dekat Sarra.
" Kau ada boyfriend tak? " soal aku.
" Ta-takde " balasnya.
Ha! Elok sangat.
'My Love, Jack' aku save nombor aku pada kenalan dia.
" Then mulai sekarang, aku boyfriend kau. " kata aku selamba.
" Aku dah save nombor aku. Malam nanti aku call kau. Bye. " kata aku. Sempat juga aku mengenyit mata pada Sarra. Confirm dia cair.
YOU ARE READING
PROTECT HER
Ficção Adolescente[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...