Elinna berlari menuju ke gelanggang basketball.
Tiara bagitau yang Karl nak jumpa aku .
Sesampai saja di situ, Elinna mencari Karl dikalangan pelajar-pelajar. Ramai pula harini lepak sini .
" Hoi. " dahi Elinna ditolak kasar dengan jari telunjuk.
" Eh eh kepala aku.. " Elinna menggosok dahinya.
" Pergi rooftop. Kejap lagi aku datang. " arah Karl selamba.
Peluh yang mengalir dilap dengan kain tuala kemudian air 100 plus diteguk rakus.
" Okey! " Elinna membuat simbol 'ok' lari berlari anak menuju ke rooftop.
Karl hanya menggeleng kepala lalu senyum segaris.
di rooftop . .
Bangku yang tersedia disitu, Karl tuju. Dia duduk bersebelahan dengan Elinna. Tapi dihujung bangku.
" Mana kau menghilang? " soal Elinna.
" Aku ada je.. kau je yang tak perasan. " balas Karl mendatar.
" Hmm.. Kau okey? " tanya Elinna prihatin.
" Okey je. Kenapa? Kau tengok aku macam nak mati dah ke? " tanya Karl sinis.
" Takde lah. Aku tanya je. Lagipun sejak akhir-akhir kau selalu- " kata-kata Elinna pantas dipotong.
" By the way , thanks but no thanks. Kau tak patut buat macam tu. Tak takut mati ke? " ujar Karl.
" Tak. Aku akan takut bila kau pergi tinggalkan aku. " ucap Elinna perlahan .
Karl mengeluh panjang.
" Aku tau kau banyak benda nak tanya. Tanyalah.. "
" Kenapa jauhkan diri daripada aku? " tanya Elinna.
" Aku busy. "
" Kenapa tak angkat call? Aku mesej pun tak reply. " soal Elinna lagi.
" Macam aku cakap tadi , aku busy. " balas Karl selamba.
Muka Elinna merah kerana menahan geram.
Ughh this boy . .
Saja je nak sakitkan hati dia.
" Takde jawapan lain ke?! Baik aku tak payah tanya! " Elinna mula naik angin.
Karl ketawa.
" Apa yang lawak? " soal Elinna pelik.
" Muka kau. Kau patut tengok muka kau bila marah. Sumpah sama macam ayam nak terberanak! " Karl masih menghabiskan sisa tawanya.
Dahi Elinna berkerut.
" Tapi ayam bertelur.. "
" Aku saja je uji tahap IQ kau petang-petang macam ni. " balas Karl tak mahu kalah.
" Banyak lah kau. Ingat aku lembab ke macam kau. " kata Elinna perlahan.
" Kau cakap aku lembab? " Karl memandang Elinna dengan wajah tak puas hati.
" Apa? Nak marah? Marahlah. " cabarnya.
" Aku tak akan marah kau, tapi aku akan .. "
Maka bermula lah aksi mengeletek pinggang Elinna.
Di rooftop hanya kedengaran suara mereka sahaja bersuka ria , gelak ketawa.
Aku harap masa ni akan berhenti seketika. Walaupun sekejap tapi kenangan indah tercipta.
Harini, Karl dan Luke hanya melepak di pusat tinju kepunyaan bapa Luke.
Karl duduk bersandar pada dinding. Sesekali asap rokok dihembus keluar.
Luke memandang Karl sekilas sebelum dia menghela nafas panjang.
" Bila kau nak start buat? " soal Luke tiba-tiba.
Karl hanya mengangkat bahu.
" Serious lah sikit bro! Kau buat aku risau tau tak? " ujar Luke risau.
" Apa jaminan kau , kalau aku setuju? " soal Karl.
" Bro , belum cuba belum tau. " balas Luke.
" And sekarang kau nak aku cuba dulu? Kalau aku mati siapa nak jaga dia? Kau? " kata Karl dingin.
" Bukan tu maksud aku. At least kau cuba untuk fight. "
Karl mengeluh.
" Kalau tu yang kau nak , aku akan buat. Puas hati kau sekarang? " Karl memberi kata putus.
" Jaga dia untuk aku . " pesannya.
" Aku percayakan kau , bro ! "
Bahu Luke ditepuk beberapa kali kemudian dia melangkah pergi dari situ .
" Dan aku pun percaya kau kuat hadapi semua ni. "
" Bukan untuk kebaikan kau je . Tapi untuk kebaikan semua orang . "
Written by Cikl0li
2 Sep 2019
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...