Karl menuju ke bilik rehat kemudian punggungnya melabuh diatas kerusi.
Tak semena-mena matanya memandang kearah locker milik Clara.
Perasaan rindu menerjah datang.
Sudah 5 bulan pemergian Clara dan dia masih belum dapat membiasakan diri.Saat mereka bertiga bersama sejak kecil mula mengetuk ruang memorinya.
Karl mendekati locker milik Clara lalu dia membuka locker tersebut.
Senyumannya terukir ikhlas. Sangat ikhlas...
Matanya mengamati semua foto-foto yang ditampal didalam locker tersebut.
Dia mengusap wajah Clara disebalik foto itu.
Terdapat satu foto yang tertulis beberapa perkataan...
Luke gedik!
Karl busuk!
Tiba-tiba Karl ketawa sendirian. Rindu dengan gelaran itu.
" I miss you... " ucap Karl.
Sambil-sambil itu dia membongkar apa yang ada di dalam locker Clara.
Tangannya terhenti pada satu tempat. Dia menarik keluar benda tersebut. Ternyata itu adalah gelang persahabatan mereka yang di buat sendiri oleh Clara.
" Bro.. " Luke memanggilnya.
Bahu Karl diusap.
" Jangan bagi sesiapa sentuh locker Clara. " arah Karl.
Luke mengangguk tanda faham.
" Ni ada surat dari Clara. Aku lupa nak bagi kau. " Luke meletak surat itu diatas tangan Karl.
" Aku keluar dulu. Nak tolong bapak aku bersihkan gelanggang. " pamitnya.
Karl hanya diam.
Surat ditangannya di renung kemudian dia membuka.
Karl sahabatku,
Aku menulis surat ini sambil mengenang persahabatan kita bertiga yang penuh dengan gelak dan tawa.
Dari dulu, kita bertiga selalu main kat belakang bangunan lama. Berlatih tinju sama sama. Berlari dalam hujan. Semua itu terlalu indah untuk aku kenang.
Persahabatan kita terlalu dekat..
Tapi, bila Elinna muncul dalam hidup kau, terlalu sukar untuk aku jelaskan perasaan aku.
Aku gembira tengok kau bahagia. Tapi entah kenapa aku juga rasa kehilangan. Kadang aku cemburu kerana kau tak ada banyak waktu untuk aku lagi.
Dan akhirnya aku sedar yang aku sayangkan kau lebih daripada seorang sahabat dan aku tak ingin kehilangan kau, Karl.
Tapi saat perpisahan itu pasti akan datang juga. Aku tak nak ada kata-kata perpisahan di antara kita bertiga.
Jadi aku mengambil keputusan untuk bagi hati aku pada kau. Dengan hati yang ada di tubuh kau, maka aku boleh terus bersama kau.
Aku sayangkan kau Karl.
Sampaikan salam aku pada Luke dan Elinna.
Sahabatmu ,
ClaraKarl menahan tangisannya daripada pecah. Menggigil tangannya ketika itu.
Setitik demi setitik air matanya jatuh di atas surat tersebut.
Dia menumbuk kuat tangannya di pintu locker.
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...