Tiara mendekati Luke yang berada disalah sebuah meja di perpustakaan sekolah.
Buku rujukan Kimia dipeluk erat kedada.
" Ha-hai! Boleh duduk sini tak? " Tanya Tiara gugup.
Luke memandang Tiara beberapa saat lalu kembali menyalin nota.
Tiara mengetap gigi kuat.
" Er.. hello? I'm talking to you. " Tiara melambaikan tangan dihadapan Luke.
" Nak duduk, duduk jela. Tak payah nak memekak. Bingit tau tak? " Ujar Luke dingin.
Tiara terkaku. PMS ke bang? Dingin semacam je.
Dengan lambat-lambat Tiara duduk dihadapan Luke.
Buku rujukan Kimia dibuka dengan perlahan.
Sesekali dia memerhati wajah dingin Luke. Dingin-dingin pun still nampak hot. Jap, bagi aku pengsan dulu..
" Dah habis scan muka aku? " Soal Luke namun matanya masih memandang buku nota.
" Ha? Er... Ma-mana ada scan. " Dalih Tiara.
" Dia ingat aku buta ke apa? " Bisik Luke seorang diri.
" Sorry.. Kau cakap apa tadi? " Tanya Tiara.
Cakap macam dalam kelambu, siapa je yang nak dengar?
" Takde apa-apa lah! Busybody betul kau ni. " Kata Luke.
" Tanya pun nak marah. " Bisik Tiara lalu muncung ditarik.
Luke mengeluh panjang.
Pen dicampak ketepi. Wajah Tiara dihadapan direnung tajam.
Tiara yang sedar apabila dirinya diperhatikan terus mengangkat wajah yang dari tadi menunduk.
Dia cuba membalas renungan Luke walaupun perasaan gugup itu ada.
Ok. Aku rasa nak tergolek.
Luke berdehem perlahan.
" Tu.. "
" Tu? Apa? " Soal Tiara bingung.
" Ada taik mata. " Ujar Luke mendatar lalu mengemas buku-bukunya dan beredar.
Tiara terlopong. Dia membersihkan mata dengan kasar.
Tak guna! Apasal dia tegur?! Aduh mana nak sorok muka aku yang lawa ni?
Taik mata pun satu! Time ni lah kau nak muncul. Arghh!
Luke mengunyah chewing gum. Rambutnya yang sedikit keperangan diraup kebelakang.
Kakinya lalu menuruni anak tangga. Matanya melilau mencari sahabatnya.
" Oi budak! Nampak Karl tak? " Soal Luke kasar.
" Saya nampak abang Karl dekat belakang bangunan blok D. " Ujarnya.
" Ok thanks. " Ucap Luke lalu mengenyit mata.
Dan pada masa itu jeritan gadis-gadis mula kedengaran nyaring dan kuat.
Agaknya waktu kecik diorang telan speaker sekali dengan mikrofon kot.
Luke melangkah ke blok D. Tiba disitu, dia melihat Karl yang sedang duduk bersandar di dinding sambil menghembuskan asap rokok.
" Woi! Tak bertamadun betul kau ni. Ni kalau Zaid nampak, mahunya kena kejar satu sekolah. " Ujar Luke.
" Don't care. "
" Eh kau boleh tolong aku tak? " Soal Luke.
" Aku dah agak dah! Kau tak akan cari aku kalau tak ada sebab. " Balas Karl lalu mencampak puntung rokok.
" Kau nak aku tolong apa? " Soal Karl.
Luke tersengih seperti kerang busuk.
" Tolong aku pecah masuk bilik disiplin. " Pinta Luke.
" Apahal pula? " Berkerut dahi Karl.
" Barang aku kena sita dengan Zaid. Tolong ah. " Rayu Luke.
" Menyusahkan betul kau ni. " Karl menjeling tajam pada Luke.
" Tolong lah! Aku belanja kau makan nanti. Amacam? " Luke mengangkat kening berkali-kali.
See! Dia cuba rasuah aku!
Written by Cikl0li
12 Jan 2019
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...