25 : Remember me

4K 212 4
                                    

Sebulan kemudian

Kehilangan Karl menjadi tanda tanya buat Elinna. Tiada khabar berita tentangnya.

Apabila ditanya kepada kawan-kawan, mereka hanya berkata ' aku tak tau. kita orang lost contact dengan Karl. '

Takpe lah. Mungkin dia dah bahagia di sana. Sejujurnya, rasa cinta dan sayang terhadap Karl masih tersemat kukuh.

Karl, lelaki pertama yang mengajar dirinya tentang cinta dan kasih sayang.

Tak semena-sema dia ketawa sendirian apabila teringat pertama kali berjumpa Karl.

Setelah selesai melakukan latihan meninju, Karl tergesa-gesa berjalan kearah superbike nya. Dia sudah terlambat untuk berjumpa Luke di Cafe .

Namun langkah Karl kian sumbang apabila melihat seorang wanita berambut ikal panjang dan memakai topi yang hampir menutup keseluruhan wajah itu sedang bersandar di superbike nya.

" Hi ! " tegur Elinna.

" Sana.. " Karl berkata dingin.

" Karl. Tu nama kau kan? " kata Elinna.

" Kau nak apa? "

" Aku Elinna. Elinna Rose. " Elinna menghulur tangan sebagai tanda perkenalan.

Karl memandang sepi .

" Pergi. Aku nak balik. " halaunya.

" Nanti dulu! " tahan Elinna.

" Kau nak pergi atau aku halau ikut cara aku? " soal Karl.

" Betul kata Ris. Kau seorang yang dingin. " kata Elinna selamba.

" Kau ni siapa sebenarnya? " soal Karl kasar.

Elinna tersenyum senget lalu membuka topi.

" Elinna Rose. Kembar Arisa Ridrose. "

Karl terkedu. Mukanya sama seperti Arisa. Cuma bezanya, dia berambut panjang manakala Arisa berambut pendek.

" Aku nak mintak tolong kau... "

Elinna tersedar dari lamunan. Dia tertawa kecil. Kelakar pula bila di ingat semula tentang semua lakonan dia dan Karl pada suatu ketika dahulu.

Dulu, Arisa sering bercerita tentang Karl. Sejak itu dia mula jatuh hati pada Karl walaupun mereka tidak pernah bersua muka.

Namun Elinna hanya pendam perasaan itu kerana dia tau, Arisa amat menyayangi Karl.

Hmm apa khabar agaknya Arisa disana? Mungkin sedang gembira sambil bermain di taman syurga.

" I miss you Ris. " luahnya.

LONDON

Luke duduk disisi Karl. Sudah 3 minggu Karl koma akibat operation yang dijalankan beberapa minggu lepas.

Tubuh lemah Karl terbaring kaku. Sungguh dia rindu seorang Karl yang dingin , panas baran dan suka ikut kepala sendiri itu.

" Bro. Aku tunggu kau. Aku tau kau kuat. " bisik Luke ditelinga Karl.

" Kalau kau nak tau, konflik persahabatan kita dah selesai. Semua dah kembali seperti dulu. " beritahunya.

" Nanti Jack, Felix dan Tiara akan datang sini untuk melawat kau. Dia orang sampaikan salam rindu pada kau. " sambungnya lagi.

Luke mengelap air matanya.

" Kau ingat Elinna? Mesti lah ingat. Dia kan satu-satunya perempuan yang kau sayang selepas Ris. Dulu mati-mati aku ingatkan dia roh Ris yang mati, hidup semula. Rupanya kembar Ris." kata Luke lalu tertawa sebak.

"Tapi tula , sampai sekarang di tak tau keadaan kau. Semua ni sebab kau tau! Sibuk sangat nak berahsia. Takpe lah, aku pegang pada janji aku. Aku sahabat yang baik kan? "

Tak semena-mena air mata Karl meleleh.
Luke tersenyum senang.

" Aku tau kau dengar apa yang aku cakap. Sebab tu aku selalu berbual dengan kau. Cepat lah sedar. Aku rindu nak gaduh dengan kau. " air mata Karl dikesat perlahan oleh Luke.

" Kejap lagi mommy and daddy kau sampai.
Aku kena cau dulu. Esok aku datang lagi. " Luke meminta diri.

Karl sengaja hidup berdikari di tempat orang sedangkan keluarganya orang berada di bumi London ini.

Ramai yang tidak tau tentang status Karl melainkan sahabat mereka sahaja.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan. Kesihatan Karl kian merosot. Kini dia hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sahaja.

Masing-masing redha dengan ketentuanNya.

" El.." panggil Jack.

" Hmm "

" Aku nak cakap something ni. " kata Jack.

" Cakap lah. "

" Memandangkan kita dah graduation aku nak confess pada kau. " jujur Jack.

Kening Elinna terangkat.

" About what? " soalnya.

" Dulu aku rapat dengan kau sebab muka kau sama dengan Arisa. But, lepas aku kenal kau dengan lebih dalam.... aku sedar yang aku suka kau sebab diri kau. " jelas Jack.

Elinna merenung Jack tak berkelip.

" So... sudi tak kau jadi teman hidup aku? " Jack menggengam tangan Elinna.

" It's okey. Apa pun jawapan kau, aku terima. Just say it. " kata Jack.

" Sorry but... I can't. Aku anggap kau macam sahabat aku. Sorry Jack. " luah Elinna lalu melepaskan genggaman Jack.

Jack tersenyum kelat.

" It's okey. Asalkan kita still boleh berkawan. " balas Jack.

" Aku tau dalam hati kau cuma ada Karl. "

Elinna hanya tersenyum nipis.

Jack tergelak bagi menghilangkan suasana janggal.

" Kalau kau rindu Karl, kau boleh cari aku. "

"Jack... " Elinna rasa serba salah.

" Maksud aku... "

" Kau boleh cari aku bila-bila masa saja. " sambungnya.

" Jack aku- "

" Kalau kau masih juga teringatkan dia... kau ingat dia tiga kali dan ingat aku satu kali. "

" Atau... Ingat dia sepuluh kali dan ingat aku sekali. Asalkan aku ada dalam bahagian satu persepuluh saja dah cukup bagi aku. "

" Bye... "

Jack tersenyum lebar lalu pergi.

Writing by Cikl0li
20 March 2020


P/s : Harini mood aku nak sedih² . Meleleh juga lah air mata bila taip chapter ni . Part yg aku paling suka, part Jack kena reject. Still steady je hahaha.

PROTECT HER Where stories live. Discover now