14 : Battle

4.4K 230 3
                                    

Karl meneguk air mineral lalu punggungnya mendarat diatas kerusi rehat.

Harini merupakan perlawanan dia antara Carlos.

" Karl.. " panggil Luke.

" Aku rasa tak payah kot kau join battle kalini. Aku takut- " kata-kata Luke dipotong oleh Karl.

" Aku bukan pengecut. Lepas battle ni, aku dah tak nak ada kena mengena dengan Carlos. " kata Karl dingin.

" Aku tau. Tapi kau kena fikir pasal diri kau juga. " pesan Luke.

" Kau diam boleh tak Luke?! " Karl mengetap gigi menahan marah.

" Aku tak kisah apa nak jadi dekat diri aku. Aku tau apa yang aku buat. " balas Karl perlahan.

" Kalau kau tak sayangkan diri kau sendiri, atleast ingat dia. " balas Luke geram.

Karl hanya berdiam diri.

Luke mengambil langkah pergi dari bilik rehat itu. Langkahnya terhenti didepan pintu bilik rehat.

Luke mengeluh panjang. Kemudian pintu kaca bilik itu dikunci dari luar.

" Biar aku yang gantikan tempat kau. " kata Luke sendirian.

" Perlawanan seterusnya bagi pusingan ketiga, Carlos dan Karl."

Suara pengacara bergema dicorong speaker di bilik rehat Karl.

Karl menarik nafas lalu dihembus. Pintu bilik ditolak namun tidak terbuka.

" Sial kau Luke! " makinya.

Pada masa yang sama, Luke memakai topeng muka. Kini mukanya 100% menyerupai Karl.

Dia mendekati Carlos.

Carlos meluru kearah Luke lalu rahang Luke di tumbuk dengan kuat.

Luke menahan perit yang dirasai. Kemudian dia memberi tumbukan padu pada hidung Carlos.

Krakkk!!

Patah hidung Carlos barangkali hahahaha.

Cecair merah mula mengalir keluar dari hidung Carlos.

Tak cukup dengan itu Luke memberi tendangan maut pada dada Carlos.

Ya ampunnn sakit tak??

Carlos jatuh terlentang. Tak sampai beberapa saat, Carlos bangkit semula.

" Kuat gila stamina dia. Mati aku. " bisik Luke.

Carlos mula meluru kearah Luke. Tendangan high kick diberi lalu darah tersembur keluar dari mulut sebelum badan jatuh kebawah.

Carlos tersenyum sinis.

Karl merempuh pintu kaca itu dengan kuat.

" Mati lah Luke kalau aku tak dapat keluar dari sini! " Omel Karl .

Karl mengerah tenaga sehabis mungkin lalu berlari kemudian merempuh kuat pintu kaca yang tebal itu .

Takkk!!!!

Retak seribu!

Dengan sekali lagi rempuhan pintu kaca itu berderai.

Badan Karl dipenuhi dengan luka dan serpihan kaca halus.

Kau ingin dia peduli?

Karl berlari mendapatkan Luke.

" Stop!!! " Karl menjerit lantang.

Uncle Loy ternganga. Kalau Karl dekat situ, habis siapa pula dalam gelanggang tu?

Topeng muka itu dibuka kasar oleh Karl.

Mata Luke yang kuyu dipandang. Sekejap lagi pengsan lah tu.

Habis lunyai kawan aku kau tibai.

" Bawak dia pergi. " arah Karl.

Carlos tertawa sinis.

" So kau lah Karl yang sebenar? " soal Carlos sinis.

" Fight me. " ujar Karl tenang walaupun badannya dipenuhi dengan luka-luka.

Maka perlawanan yang sebenar-sebenarnya bermula.

Karl memejamkan matanya lalu dibuka. Sepantas kilat dia menghadiahkan tumbukan tepat pada mulut Carlos.

2 batang gigi Carlos patah. Mulutnya mengeluarkan darah.

Carlos menahan geram seraya itu dia meluru kearah Karl. Wajah Karl ditumbuk berkali-kali tanpa henti. Sedikit pun tidak memberikan ruang untuk Karl membalas tumbukan.

Tumbukan yang terakhir diberi Carlos. Kepala Karl terteleng ke kanan sebelum darah tersembur keluar terkena pada peminatnya.

Eh jap.

Bukan peminat...

" El.. " Karl memandang Elinna dihadapannya dengan mata yang layu.

Pakaian Elinna dipenuhi darah milik Karl.

Tiba-tiba kaki milik Carlos selamat mendarat pada kepala Karl.

Karl tumpang. Matanya terpejam sekejap. Darah semakin banyak keluar.

" Kalini aku mesti menang. " Carlos tersengih lalu kakinya bersedia ingin memijak Karl.

Karl hanya memejam mata. Tubuhnya sudah tidak terdaya. Dia hanya menerima saja apa yang akan terjadi selepas ini.

" Elinna!!! " suara Tiara dan Jack mula kedengaran.

Karl membuka mata.

Kini Elinna mendarat diatas tubuhnya seraya itu tubuh genik Elinna dipijak kuat oleh Carlos.

Mata-mata pengunjung terbeliak. Begitu juga dengan Karl.

Written by Cikl0li
31 Aug 2019

p/s: scene ni aku ada amik sikit dalam chienese drama : attack it lightning. sumpah best part ni.

PROTECT HER Where stories live. Discover now