Ben tertawa sinis melihat Jack.
" Makin rapat dengan budak tu. Ada apa-apa ke? " tanya Ben
" Menyibuk je kau ni. " balas Jack malas.
Felix hanya duduk memerhati.
" Lah aku tanya je. Nak angin kenapa? " kata Ben dingin.
" Kau nak apa sebenarnya Ben? Aku malas lah nak bergaduh. " Jack mengeluh.
" Apa masalah kau Jack? Sejak kau rapat dengan budak tu, kau dah jarang nak lepak dengan kitaorang. Cari bila perlu je ke macam mana ni? " ujar Ben tak puas hati.
" Aku ada ke tak ada ke sama je. Kau tak payah nak salahkan Elinna. Dia tak ada kena mengena pun. " balas Jack malas.
" Heh! Kau ingat aku tak tau ke? Kau rapat dengan Elinna sebab muka dia lebih kurang Arisa kan?! " Ben tertawa sinis.
Bam!!
Meja ditendang kuat oleh Jack hingga kaki meja patah.
" Aku dah lama sabar dengan kau! Kalau ye pun, aku ada kacau kau ke sial?! " suara Jack naik seoktaf.
Ben ketawa kuat.
" Kesian Elinna. Kau hanya gunakan dia untuk lepaskan rindu kau pada Arisa je. Bodoh! "
" Kau jangan masuk campur hal aku. Ni first and last warning. Kalau tak - " kata-kata Jack dipotong laju.
" Kalau tak apa? Nak pukul aku? Pukul lah!! " Ben mula menyimbah minyak kedalam api yang marak.
Jack mengenggam penumbuknya. Bila-bila masa saja penumbuk itu akan melayang ke muka Ben.
" Aku tertanya-tanya lah. Kenapa kau tak bagitau Ris yang kau suka dia sebelum dia mati? " soal Ben sinis.
" Oh aku tau. Kau takut kena reject sebab dia kawan baik kita kan? " soal Ben lagi.
Bukk!!
Jack menumbuk kuat muka Ben.
" Ni je ke yang kau bagi? Pergilah hentak kepala aku dekat dinding.. Hentaklah!!!!! " jerit Ben lantang.
" Diam boleh tak?!!!! Arisa dah mati dah pun. Nak ungkit lagi kenapa?! " setelah sekian lama, Felix mula bersuara.
" Selama ni aku diam je. Tapi bila korang dah start bukak cerita pasal Arisa, aku dah tak boleh diam lagi. " ujar Felix perlahan.
" Aku cau dulu. Tak payah cari aku lagi kalau korang masih nak nak bukak isu ni. " Felix melangkah pergi.
Sampai di hadapan pintu, Felix menoleh kebelakang.
Ben.
" Kau jangan ingat aku tak tau. " kata Felix sinis .
Jack yang sedang membuat latihan addmath tiba-tiba berhenti.
Fikirannya bercelaru.
" Aku suka Elinna sebab diri dia atau sebab Arisa ? " omel Jack sendirian.
" Kau jangan ingat aku tak tau."
Kata-kata Felix bermain-main difikirannya.
" Felix tau pasal apa? Ada apa-apa yang aku patut tau ke? " omel Jack sendirian lagi.
" Arghhh peninglah!! " jerit Jack lalu melempar semua buku yang terdapat di meja belajarnya.
" Bapak kau! " latah seseorang.
Jack menoleh kebelakang. Tiara menayang muka busuknya.
" Kau buat apa dekat bilik aku? Keluar sekarang!!!! " jerit Jack lantang.
Tiara cepat-cepat melangkah keluar dari bilik Jack.
Seram mak!
Written by Cikl0li
1 Sep 2019
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...