" Kau dah siap belum? " soal Luke.
Karl hanya beriak biasa dah terus keluar menuju ke parking kereta.
" Ada apa-apa yang tertinggal tak? " tanya Luke.
" Takde "
" Passport? " tanya Luke lagi.
Karl mengeluarkan passport dari jaket kulitnya.
" Ada nak singgah mana-mana tak? " Luke menanya sambil memandu kereta milik ayahnya.
" Takde "
" Kau tak nak jumpa dia dulu ke? " Luke menyoal dengan berhati-hati.
Karl menghela nafas.
" Aku tak boleh. " Karl berkata lemah.
" Kalau kau pergi macam tu je, kau akan buat dia kecewa Karl. " ujar Luke.
" Kau nak aku jumpa dia or batalkan semua benda ni? " soal Karl serius.
" Ok! Aku tak tanya dah! " Luke menyerah kalah.
Kaki melangkah laju menuju ke balai pelepasan. Luke hanya menjadi pemerhati dari belakang.
Karl sedikitpun tidak menoleh kebelakang. Dia pergi buat sementara.
" Thanks bro! Kau lah sahabat aku. Tolong aku jagakan dia sementara aku takde. Jangan biarkan sesiapa sakitkan dia. " pesan Karl.
" Kau jangan risau, aku dah janji kan? Apa yang aku nak, bila kau balik semula, semuanya seperti dulu. "
" Aku tak janji. Aku minta maaf. " ucap Karl.
" Aku pergi dulu. Jangan tunggu aku. "
Karl pergi meninggalkan Luke.
Luke teringatkan pesanan Karl.
" Apa-apa jadi, aku akan tetap tunggu kau. "
Elinna duduk termenung sendirian di ruang tamu. Televisyen yang menayangkan drama itu tidak dihiraukan.
Bosan mula melanda dirinya. Dia menutup televisyen tersebut kemudian berlalu ke biliknya.
Sepuluh minit kemudian dia keluar dari bilik bersama beg sandangnya.
Pakaian simple yang dikenakan sudah cukup menawan bagi seorang Elinna Rose.
Skinny jeans hitam bersama dengan tshirt kosong putih berlengan pendek. Gaya rambutnya diikat messy bun.
Baru dia ingin melangkah kearah pintu utama, tak semena-mena pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Terkejut dibuatnya.
" Siapa tu? " soalnya berhati-hati.
Namun tiada sahutan. Tanpa ragu-ragu dia membuka pintu.
Terbutang luas matanya apabila melihat gerangan yang datang tanpa diundang. Nafasnya seakan terhenti seketika.
" Terkejut? " soalnya sinis.
Tanpa di jemput, dengan selambanya dia masuk kedalam rumah Elinna.
" Kau nak apa Ben? Macam mana kau tau aku tinggal kat sini? " soal Elinna menahan geram. Sukahati je masuk rumah orang tak bukak kasut.
Ya... dia Ben. Benjamin tak guna.
" Kau tinggal sorang? " soal Ben seakan ramah.
" Bukan urusan kau. " balas Elinna berani.
" Mesti sunyi kan? Aku boleh temankan kau. Nak ajak teman tidur pun boleh. Lagi aku suka. " kata Ben lalu tersenyum.
" Jaga percakapan kau. Aku tak nak bergaduh dengan kau Ben. "
" Aku pun tak nak bergaduh dengan kau. " katanya lalu perlahan-lahan mendekati Elinna.
" Aku cuma nak bagitau kau yang lelaki yang kau sayangkan sangat tu, dah tinggalkan kau. " bisiknya.
" Apa maksud kau? " soal Elinna pelik.
Ben ketawa sinis.
" Jangan pura-pura naif. Kau pun bukannya baik sangat. " Ben memandang Elinna dari atas ke bawah berulang kali.
" Jangan. Kurang. Ajar. Dengan. Aku. " bicara Elinna dengan keras.
" Aku malas nak buang masa. Kalau kau tak percaya, kau cuba call Karl. " suruh Ben.
Tanpa buang masa, Elinna terus mendail nombor Karl.
Namun hampa. Panggilannya tidak dijawab sama sekali.
" Aku dah kata. Kalau kau masih tak percaya kau boleh tengok gambar ni. " Ben mengeluarkan handphone.
Gambar Karl bersama Luke di airport menarik perhatiannya.
Tak semena-mena air mata yang dari tadi bertakung mula mengalir.
Penipu.
" Jangan membazir air mata kau untuk lelaki macam tu. " Ben menghulur tisu kepada Elinna.
Tisu yang dihulur, dipandang kosong. Ben menghela nafas. Air mata Elinna di kesat dengan tisu.
" Lelaki yang sekarang ni cuba rapat dengan kau pun bukan ikhlas cintakan kau. " beritahu Ben.
" Apa kau merepek ni? Sudah lah buat-buat cerita ni. " balas Elinna.
" Bukan buat-buat cerita. Tapi watch out. Dia hanya gunakan kau je. Cau..." Ben berlalu pergi meninggalkan Elinna yang terpinga-pinga seorang diri.
What's going on?
Written by Cikl0li
24 December 2019
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...